BERPINDAH KE UNIT BAHARU

Posted on

Salam dan hai semua. Maaf, sejak hujung Oktober hingga pertengahan November ini barulah berkesempaatn untuk update di sini.

Selain terlibat dengan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29, saya juga dipindahkan ke unit baharu. Sesuatu yang lama sudah dinantikan 🙂

Setelah bertugas di bahagian kaunter selama 9 tahun akhirnya saya kini bertugas di unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Sesuatu yang baru tetapi menyeronokkan since banyak benda baru yang saya belajar

Masih berdepan dengan pelanggan, cuma kali ini lebih khusus. 

pengedar shaklee kk, ejen shaklee kk, pengedar shaklee sabah

Penghijrahan ini saya kira sesuatu yang bagus untuk menambah pengalaman dan menimba lebih ilmu. Ada orang kadang-kadang selesa dengan tempat lama dan menolak untuk berpindah. Tapi bagi saya setiap yang berlaku ada sebabnya. Ada sebab kenapa Allah tempatkan saya di sini

Well, setakat ini segalanya berjalan dengan lancar cuma di tempat baru saya belum mendapat komputer yang menyukarkan saya menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan menggunakan komputer dan internet

So, jalan penyelesaian pendek sekarang adalah membawa CPU sendiri dari rumah. Kalau mau siapkan di rumah agak mencabar kerana bila balik kerja anak-anak memang mencari perhatian. So, selalunya saya akan layan anak dulula 🙂

Buat masa ini masalah itu saya anggap kecil dan saya sangat gembira dengan penghijrahan ini. Lama saya doa agar saya dipindahkan bagi membantu saya mengembangkan bakat dan pengetahuan diri sendiri dan akhirnya Allah makbulkan walaupun mengambil masa bertahun

Ok.. Sehingga kita bertemu di next entry.. 🙂

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge