Archive | November 2017

KEHAMILAN KE 5

Salam dan hai semua.. Lama sangat tidak update antyhing here, since saya masih mengalami muntah dan mual-mual. Ya, Alhamdulillah.. Allah kurniakan lagi kmi cahayamata ke 5 dan saya kini hamil 17 minggu

Mengandung pada usia begini dan dalam keadaan anak ke 4 kami masih kecil dan masih Breastfeeding, bukanlah sesuatu yang mudah. apa lagi saya mengalami pening, muntah dan mual. Agak mencabar bagi saya memandangkan saya perlu uruskan 4 anak kami yang masih kecil lagi

Walaupun kehamilan kali ini sesuatu yang di luar perancangan kami, tapi kami percaya perancangan Allah itu lebih baik. Walaupun rasa agak letih tapi digagahi juga diri. Saya mesti kuat untuk suami dan anak-anak.. Chaiyok!

Farhah, cahayamata ke-4 kami.. Tidak lama lagi bergelar seorang kakak

 

Pengambilan multivitamin Shaklee sangat membantu saya. Walaupun berat badan turun tapi syukur Alhamdulillah, bacaan HB masih ok. Ostematrix pula sangat membantu mengurangkan sakit-sakit belakang, gigi dan bantu mudah untuk membuang. Sesuatu yang kerap terjadi pada ibu hamil.

ESP juga saya ambil terutama bila perut terasa kosong. Since sekarang ni memang cepat lapar, saya bancuh dan minum ESP terlebih dahulu bagi elakkan gastrik menjelma. Selalunya saya bancuh dengan air kosong ja..

Bantuan suami juga sangat-sangat membantu. Syukur sangat-sangat suami sangat memahami dan tolong jaga anak-anak ketika si isteri ni tidak larat. Anak sulung kami terutamanya sangat-sangat memahami dan boleh diharapkan untuk menjaga adik-adiknya bila perlu. Syukur Alhamdulillah..

Cuma setakat ini saya masih tidak mampu untuk memasak selalu.. Kebanyakan masa, saya rasa masakan sendiriĀ  tidak sedap buatkan saya susah untuk makan dengan selera makan yang agak memilih.. Doakan saya sentiasa kuat ya šŸ™‚

Moga kehamilan kali ini mampu saya hadapi dengan hati dan semangat yang kuat dan alahan ini tidak lama :).. Aminnn

Share