VITAMIN UNTUK MATA KERING
Posted on

Salam dan hai semua. Akhir-akhir ini ramai juga yang menghubungi saya bertanyakan tentang vitamin yang sesuai untuk mata yang kering
Mata mudah untuk kering apabila mata kurang berkedip. Ini mungkin terjadi kebiasaannya apabila kita kerap melihat komputer atau sesuatu pada jangka masa yang lama.
Antara puncanya juga adalah disebabkan perubahan hormon, dehidrasi, faktor penuaan, sering terdedah kepada kawasan yang panas dan berhabuk serta ia boleh terjadi apabila wujudnya penyakit kronik seperti diabates, alergik, arthritis, gangguan tirod dan bell palsy yang menggangu penghasilan air di mata
Mata yang kering akan membuat kita rasa kurang selesa seperti ada yang melekat-lekat di mata, mata merah, mata terasa panas,sensitif terhadap sinar matahari, mata seperti berpasir, sukar membuka mata ketika bangun tidur dan mata cepat berasa penat
Untuk mengatasi atau mengelakkan masalah ini, suka saya cadangkan anda mengambil vitamin atau suplemen-suplemen ini untuk membantu mata lebih selesa dan tidak kering berterusan
Atau anda juga boleh menonton video ini;
Suplemen yang sesuai untuk mengatasi mata kering adalah;
- Vitamin A
- Vitamin A mempunyai Carotenoids adalah antioksidan yang kuat yang boleh melindungi mata daripada kerosakan kerana radikal bebas. Beta-carotene adalah carotenoid yang tinggi vitamin A
Vitamin A penting agar retina boleh berfungsi dengan baik. ia juga melembabkan mata bagi mengelak berlakunya kekeringan dan kegatalan dan bantu mata untuk adjust dengan perubahan cahaya.
Untuk produk Shaklee, saya cadangkan anda mencuba Carotomax kerana Carotomax mempunyai beta carotena dan caretononids
Omega Guard dengan DHA DAN EPA
DHA dan EPA boleh mengurangkan risiko AMD dan membantu sel retina melawan oxidative stress. DHA menghasilkan 60% asid lemak di dalam sel retina dalam saraf optik. Kajian menunjukkan pesakit open-angle glaucoma mempunyai kepekatan EPA di dalam darah yang lebih rendah
- Grape Seed
- Oligomeric proanthocyanidins (OPCs) di dalam grape seed mempunyai kebolehan antioksidan yang lebih hebat berbanding beta-carotene dan vitamin E dan C. OPCs boleh menguatkan vessel darah di dalam mata, melambatkan penuaan mata, membantu melindungi dan meningkatkan keadaan mata. OPCs juga melindungi mata daripada kerosakan disebabkan oxidative stress
Dalam rangkaian produk shaklee, Grape seed adalah salah satu bahan dalam Vivix.
Selain itu, saya cadangkan juga anda untuk melakukan hal-hal berikut bagi mengurangkan masalah mata kering ini;
1 . Berehat dan relaks
Cuba berehat beberapa minit selepas 1 jam setengah anda menghadap komputer. Relakskan otot mata dengan melihat jarak jauh atau berulangkali menutup mata dengan ketat dan selepas itu membuka mata seluas-luasnya. Tidur yang cukup menghalang mata menjadi kering
2 . Pastikan mata lembab
Berkelip secara kerap apabila melihat skrin komputer atau tv membantu mata lembab. Minum air dengan banyak setiap hari untuk mengelak mata menjadi semakin kering
3 . Pastikan postur badan semasa membaca adalah betul
Duduk menghadap meja semasa membaca dan memgang bahan bacaan 30cm daripada mata dan membaca di bawah cahaya yang secukupnya membantu mata menjadi lebih relaks.
4 . Buat pemeriksaan mata
Buatlah pemeriksaan mata secara kerap. Jika terasa ketidakselesaan di mata, terus berjumpa dengan pakar mata dan bukannya menitikkan ubat titik mata
Cara pemakanan dan pengambilan nutrisi yang betul sangat penting untuk penglihatan yang sihat. Sila jaga sebaiknya mata anda agar anda boleh menikmati keindahan dunia di sekeliling anda
Untuk mendapatkan Vitamin untuk mata kering ini, anda boleh klik di —- VITAMIN UNTUK MATA KERING
Atau boleh terus menghubungi saya di talian :
Tel/ Call/ Whatsapp : 016-5879882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Vitamin A memang sgt bagus utk mata kan. Terbaikk lah produk shaklee
Kauthar mohd recently posted…Krim Herbal Blend Shaklee Membantu Kami Dalam Banyak Sudut Termasuklah Masalah Ekzema