Archive | June 2017

DAPATKAN KULIT LEBIH MENAWAN AIDILFITRI INI

Salam dan hai.. Alhamdulillah, kita berada di dalam 10 terakhir Ramadhan. Antara waktu-waktu yang ditunggu kerana kita mencari Malam Lailatul Qadar. Mari banyakkan berdoa dan beribadah padaNya

InshaAllah, minggu ini kita akan merayakan Aidilfitri. Pelbagai persiapan giat disediakan agar Aidilfitri lebih meriah dan gembira. Dan sempat lagi jika anda beli suplemen yang sesuai untuk kulit lagi berseri Aidilfitri ini. Saya pasti anda pasti mahu kelihatan lebih berseri 🙂

Antara suplemen yang sesuai anda ambil adalah;

1 .  ESP

ESP adalah minuman protein Non-GMO yang penting untuk kulit. Ini kerana protein lah yang membantu agar sel kulit jadi lebih sihat. Apabila sel kuit jadi lebih sihat, kulit akan nampak lebih lembut dan menawan

ESP shaklee, shaklee sabah

2 . Vitamin C

Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen kulit. Seawal usia 25 tahun, kolagen kulit mula berkurang dan anda boleh lihat melalui kemunculan kedut-kedut kecil di sekitar mata dan muka. Pengambilan Vitamin C akan membantu kulit lebih anjal dan lebih cantik

shaklee sabah, shaklee kota kinabalu

 

3 . B Complex

Antara punca kulit mudah kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar apabila kita kerap stres. Pengambilan B Complex boleh membantu untuk kita tidak mudah stres dan penat. Bila kita tidak mudah stres, kulit juga tidak mudah mengalami masalah

b complex shaklee, shaklee sabaha, shaklee kk

4 . Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat bagus untuk badan kita. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan radikal bebas yang membuatkan kulit nampak kusam, malah vitamin E boleh membantu mengurangkan kesan atau bekas serta parut jerawat yang susah untuk hilang di permukaan kulit kita

vitamin e shaklee, shaklee sabah, pengedar shaklee sabah

Jika mahu kesan lebih cepat, saya cadangkan anda ambil Collagen Powder Shaklee kerap untuk tingkatkan kolagen kulit dan kulit nampak lagi anjal 🙂

Selain tu,  jangan lupa amalkan pemakanan sihat, kurangkan minuman manis dan berkafein, kurangkan makanan berminyak dan tambahlah manis dalam senyuman

Selamat bertemu Lailatul Qadar dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA MIRI DAN ANGKASA NEGERI SABAH

Salam Ramadhan al-Kareem.. Alhamdulillah, dapat juga post beberapa entry Jun ini. Perasan enda, bulan Mei saya tidak terpost 1 entry pun. Iya, Mei lepas memang agak sibuk apa lagi saya terlibat dengan 2 Kejohanan Petanque. 1 Kejohahan Terbuka Bergu Miri Mayfest dan 1 lagi Kejohanan Petanque Angkasa peringkat negeri SAbah

Since 1st time ikut tournament Petanque terbuka luar daripada Sabah, memang banyak benda perlu diurus sebelum membawa nama kelab ke sana. Well, itu semua pengalaman dan ia pengalaman yang sangat best

Kejohanan Terbuka Petanque Bergu Miri Mayfest ini berlaku pada tarikh yang sama dengan Perayaan Miri sebagai Bandaraya. So, memang banyak pameran, aktiviti di Miri sepanjang 2 hari kami di sana. Sempatlah jalan-jalan kejap. Terus berazam mahu ke Miri lagi sebab banyak sangat belum diterokai. Hihi

Kejohanan ini juga agak mencabar bagi saya kerana gelanggang petanque di sini agak mencabar dan kami berdepan bukan sahaja dengan bergu wanita, malah bergu lelaki dan bergu campuran. Persaingannya nyata sengit tapi kami berjaya mendapat banyak pengalaman dan ilmu dari otai-otai di sana. Sempat lagi dorang ajar kami cara bermain di gelanggang Petanque di sana walaupun mereka juga adalah lawan kami

Test Gelanggang dulu. Belakang saya ni Gelanggang B

Bergambar dengan Partner saya, Kak Rosmah Anjoh. Walaupun kami kalah di semua game kami, tapi kami dapat berikan saingan pada lawan kami dan dapat kawan baru juga

Kami, wakil daripada Sabah.. Yang bertudung pink muda di belakang Kak Mick, Tengah-tengah tu Kak Hasnila dan Kak Rosmah

Seterusnya, tanggal 20-21 Mei 2017 kami join pula Kejohanan Petanque anjuran Angkasa di Gelanggang UiTM Kota Kinabalu, Sabah. Di Kejohanan ini kami bermain secara Triple dan bertemu dengan Triple wanita sahaja

Hari Pertama, pakai jersi tema hitam kuning. Di sebelah saya adalah Siti dan hujung adalah Salmah

Perlawanan pertama kami bertemu dengan 1 pasukan yang baru dalam sukan Petanque wakil dari SMK St Martin Tambunan. Menang dengan 13-2, kami menumpaskan mereka dalam masa 30 minit. Terus teringat dengan diri sendiri apabila melihat mereka. Beginilah kami juga mula-mula terlibat dengan sukan Petanque. Tidak pandai tulis markah, tidak tahu sangat tentang peraturan dan tiada perancangan dalam game ini

Hari ke-2, pakai jersi biru. Pakai penutup muka sebab takut sunburn. Panas oi….Hahaha Tidak sangka gandingan kami 3 orang ni menjadi. 1st time kami berganding 3 orang ni dalam Triple

Seterusnya kami kalah berjumpa KOPEKS Wanita dengan mata 9-13 dan berjaya masuk ke suku akhir apabila menang sekali lagi berjupa SMK St Martin.

