KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA MIRI DAN ANGKASA NEGERI SABAH

Salam Ramadhan al-Kareem.. Alhamdulillah, dapat juga post beberapa entry Jun ini. Perasan enda, bulan Mei saya tidak terpost 1 entry pun. Iya, Mei lepas memang agak sibuk apa lagi saya terlibat dengan 2 Kejohanan Petanque. 1 Kejohahan Terbuka Bergu Miri Mayfest dan 1 lagi Kejohanan Petanque Angkasa peringkat negeri SAbah

Since 1st time ikut tournament Petanque terbuka luar daripada Sabah, memang banyak benda perlu diurus sebelum membawa nama kelab ke sana. Well, itu semua pengalaman dan ia pengalaman yang sangat best

Kejohanan Terbuka Petanque Bergu Miri Mayfest ini berlaku pada tarikh yang sama dengan Perayaan Miri sebagai Bandaraya. So, memang banyak pameran, aktiviti di Miri sepanjang 2 hari kami di sana. Sempatlah jalan-jalan kejap. Terus berazam mahu ke Miri lagi sebab banyak sangat belum diterokai. Hihi

Kejohanan ini juga agak mencabar bagi saya kerana gelanggang petanque di sini agak mencabar dan kami berdepan bukan sahaja dengan bergu wanita, malah bergu lelaki dan bergu campuran. Persaingannya nyata sengit tapi kami berjaya mendapat banyak pengalaman dan ilmu dari otai-otai di sana. Sempat lagi dorang ajar kami cara bermain di gelanggang Petanque di sana walaupun mereka juga adalah lawan kami

Test Gelanggang dulu. Belakang saya ni Gelanggang B

Bergambar dengan Partner saya, Kak Rosmah Anjoh. Walaupun kami kalah di semua game kami, tapi kami dapat berikan saingan pada lawan kami dan dapat kawan baru juga

Kami, wakil daripada Sabah.. Yang bertudung pink muda di belakang Kak Mick, Tengah-tengah tu Kak Hasnila dan Kak Rosmah

Seterusnya, tanggal 20-21 Mei 2017 kami join pula Kejohanan Petanque anjuran Angkasa di Gelanggang UiTM Kota Kinabalu, Sabah. Di Kejohanan ini kami bermain secara Triple dan bertemu dengan Triple wanita sahaja

Hari Pertama, pakai jersi tema hitam kuning. Di sebelah saya adalah Siti dan hujung adalah Salmah

Perlawanan pertama kami bertemu dengan 1 pasukan yang baru dalam sukan Petanque wakil dari SMK St Martin Tambunan. Menang dengan 13-2, kami menumpaskan mereka dalam masa 30 minit. Terus teringat dengan diri sendiri apabila melihat mereka. Beginilah kami juga mula-mula terlibat dengan sukan Petanque. Tidak pandai tulis markah, tidak tahu sangat tentang peraturan dan tiada perancangan dalam game ini

Hari ke-2, pakai jersi biru. Pakai penutup muka sebab takut sunburn. Panas oi….Hahaha Tidak sangka gandingan kami 3 orang ni menjadi. 1st time kami berganding 3 orang ni dalam Triple

Seterusnya kami kalah berjumpa KOPEKS Wanita dengan mata 9-13 dan berjaya masuk ke suku akhir apabila menang sekali lagi berjupa SMK St Martin.

Perlawanan diteruskan keesokan harinya dan kami kalah 13-8 dengan wakil SMK Pinggan-Pinggan, Pitas.

Sempat bergambar di banner Kejohanan

Walaupun tewas tapi kami sangat gembira kerana berjaya memberikan cabaran sengit pada pesaing kami. Perlawanan bertemu KOPEKS saya kira paling mencabar kerana kami bermain selama 1 jam 50 minit, pada waktu tengahari, di engah-tengah panas dan dan belum makan tengahari.

Game ini bukan sahaja mencabar tahap kesabaran, ia juga mencabar tahap fokus kita dalam keadaan sukar dan juga bagaimana hendak konsisten dengan cara membaling ketika keadaan gelanggang berubah

Sepanjang perlawanan juga saya mengambil minuman isotonik Shaklee supaya tidak mudah letih dan hilang fokus dan sentiasa bertenaga walau dalam apa keadaan pun

Sehingga bertemu lagi di next entry ya 🙂

With Love,

ArynFadz Lee l  016-587 9882

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge