BAGAIMANA BLOG ATAU LAMAN SESAWANG MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI BISNES ANDA

Salam dan hai.. Tahun ini merupakan tahun ke 4 saya mempunyai blog. Bermula dengan menggunakan blogspot dan akhirnya saya bertukar menggunakan platform WordPress.

Blog atau laman sesawang bagi saya sangat membantu dalam meningkatkan kredibilit bisnes saya dan meningkatkan jualan saya juga. Dan saya cadangkan anda gunakan blog seperti salah satu medium selain media sosial untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan serta memasarkan produk anda

Antara sebab kenapa saya sangat mencadangkan anda untuk mewujudkan blog atau laman sesawang untuk perniagaan anda adalah kerana;

1 . Memberi informasi lebih lanjut

Since blog tidak mempunyai limit dalam jumlah perkataan ketika menulis, anda boleh gunakan tulisan anda di blog untuk memberi penerangan lanjut atau panjang lebar  tentang produk atau jenama anda. Gunakan media sosial untuk memperkenalkan produk anda dan seterusnya mohon pelanggan mendapatkan maklumat lanjut melalui blog anda

2 . Medium pemasaran jangka masa panjang

Penulisan di blog boleh menjadi pemasaran jangka panjang kerana penulisan blog selalunya kekal dalam Google Search. Anda hanya perlu menulis denagn sebaiknya dan pasti Google akan meletakkan blog anda di enjin carian dengan mudah

3 . Mampu meningkatkan kredibiliti jenama anda

Laman sesawang mampu meningkatkan kredibiliti bisnes atau produk anda. Dengan wujudnya laman sesawang atau blog berkaitan, pelanggan akan mudah untuk mencari info dan menjadikan blog anda sebagai rujukan

4 . Mampu menarik lebih ramai pelanggan

Apabila blog anda sudah berada di dalam kedudukan teratas dalam enjin carian atau Google Search, pelanggan akan lebih mudah untuk mencari dan menghubungi anda

5 . Medium berinteraksi dengan pelanggan

Anda boleh gunakan blog sebgai salah satu medium untuk berinteraksi dengan Follower anda yang berkemungkinan menjadi potential customer anda

6. Yuran tahunan murah dan ada yang percuma

Anda pilih, jika mahu yang percuma anda boleh gunakan platform blogspot dan jika mahu nampak lebih professional anda boleh gunakan WordPress dan beli domain name untuk blog anda

So, jangan ragu-ragu untuk menggunakan blog atau laman sesawang sebagai salah satu medium terbaik untuk perniagaan anda ­čÖé

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

2 thoughts on “BAGAIMANA BLOG ATAU LAMAN SESAWANG MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI BISNES ANDA

  1. Betul sis Aryn.

    Kuat di FB penting, tapi ada web sendiri lagi penting. Cuma mungkin FB lebih cepat dan tak perlukan kepandaian teknikal, maka FB dan IG jadi medium utama menjual.

    Cuma tak boleh terus begitu. Wajib ada web kalau mahu lebih sistematik.
    LovelySuri recently posted…FREE ! Kurung Moden GiveawayMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge