Archive | May 2018

SET MANDIAN DAN PENJAGAAN DIRI BAYI YANG SELAMAT, ORGANIK DAN SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF

Salam dan hai semua..Alhamdulillah. Hari ni genap Eishal berumur 50 hari dan kami akan berjumpa doktor untuk mengetahui keputusan Prolonged Jaundice nya hari ini. Sungguh tidak sangka begitu cepat masa berlalu dan saya pun sudah habis pantang.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua tentang sabun mandian,krim dan minyak urut bayi yang saya gunakan untuk Eishal. Baunya yang segar, strukturnya yang lembut serta bebas bahan kimia yang merbahaya buatkan saya sangat-sangat sukakannya

Set penjagaan diri bayi ini terdiri daripada sabun mandi, lotion dan massage oil sangat sesuai untuk kulit bayi yang masih lembut dan sensitif. Ia juga organik dan tahan lama. Ada pengguna  mengatakan mereka gunakan set ini hingga 3 bulan lamanya. Jimat bukan?😊

Saya sendiri sudah gunakannya selama 3 minggu dan hingga kini kandunganya masih banyak

set mandian bayi selamat

3 produk ini dipanggil Shakleebaby. Botol ungu adalah sabun mandi, botol hijau adalah Soothing Lotion dan botol orange adalah Massage Oil. Eishal memang sukakan set ini kerana buatkan dia relax and calm

Sabun mandi yang mengandungi antaranya chamomile, lavender dan aloe vera organik ini merupakan mandian yang lembut, mententeramkan, menenagkan dan melegakan kulit

Ianya tidak menimbulkan alahan, mempunyai PH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut

Saya hanya gunakan sedikit untuk Eishal ketika mandi kerana ia memang pekat dan kongsi penggunaannya dengan kakak-kakaknya juga. Strukturnya yang lembut dan bau yang segar serta jimat buatkan saya teruja untuk menggunakannya pada anak-anak

Soothing Lotion atau losyen pelembab bantu mengekalkan pipi gebu si manja dan kelembapan jair-jemarinya. Ia mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, mnyak bunga matahari, minyak jojoba dan shea buter organik yang mana selamat untuk bayi

Kebiasaannya, saya akan pakaikan krim ini pada seluruh badan Eishal sambil melakukan urutan manja dan Eishal memag enjoy that moment. Saya sangat sukakan baunya yang segar dan strukturnya yang tidak terlalu berminyak

Dan yang ketiga adalah Massage oil atau minyak urut yang mempunyai campuran organik yang menenangkan, sangat lembut yang sememangnya sempurna untuk mengurut bayi pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembab selepas mandian.

Mengandungi minyak biji bunga mathari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang. Saya gunakan Massage Oil ini di perut Eishal untuk elakkan kembung perut, selain kaki dan rambut Eishal

Dan selepas tu saya akan cium Eishal berabis sebab saya sangat sukakan baunya 🙂

Set penjagaan diri bayi ini telah dibuktikan selamat dan sesuai untuk kulit sensitif. Ketiga-tiga produk ini tidak mengandungi paraben, Natrium Lauril Sulfat (SLS), Phthalates, BPA, Formaldehid, 1,4- dioxan, warna tiruan dan wangian, diuji pakar pediatrik dan diuji secara klinikal.

Wangian yang ada padanya adalah wangian semulajadi daripada bahan-bahan semulajadi  dan organik yang diadun bersama. Dan ia juga sangat-sangat sesuai buat bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif atau alergik

Mari kita baca pengalaman ibu-ibu yang telah menggunakannya;

testimoni shakleebaby

Dan berita baiknya untuk anda, bulan ini set mandian selamat ini boleh dibeli dengan harga 2 set dan anda akan diberi 3 set termasuk diberi percuma tuala bayi yang lembut serta sebuah beg comel bayi

set mandian bayi selamat

Untuk dapatkannya anda boleh terus hubungi saya di;

Whatsapp : www.wasap.my/60165879882

FB : Aryn Fadz Lee

Atau anda boleh terus klik di Set Penjagaan Diri Bayi selamat

With Love,

Aryn Fadz Lee 🙂

Share

PENGALAMAN MENGANDUNGKAN ANAK KE 5 YANG MENCABAR

Salam dan hai semua. Alhamdulillah, 30 Mac 2018, pada hari Jumaat nan mulia, jam 12.36 tengahari lahirlah cahayamata ke 5 kami, seorang gadis kecil dengan berat 2.07kg pada usia kandungan saya 37 minggu 2 hari

Teringat kembali pabila saya disahkan mengandung anak ke 5 ini, pelbagai perasaan dan tanggapan bermain di hati dan kepala. Serasa tidak bersedia memandangkan anak ke 4 kami baru berusia 10 bulan dan masih terasa alahan teruk saya semasa mengandung anak ke 3 dan ke 4.

Tapi, kami suami isteri redha atas pemberian ini kerana kami percaya Allah berikannya kerana Dia tahu kami mampu dan pasti banyak hikmah disebaliknya

Saya berdepan pelbagai cabaran semasa mengandungkan anak ke 5 ini. Salah satunya saya menghadapi sakit kepala yang teruk hinggakan mengganggu selera makan saya menyebabkan saya kurang makan dan bayi dalam kandungan saya kecil

Ini menyebabkan berat bayi dalam kandungan saya dipantau dan saya dikehendaki bertemu pakar O&G setiap 2 minggu. Setap kali appointment dengan Pakar, memang kandungan saya akan di’scan’.

Dan setiap kali tu juga saya risau kerana takut ada apa-apa komplikasi pada bayi dalam kandungan. Pakar juga akan menerangkan tentang condition bayi dalam kandungan. Syukur Alhamdulilah, baby tiada apa-apa komplikasi dan dia membesar semasa dalam kandungan walaupun masih dikira agak kecil berbanding bayi seusianya,

Dan dalam pada itu, di dalam keadaan saya yang sangat-sangat tidak cergas semasa mengandung ini juga, saya paksakan diri untuk membantu suami uruskan anak-anak yang bersekolah dan kena bangun awal pagi setiap hari yang mana agak mencabar kerana perjalanan ke sekolah mereka selalunya jammed

Its not easy sebab pabila bangun setiap pagi kepala saya terus sakit menyebabkan saya muntah dan rasa tidak cergas untuk bergerak. Rasa yang sangat-sangat tidak best

Syukur Alhamdulillah, suami sangat memahami keadaan saya dan suamilah yang menjaga anak-anak kebanyakan masa. Saya rasa kasihan dengan suami dan anak-anak yang ikut merasai keadaan saya ini. Masakpun saya jarang hinggakan boleh dikira berapa kali sahaja saya memasak sepanjang hamil kali ini. Terkubur cita-cita mau buat bento untuk anak-anak

Sewaktu bekerja di pejabat pula, saya kuatkan diri untuk tidak terlalu memikirkan sakit kepala ini. Nak kereta ke pejabat pun boleh buat saya pening dan muntah. Kadang-kadang rasa lebih baik tidur waktu rehat daripada makan tapi saya kena paksa diri untuk isi perut juga agar bayi dapat nutrisi secukupnya

Pengedar shaklee kk

Muka yang semakin mengcengkung kerana berat badan turun. Suami dan anak-anaklah penguat semangat

Memang letih sangat saya rasakan tapi saya gagahi jua apatah lagi perlu membantu suami menguruskan anak-anak semasa tengahari

Syukur juga, kerajaan memberi kelonggaran untuk pulang sejam awal bagi pegawai kerajaan yang hamil 5 bulan ke atas. Kurang juga rasa letih untuk tunggu sehingga jam 5 yang saya rasakan terlalu lama. Dan tidak juga balik lewat sangat sebab kami perlu mengambil anak sulung yang bersekolah petang yang balik pada jam 5

Despite pelbagai cabaran semasa hamil anak ke 5 ini, saya bersyukur kerana saya tidak mengalami masalah hb rendah atau lain-lain komplikasi dan Allah sentiasa murahkan rezeki serta permudahkan banyak urusan kami

Ribuan terima kasih saya ucapkan buat suami tersayang yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan semasa saya mengalami alahan teruk pada kehamilan kali ini dan juga keluarga tersayang kerana bantu untuk tolong jaga anak-anak ketika kami perlukan bantuan 😊

Share