Salam dan hai semua. Jika dikira ini adalah tahun ke 6 saya Tandem Nursing atau menyusukan anak secara serentak. Anak saya bukan kembar tapi anak-anak saya berkongsi susu ibu antara abang dan adik dan antara kakak dan adik

Ia bermula selepas melahirkan anak ke-2 kami yang lahir pada usia kandungan saya 33 minggu. Sangat unexpected untk lahirkan premature baby, saya decide untuk teruskan penyusuan susu ibu kepada anak pertama kami yang waktu itu baru berusia 1 tahun 4 bulan

tips tandem nursing

Bermulalah episod baru buat kami. Mula-mula agak payah kerana anak pertama masih belum memahami kenapa perlu berkongsi susu tapi atas bantuan suami, kami berjaya melakukannya. Bila adiknya menyusu dan si abang mau menyusu juga, suami akan ambil anak pertama dan bawa dia bermain

Namun, kadang-kadang, keadaan boleh menjadi sangat terdesak. Mereka akan menyusu serentak apabila keadaan tidak dapat dikawal. Tapi sebolehnya saya cuba elakkan cara iniΒ  kerana badan mudah sakit jika tidak berada dalam posisi yang betul

Oh..ya. Panjang pual kisah kami. So, saya pergi pada tips untuk menjayakannya;

1 .Β  Gali ilmu sebanyak mungkin

Bila anda ambil keputusan begini, anda perlu pastikan anda mencari maklumat yang betul dan secukupnya. Info sebegini akan membantu anda dan suami untuk menjayakan misi ini dan bersedia seawal mungkin atas semua kemungkinan yang bakal berlaku

2 . Bersiap sedia dari segi fizikal dan mental

Melakukan tandem nursing tidak mudah jika anda tidak bersedia. Pastikan anda bersedia secara mental kerana mungkin berlaku beberapa perkara yang mencabar kesabaran anda. Bersedia secara fizikal kerana menyusukan 2 orang sebegini akan membuatkan anda cepat letih

Saya amalkan suplemen Shaklee untuk membantu saya cergas, susu meriah , badan tidak mudah sakit dan saya tidak mudah stress

3 . Kongsi info dengan suami

Kongsi dengan suami maklumat-maklumat yang anda tahu. Suami perlu tahu kerana anda akan perlukan banyak bantuan suami dalam hal ini

4 . Makan makanan berkhasiat

Anda akan supply susu ibu kepada 2 orang anak dan ia memang memerlukan badan yang cergas. Makan makanan berkhasiat, banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan badan anda sentiasa bersedia untuk supply susu ibu buat anak-anak

5 . Minum air yang banyak

Dalam proses ini anda pasti cepat berasa dahaga. Pastikan anda minum air yang cukup dan banyak agar badan anda tidak dehidrasi. Air yang cukup sangat diperlukan badan kerana penghasilan susu ibu melibatkan 70% air

6. Elak stress

Tandem nursing mungkin akan mencabar kesbran anda suami isteri. Anda dan suami perlu bijak untuk mengawal keadaan itu dan cuba untuk elak stres. Bila stress, susu akan cepat berkurangan. Anda pasti tidak mahu itu berlaku bukan? πŸ™‚

7. Doa dan zikir

Mohon kepada Tuhan untuk permudahkan perjuangan anda ini. Perjuangan ini memang tidak mudah tapi anda pasti boleh lakukannya. Apabila anak menyusu ambil masa untuk berzikir agar anda tenang sentiasa

Yakinlah pada diri anda ibu, anda boleh melakukannya. Saya tahu anda memilih tandem nursing kerana anda ingin berikan yang terbaik buat anak-anak anda. Walau ia tidak mudah tapi pasti boleh dijayakan. Buktinya, saya sendiri sudah mengamalkannya dari anak pertama hingga anak ke 5 πŸ™‚

Saya doakan moga anda berjaya dan sentiasa happy. Jangan terlalu paksa diri jika rasa anda tidak berjaya dalam hal ini. Tandem nursing perlukan kesabaran yang tinggi dan bantuan dari pelbagai pihak. Tapi, jangan pernah ragu dengan diri anda ya. All the best! πŸ™‚

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge