CARA DAPATKAN KULIT SIHAT WALAUPUN SIBUK URUSKAN ANAK YANG RAMAI

Salam dan hai.. Entry sebelum ini saya ada kongsikan tentang skincare selamat iaitu Youth. So, berkesinambungan dengan itu saya, ingin kongsikan cara dapatkan kulit yang sihat, cantik dannampak lebih muda bagi ibu-ibu yang sibuk menguruskan anak yang ramai. Macam sayalah. 5 orang anak tu 🙂

Ia semestinya tidak mudah tapi ibu-ibu jangan ambil mudah. Takkanlah kita biarkan kulit kita ini tidak terurus walaupun sesibuk manapun kita. Hanya kita mampu menjaga diri sendiri kerana bukan semua orang faham dan ambil tahu

5 orang permata hati kami. Sepenat mana pun ummi dalam membesarkan kamu, kamu tetap cinta hati ummi selamanya. U always make my day

So, apa kata ibu ambil 7 langkah ini sebagai permulaan:

1 . Minum air kosong dan elakkan minuman manis serta berkafein

Bila ibu sibuk, memang tidak sempat minum air kan? Baru ke dapur hendak minum air, anak sudah memanggil. Baru hendak minum, ternampak meja makan bersepah. Letak air dan terus kemas meja makan tadi. Dan the list go on..

Tapi sangat penting ibu cukupkan air dalam badan agar keseimbangan tubuh dapat dipenuhi. Apabila keseimbangan tubuh dapat dipenuhi, kulit akan jadi lebih sihat dan lembab

Dan tolong, kurangkanlah minum minuman manis dan berkafein. Ia sangat tidak membantu kerana gula berlebihan dalam badan akan ‘membunuh’ nutriis dalam badan hingga menyebabkan ia kelihatan pada kulit. Kulit akan menjadi semakin kusam

2 . Pastikan muka dibersihkan dengan betul

Kadangkala kerana mahu cepat, kita hanya cuci muka dengan air sahaja. Adalah sangat penting kita pastikan kita membersihkan muka sebaiknya dengan pencuci muka yang selamat agar sisa-sisa kotoran di muka dapat dibuang

Selepas itu, apa kata bersihkanya dengan toner agat kotoran yang tidak kelihatan di bawah kulit akan dapat dibersihkan

Kedua-dua perkara ini hanya mengambil masa sekitar 5-10 minit. Ia tidak mengambil masa lama.. So, cubalah..

3 . Pakai pelembab dengan sun block apa keluar rumah

Sinaran uv daripada matahri jika berlebihan boleh menyebabkan kulit muka menjadi rosak. Pakai  pelembab untuk pastikan kulit tidak kering dan sun block untuk melindunginya daripada sinaran matahari yang merbahaya. Boleh cuba pelembab Youth dengan SPF 50 kalau mahu 🙂

4 . Senyum dan berfikiran positif

Apabila sudah sibuk memang kita kurang masa untuk senyum apa lagi untuk berfikiran positif. Kadang-kadang kita lebih cepat marah.

Untuk kekalkan wajah yang cantik dan sihat, selalu berfikiran positif dengan melakukan sesuatu yang anda sukai, meluangkan masa buat diri anda sendiri atau pergi melancong. Saya tau ianya tidak mudah tapi apa kata anda cuba dahulu lakukannya. 🙂

5. Elakkan stres

Marah, geram dan penat memang tidak dapt dijauhkan apabila kita sudah stress. Ia sangat-sangat tidak mudah untuk elakkan stres apatah lagi bila banyak yang perlu kita uruskan dan siapkan

Tapi ia boleh dilakukan. Mungkin anda boleh rehat sekejap setelah seharian berdiri dan melakukan kerja-kerja rumah dan relax dengan bermain bersama-sama anak. Kain baju boleh tunggu untuk dijemur . You have to let go little things agar fikiran anda tidak sesak

6 . Ambil makanan seimbang

Cuba amalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan. Pemakanan seimbang membantu badan cukup nutrisi. Badan yang cukup nutrisi akan salurkan tenaga yang lebih dan minda yang cergas. Ambil suplemen yang selamat dan sesuai. Mahu suplemen untuk kesihatan menyeluruh boleh cuba multivitamin, B Complex, Vitamin C dan minuman protein

7 . Amalkan zikir

Sambil membuat kerja-kerja rumah, anda boleh beristighfar, berselawat dan mendengan alunan bacaan suci ayat Al-Quran melalui handphone dan sebagainya.

Saya suka amalkan membaca Al-Fatihah 41 kali selepas solat subuh bagi membantu urusan saya setiap hari dipermudahkan. Dan selalunya masa akna rasa panjang dan banyak kerja rumah dapat diselesaikan

Buat ibu-ibu yang membaca tips ini, saya doakan anda semua akan mendapat kulit yang lebih sihat, hati yang lebih tenang dan minda yang lebih positif. Ingatlah, bila aada gembira semua di sekeliling anda akan jadi lebih mudah dan menyenangkan 🙂

Share

6 thoughts on “CARA DAPATKAN KULIT SIHAT WALAUPUN SIBUK URUSKAN ANAK YANG RAMAI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge