TINGKAT PERTAHANAN BADAN KETIKA PERAYAAN
Posted on
Salam dan hai.. Selamat Hari Raya AIidlfitri dari kami sekeluarga saya ucapkan buat semua pembaca, Followers dan semua yang mengenali kami
Baru 16 syawal tapi badan sudah mula sakit-sakit. Saya sendiri mula selsema dan hidung mula gatal-gatal. Salah diri sendiri juga sebab 2 hari sebelum tu saya sudah rasakan tekak mula kekeringan menandakan badan perlu lebih air. Tapi tidak diendahkan. Natijahnya, selsema datang menjelma
Terus saya bancuh Nutriferon secepatnya. Sanggup buka stok stok Nutriferon di rumah yang baru. Saat ni, memang tidak tahan sudah bila hidung mula gatal dan hingus meleleh hingga tidak dapat dikawal
Selain itu saya juga mengamalkan minum air yang banyak, kurangkan pengambilan air sejuk, elak minuman berkarbonat serta minum air panas atau suam. Juga kurang suhu penghawa dingin ketika tidur 🙂
Saya juga kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak. Saya cuba pastikan saya rasa hidangan raya yang disediakan tapi tidak berlebihan. Berlebihan cuma akan membuatkan selsema saya semakin teruk
Dan, Syukur Alhamdulillah.. Selsema saya semakin ok dan senang untuk melakukan kerja-kerja seharian
Untuk semua pembaca di sini, saya ucapkan terima kasih kerana tidak pernah jemu untuk hadir ke sini. Maaf, baby kecil yang ada di rumah sangat-sangat tidak menggalakkan saya selalu berada jauh darinya. Tapi saya akan sentiasa cuba usahakan untuk update blog kesayangan saya ini
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan dan Maaf Zahir dan Batin
Leave a Reply