
Salam dan hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman di mana susu ibu saya merudum dengan teruk baru-baru ini
September lepas, pejabat kami menjadi penganjur bagi sukan antara IPG Sabah dan Sarawak. Saya yang merupakan wakil bagi sukan Petanque, Badminton dan Netball juga menjadi urusetia untuk kejohanan ini
Pelbagai persiapan dilakukan kerana ini merupakan kali pertama IPG kami menjadi penganjur bagi acara sebegini
Dan dengan kesibukan yang amat, saya mula kurang mengepam sehinggalah susu saya merudum dan stok susu menyusut dengan banyak. Allahu
Ini membuatkan saya sangat risau dan stres hingga membuatkan susu semakin merudum. Pernah sekali, saya mengepam sewaktu subuh dan hanya 2-3 titik susu sahaja yang keluar. Ya Allah.. sedihnya perasaan itu
Akan tetapi, saya tekad untuk berikan juga anak saya susu ibu. Saya terus mengambil langkah seterusnya. Antara yang saya lakukan;
1 . Jaga pemakanan
Sebelum ini saya memang makan tidak menentu. Ramai juga orang sekeliling yang menegur yang saya kelihatan kurus.
Memang kebanyakan masa saya tidak makan dengan betul dan tidak mengikut masa makan yang sepatutnya. So, saya mula makan secara konsisten, memperbanyakkan pengambilan protein dan karbohidrat serta sayur dan buah-buahan dalam diet seharian

Alhamdulillah.. Setelah berusaha sebaiknya, dengan izinNya stok susu ibu Eishal semakin banyak
2 . Elak stress
Dalam keaddan ini, stres sangat cepat datang. Tapi, saya sentiasa positifkan diri. Saya fikir dan bagitahu badan saya yang susu saya banyak. Saya sebolehnya mahu pastikan saya happy walau apapun yang terjadi
3. Mengepam ikut jadual
Ini memang antara punca susu merudum kerana saya mengabaikannya pabila saya sibuk. Saya mula mengepam mengikut jadual. Walaupun pada mulanya nampak sedikit, tapi lama-kelamaan susu semakin banyak

Stok susu hasil perahan tadi pagi. Mungkin ada yang anggap sedikit tapi bagi saya ini banyak dan sangat-sangat bersyukur dapat kumpul sebanyak ini
4 . Power pumping
Saya bangun sekitar jam 2@3 pagi untuk mengepam. Atau sejam selepas anak-anak menyusu waktu awal pagi ini untuk mengepam. Selalunya waktu ini susu memang banyak dan hasil perahan pun banyak
5 . Ambil suplemen
Sebelum ini saya memang ambil suplemen seperti ESP, Vita Lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix. Cuma kadang-kadang pandai terlupa terutama ESP. So, saya selalu bancuh dan minum ESP pada awal pagi, tengahari dan malam untuk bantu badan selalu cergas dan tidak mudah letih
Saya perlu pastikan badan sentiasa fit untuk mampu hasilkan susu ibu yang sihat
6 . Doa
Doa dengan serendah hati. Dalam rasa kerisauan yang amat sangat dengan susu yang menyusut, saya memohon kepada Allah untuk permudahkan perjuangan saya ini. Baby masih 5 bulan dan saya mahu pastikan susu ibu saya cukup untuknya walaupun stok itu hanya cukup untuk keesokan harinya
Alhamdulillah.. Setelah saya lakukan usaha-usaha ini dalam 3 hari, susu mula semakin banyak bila diperah. Ya Allah.. Gembiranya rasa hati, Tidak dapat dibayangkan perasaan bila melihat susu yang dipam cuma 2-3 titik. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, tapi, biarkan semua itu berlalu
Kini, stok susu pun sentiasa ada. Syukur padamu Ya Allah..
Buat ibu yang mengalami maslaah yang sama, yakinlah pada Allah dan diri anda sendiri. Ia boleh dilakukan dan anda boleh berjaya. Amiiinnn
With Love,
Aryn Fadz Lee l 0165879882
Stress yg paling kritikal untuk ibu jaga..emosi
Kauthar mohd recently posted…Pemilihan Pencuci Muka Yang Sesuai Penting Ke Untuk Dapatkan Kulit Sihat?