Perlawanan diteruskan keesokan harinya dan kami kalah 13-8 dengan wakil SMK Pinggan-Pinggan, Pitas.

Sempat bergambar di banner Kejohanan

Walaupun tewas tapi kami sangat gembira kerana berjaya memberikan cabaran sengit pada pesaing kami. Perlawanan bertemu KOPEKS saya kira paling mencabar kerana kami bermain selama 1 jam 50 minit, pada waktu tengahari, di engah-tengah panas dan dan belum makan tengahari.

Game ini bukan sahaja mencabar tahap kesabaran, ia juga mencabar tahap fokus kita dalam keadaan sukar dan juga bagaimana hendak konsisten dengan cara membaling ketika keadaan gelanggang berubah

Sepanjang perlawanan juga saya mengambil minuman isotonik Shaklee supaya tidak mudah letih dan hilang fokus dan sentiasa bertenaga walau dalam apa keadaan pun

Sehingga bertemu lagi di next entry ya 🙂

With Love,

ArynFadz Lee l  016-587 9882

Share

TIPS TAHAN BERPUASA IBU MENYUSUKAN ANAK SECARA SERENTAK ATAU TANDEM NURSING

Salam Ramadhan dan selamat pagi. Alhamdulillah.. Dapat kita bertemu Ramadhan lagi. Bulan yang sangat berkat dan jika kita melakukan amalan dan kebaikan pahalanya akan berlipat ganda bulan ini. Dan bulan ini juga kita diminta untuk menahan diri daripada makan, minum, nafsu, marah dan banyakkan bersabar

Jika dikira tahun ini adalah tahun ke 3 saya berpuasa dan dalam masa yang sama masih Tandem Nursing. Tandem Nursing iaitu penyusuan bayi secara serentak mula berlaku kepada saya selepas melahirkan anak ke-2 kami iaitu Fyrash.

Selepas Fyrash lahir saya masih menyusukan Furqan, selepas Putri lahir saya masih susukan Fyrash dan kini, saya masih menyusukan Putri walaupun Farhah sudah lahir

Tandem Nursing bukan sesuatu yang mudah tapi saya enjoy the moment. Kadang-kadang memang sangat penat apabila anak-anak secara serentak mahu menyusu terutama selepas balik kerja. Tapi saya gagahkan diri kerana saya mahu berikan yang terbaik buat anak-anak tersayang

tips tahan puasa, ibu tandem nursing

Selalunya apabila berpuasa dalam keadaan Tandem Nursing ini ada beberapa perkara saya ambil berat. Antaranya

1 . Ambil makanan tinggi protein dan karbohidrat semasa sahur

Selalunya saya akan pastikan saya makan nasi dan ambil kurma semasa sahur kerana ia sangat penting untuk pastikan saya tidak mudah penat. Protein dan Karbohdrat penting untuk menjana tenaga. Saya juga mengambil protein Shaklee kerana ia mempunyai indeks glisemiks yang rendah yang mampu membantu saya agar tidak mudah lapar

2. Ambil air kosong yang banyak dan kurangkan minuman manis dan berkafein

Minuman manis dan berkafein tidak membantu untuk saya jadi lebih bertenaga dan tidak mudah letih. So, saya lebih suka minum banyak air kosong atau saya ambil minuman Performance Shaklee untuk elak dehidrasi

3. Mengepam seperti biasa

Walapun ada nampak pengurangan jumlah susu ibu yang dipam sewaktu berpuasa, saya teruskan aktiviti mengepam mengikut jadual seperti waktu tidak berpuasa. Ini sangat penting agar demand and supply seperti hari waktu tidak berpuasa

4. Tanam niat dari awal dan kuatkan semangat

Tanam niat untuk berpuasa penuh bersungguh-sungguh dan kuatkan semangat. Memang berpuasa dalam keadaan ini  mencabar kerana dalam masa yang sama kita perlu guna lebih banyak tenaga, mudah lapar dan mudah letih. Tapi Insha Allah, jika kita bersungguh-sungguh kita akan berjaya berpuasa dengan flying colours.. Hihi

5 . Berfikiran positif dan doa

Yakin pada diri sendiri bahawa anda boeh melakukannya. Mohonlah pada Yang Maha Esa untuk permudahkan perjuangan anda ini. Kita pasti boleh!

Good luck untuk anda ibu-ibu yang strong dan hebat 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share