TIPS MEMBELI BELAH BERSAMA ANAK SEBELUM ADILFITRI

Salam dan hai semua. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidlfitri dan semestinya antara orang yang palng seronok adalah anak-anak

Ramai ibu bapa masih membeli untuk keperluan anak sebelum Aidilfitri ini bukan? Bandar Kota Kinabalu pun dari Sabtu lepas memang penuh dan sesak dengan orang ramai

cara membeli bersama anak ramai

Keluar bersama anak-anak memnag mencabar tapi seronok lebih-lebh lagi bila melihat mereka happy

Bukan mudah sebenarnya untuk membawa anak membeli belah terutama bila ada anak ramai dan dalam keadaan yang sesak. Ada yang cadangkan baik hanya ibu bapa sahaja yang belikan untuk anak tetapi ada ketikanya anak perlu dibawa kerana ingn memastikan barangan yang dipilih seperti baju, kasut, tudung, seluar dan sebagainya muat dengan anak dan mereka sukai

Begitu juga dengan kami, dengan anak seramai 5 orang memang agak mencabar untuk membawa anak-anak membeli belah dan saya kongsikan beberapa tips untuk anda lakukan agar perjalanan membeli belah bersama anak ini berjalan lancar ( Walaupun hakikatnya pasti ada yang terkandas šŸ™‚

1 . Membeli lebih awal

Saya cadangkan anda dan anak-anak pergi membeli sebelum keadaan menjadi sesak. Contohnya sebelum bulan Ramadhan bermula atau pada awal Ramadhan. Ini sangat membantu kerana waktu ini keadaan belum sesak dan lebih mudah untuk kita bergerak

2 . Sediakan minda dan fizikal anda

Expect the worst. Tidak semua anak selesa dengan keadaan yang sesak atau mampu tunggu kita berjam-jam untuk memilih baju mereka. So,Ā  pastikan anda sediakan minda dan fizkal anda untuk menghadapi situasi ini

3 . Rancang dan senaraikan apa yang ingin dibeli

Ya, ini sangat penting. Rancang dan senaraikan apa yang hendak dibeli dan di mana tempat yang sesuai untuk anda membeli. Hal ini akan menjmatkan masa. Kadang-kadang kami cuma memilih 1 pasaraya untuk membeli barang keperluan anak. Proses survey barangan anak-anak dari satu tempat ke satu tempat akan memakan masa dan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar

tps membeli belah bersama anak, pengedar shaklee kota kinabalu, shaklee sabah

Mood happy ketika di dalam kereta sebelum tiba ke destinasi

4 . Bergilir membawa anak

Sejak anak semakin ramai saya dan suami memilh untuk membeli belah secara bergilir. Selalunya saya akan membawa 2 orang anak terlebih dahulu untuk membeli barangan keperluan mereka sambil suami menunggu bersama anak lain di kereta.

Dan setelah siap untuk 2 orang tadi, suami dan saya akan bergilir membawa yang lain lagi. Selalunya saya hantar gambar melalui whatsapp untuk meminta bantuan suami memilih baju yang sesuai untuk anak-anak

5Ā  . Membeli belah di waktu pagi

Saya perasan hal ini sangat membantu kami. Kebiasaannya di waktu pagi anak akan lebih mudah diurus kerana mereka lebih segar.

6 . Pastikan anak kenyang

Anak yang lapar akan cranky. So, saya cadangkan anda beri makan kepada anak terlebih dahulu sebelum membeli belah dan sediakan makanan ringan seperti biskut di dalam kereta sementara menunggu. Elakkan minumanĀ  atau makanan manis kerana ini akan membuatkan mereka lebih aktif

7 . Doa dan berfikiran positif

Sebelum memulakan misi anda, berdoa dan mohonlah pada Tuhan agar memudahkan perjuangan anda ini. Set diĀ  minda anda semuanya akan ok dan anak-anak akan memberi kerjasama yang terbaik.

Good luck untuk anda semua. Saya harap tips ini akan membantu dan anda berjaya membeli keperluan anak-anak dengan jayanya

With Love,

Aryn Fadz Lee

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge