
Salam dan hai semua. 2 Minggu lepas, bersamaan 29 September 2018 hari Sabtu, saya mengikuti Kejohanan Petanque MAKSAK peringkat negeri sabah dalam kategori Single Women Open
Alhamdulillah. Tanpa dijangka, saya berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan ini dan meraih wang tunai RM120, medal dan juga bakal mewakili negeri Sabah dalam sukan ini seandainya terpilih.
Ia adalah 1 pengalaman yang mengujakan kerana berjaya ke peringkat akhir dan berjaya mencabar diri sendiri untuk berjaya di tahap yang terbaik
Sebelum pertandingan berlangsung, saya pastikan saya bersarapan agar bertenaga dan mengambil campuran ESP dan Performance untuk bantu saya kekal bertenaga dan tidak mudah letih kerana games ini akan mengambil masa yang lama dan berlangsung di bawah panas mentari
Pada peringkat kumpulan, acara ini dipertandingkan secara double Knock out. Saya kalah 1 kali dan menang 2 kali dan berjadi menjadi naib johan kumpulan.

Peserta-peserta yang hadir
Seterusnya, saya bertanding untuk ke suku akhir dengan johan kumpulan sebelah dan menang dengan mata 13-9. Sungguh tidak disangka dalam perlawanan ini, boules saya sentiasa dekat dengan jeck yang membuatkan saya mendapat mata dengan mudah dan menang peringkat ini
Seterusnya, peringkat suku akhir saya bertanding dengan wakil Membakut dan menang dengan mata 13-9. Sebelum perlawanan berlangsung, saya mengambil Vita Lea dan B Complex untuk elak saya cepat stres, kekal fokus dan tidak mudah pening

Antara suplemen Shaklee yang saya ambil dan gunakan sepanjang pertandingan
Pada tahap ini, saya perlu pastikan saya kekal fokus kerana pada waktu ini kami bermain dalam keadaan yang panas yang boleh membuatkan mudah penat dan hilang fokus

Top 4

Top 2. Tahniah Kak Emai kerana menjadi johan
Alhamdulillah, di peringkat akhir saya berjaya menjadi naib johan dengan mata 7-13. Sebenarnya, saya sendiri tidak menjangka sampai ke tahap ini. Tapi, saya selalu berdoa dan memohon pada Allah agar pengorbanan saya meningalkan anak-anak di bawah jagaan suami ini berbaloi. Syukur Alhamdulillah..

Bergambar dengan kawan-kawan
Teringat juga semasa perlawanan, memandangkan sukan ini memang dimainkan dalam keadaan terbuka dan berpanas ( bergantung kepada cuaca), saya sapu krim siang Youth Shaklee secara kerap terutama selepas setiap kali solat. Saya juga memakai penutup muka agar muka tidak sunburn teruk

Gambar penutup beramai-ramai
Alhamdulillah, sunburn saya tidak sangat teruk dan waktu pemulihan pun tidak mengambil jangka masa yang lama. 🙂
InshaAllah, saya akan menjalani pemilihan untuk mewakili MAKSAK Sabah dalam sukan Petanque ini Sabtu ini. Doakan saya ya 🙂
Wah. tahniah.Berbaloi baloi berpanas panas. Tahniah sekali lagi 😉