RESEPI MUDAH LADA PUTIH DAN IKAN MASIN SEDAP TERANGKAT

Posted on

Salam dan hai semua. Minggu lepas bila ke pasar berjumpa lada putih. Terus rasa terliur sebab saya memang suka makan lada putih cuma pedasnya tu tidak tahan. Ada lada putih yang tidak terlalu pedas tapi bila ditanya dengan makcik penjual, katanya lada putih yang saya beli adalah pedas. Terliur punya pasal, dibelilah juga 

So, kebetulan saya ada beli ikan masin yang niatnya untuk dimasak bersama sayur keladi, terus tercetus idea untuk tumis sekali dengan lada putih saya tadi. Maka, terciptalah resepi mudah dan confirm sedap ini. Jom, check it out..

RESEPI LADA PUTIH IKAN MASIN SEDAP TERANGKAT

Bahan-bahan yang diperlukan

Lada putih yang telah dipotong kecil. Anda boleh potong atau hiris ikut citarasa anda juga. Saya potong sedikit kecil

Ikan masih yang telah dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu

Bawang besar yang telah dihiris

Cara-cara untuk memasaknya

1. Tumis terlebih dahulu Bawang merah dan bawang putih hingga garing

2. Masukkan lada putih yang telah dihiris tadi

Tumis hingga kekuningan. Anda boleh tumis hingga terlebih masak sikit pun ok. Ikut citarasa anda

3  . Seterusnya, masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi

Masukkan bawang besar. Tumis dan gaulkan bersama. Saya tumis hingga warna coklat kecoklatan semua bahan-bahan tadi

Fasa ini anda boleh tambah perasa seperti garam ajinomoto dan gula. Saya lebihkan gula untuk seimbangkan rasa masin dari ikan masin. Saya juga tambah air asam jawa agar resepi lada putih ikan masin ini semakin sedap. 

Dan wallah! Resepi mudah ini siap!

Sila makan bersama dengan nasi panas-panas, jaruk bambangan serta ikan goreng. Pasti terangkat. Sedapppp!!!!!

Sambal lada putih ikan masin ni tahan tau. Sila simpan di bekas yang kedap udara suoaya anda boleh makan bersama hidangan lain setiap kali makan. Sila bertahan dengan kepedasannya juga tau. Selamat menjamu selera 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-5879882
  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge