CARA TANGANI DAN KURANGKAN STRESS DI TEMPAT KERJA

Salam dan hai semua.. Bulan yang memang busy buat saya dan suami kerana kami terlibat dengan satu acara di pejabat yang agak besar juga dan 2 minggu ni juga Farhah pula demam berlanjutan. Mana lagi maid pula sakit dan bagitahu mahu berhenti kerja. Memang agak mencabar kerana semuanya berlaku dalam minggu yang sama

Pun begitu, hidup dan perjuangan dalam hidup tetap perlu diteruskan. Berkat doa dan izin Allah, maid tidak jadi berhenti dan Farhah semakin sihat. Tapi kerja pejabat menang sentiasa banyak

Selain menyiapkan kerja-kerja berkaiatan tugas hakiki, tugas- sebagai ahli jawatankuasa acara besar di pejabat juga buat saya tidak menang tangan

Hal ini menyebabkan saya mudah stres dan cepat letih. Dan kasihannya, apabila balik rumah anak-anak pula jadi mangsa. Saya jadi semakin tertekan

shaklee sabah, shaklee kk, shaklee kota kinabalu

Stress boleh ditangani. Ketahui cara-caranya

Akan tetapi, saya fikir benda ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Kerjapun ikut terjejas dan begitu juga hubungan dengan anak-anak. So, saya lakukan beberapa perkara ini bagi mengawal keadaan. Antaranya adalah;

1 . Banyakkan berzikir

Dalam keadaan ini, saya percaya ini adalah satu ujian untuk saya sebagai tanda Allah rindu untuk saya  mengingatiNya. Saya banyakkan zikir dan kurangkan memikirkan masalah di tempat kerja

2 . Banyakkan solat sunat

Saya konsistenkan solat Dhuha dan sedaya upaya bangun awal untuk solat Tahajjud sambil berdoa dengan sepenuh hati. Ternyata ia memang menenangkan hati apa lagi bila semua masalah diadukan kepadaNya dengan diriingi air mata

3 . Amalkan surah Al-Waqiah

Pernah seorang teman kongsikan jika beliau sakit kepala beliau amalkan membaca Al-Waqiah. Saya akan berusaha untuk membaca Al-Waqiah setiap pagi dan ia ternyata benar kerana selalunya sakit kepala akan berkurang dan kerja akan mudah dilakukan

4 . Selalu fikirkan tentang sesuatu yang menenangkan dan positif

Saya selalu mengalihkan fikiran saya daripada memikirkan kerja-kerja pejabat terutama ketika di rumah dengan memikirkan tentang apa aktiviti yang sesuai dilakukan bersama  anak-anak. Meluangkan masa bersama anak-anak adalah sesuatu yang menyeronokkan dan sangat saya hargai kerana masa bersama mereka setiap hari adalah terhad

5 . Berjalan-jalan

Keluar makan dan berjalan-jalan bersama keluarga merupakan salah satu cara saya untuk melupakan hal-hal kerja.

6 . Talk to somebody

Pelase, jika anda rasa terlalu stress dengan hal-hal kerja, please talk to somebody yang anda percayai dan memahami anda. Ini akan sangat-sangat membantu. Saya suka share everything dengan suami dan jika perlu saya akan berkongsi dengan Supervisor saya yang dipercayai

7. Balik kampung

Jumpa mami adalah benda yang sangat menggembirakan. Even saya tidak berkongsi tentang hal kerja yang membebankan, berkongsi cerita tentang hal lain dengan beliau sangat menenangkan

8. Ambil makanan dan suplemen yang betul

Saya juga cuba kurangkan makanan dan minuman manis yang bagi saya boleh menjejaskan kesihatan diri seperti minuman manis dan berkarbonat. Ini kerana ia juga boleh mempengaruhi cara saya berfikir. Dan saya pastikan saya mengambil basic multivitamin, vitamin B, Vitamin C dan Ostematrix untuk membantu badan saya kekal cergas

Ada pelbagai cara lagi untuk mengurangkan stres di tempat kerja but please, jangan biarkan ia terus menggangu kehidupan seharian anda. Buatlah sesuatu untuk mengurangkannya. Jangan biarkan ia semakin teruk. Anda boleh mengubahnya 🙂

With Love;

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

5 thoughts on “CARA TANGANI DAN KURANGKAN STRESS DI TEMPAT KERJA

  1. Bagus tips2 yang dikongsikan ni. Selalu bila terjadi stress tempat kerja. Saya akan stop dulu. Then cuba ambil angin dengan berjalan sekejap. Lepas tu sambung kerja, gunakan earphone dan dengar lagu2 yang menenangkan. Contohnya lagu yang tidak berat musiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge