PENGALAMAN DI TAHUN BARU 2019

Posted on

ejen shaklee kk, shaklee kk, shaklee sabah

Salam dan hai semua.. Jarang saya berkongsi tentang kisah anak-anak di sini sejak akhir-akhir ini. Yalah, Umminya memang agak busy bila berpindah ke pejabat baru since banyak kerja yang perlu diselesaikan

Well.. Anak sulung kami, Furqan naik ke darjah 2 dan anak ke-2 pula masuk ke darjah 1 dan anak ke-3 kami Putri meneruskan sesi prasekolah di prasekolah yang sama dengan tahun lepas

Tahun ini havoc dia tidak seperti tahun lalu. Anak-anak lebih mudah diuruskan. Maybe sebab saya dan suami sudah berpengalaman dan anak-anak pun sudah biasa bangun awal

Berbanding tahun lalu yang agak kelam kabut semuanya apa tah lagi saya masa itu tengah alahan teruk dan mengandung

So, mau simpan gambar anak-anak ke sekolah di sini sebagai kenangan saya dan keluarga

1st day of school 2019

Paling best, anak ke-2 kami iaitu Fyrash mahu bawa bekal ke sekolah. Sesuatu yang saya sangat suka sebab dari tahun lepas anak sulung kami Furqan memang tidak mahu bawa bekal.

Berbanding dengan Fyrash, sampai dia request mahu bawa bekal apa ke sekolah. Buat ummi semangat mau memasak untuk bekalnya setiap hari 🙂

shaklee sabah, ejen shaklee kk
Ummi temankan Putri ke Prasekolah pada hari pertama. Babah pula temankan Furqan dan Fyrash

Syukur juga sejak berpindah ke rumah baharu yang sangat hampir dengan masjid ini anak suka ke masjid setiap hari. Saya yang memang berimpian untuk berumah dekat dengan masjid sangat gembira kerana boleh mendengar azan dan alunan bacaan Al-Quran setiap hari

Saya juga tengah berusaha untuk menurunkan berat badan. Sejak-sejak berpindah ke unit baharu, berat mudah naik. Mungkin lebih happy di sini. Saya sudah mulakan larian dan mengira kilometernya menggunakan application Nike Run club. Sekarang mau usaha habiskan Challenge 15KM sebelum hujung bulan ini

Dan saya juga mula bercucuk tanam. Sesuatu yang saya idamkan untuk dilakukan sejak sekian lama. Alhamdulillah.. Tanaman saya makin meningkat subur.

Antara yang saya tanam adalah bawang merah, bawang putih, halia, daun bawang dan pokok limau. Baru-baru ni sudah saya gunakan daun bawang untuk dimasukkan ke dalam sup. Jadi memang tidak sabar tunggu yang lain membesar dan bolehlah jimat sikit daripada membeli bahan-bahan utama dapur itu..hihi..

Seronoknya dapat gunakan hasil tanaman sendiri untuk dimasak 🙂

Ok, itu sahaja untuk hari ini. Seperti biasa jika anda hendak cari suplemen selamat, semulajadi dan berkesan, cari saya Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah ini di talian 016-587 9882 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge