Salam dan apa khabar semua.. Hujung minggu selalunya kita bersama keluargakan. Tapi kelmarin saya luangkan masa sehari untuk menghadiri kelas E-Usahawan anjuran MDEC dan Trainer kami adalah Puan Salwa Mohd Sales, pemilik blog www.salwasaleh.com
Dalam kelas ini kami diajar tentang Online Marketing yang asas antaranya tentang Facebook, Instagram, Blog, cara Copywriting yang betul dan cara Segmentation yang betul. Memang best dan seronok dapat belajar begini kerana dapat banyak ilmu yang baru dan ia juga percuma. Ada lunch lagi uolss

Salah satu kerja yang Puan Salwa Saleh minta kami siapkan dan tunjuk dekat dia. Ambil gambar untuk upload di Instagram dan buat Copywriting Teaser
Kami juga diajar cara menggunakan Canva untuk hasilkan poster yang menarik, cara menangkap gambar yang cantik terutama untuk digunakan di Instagram dan juga medium yang sesuai untuk pengiklanan produk berdasarkan Segmentation kita
Sesiapa yang hadir akan dipantau dan jika berjaya tingkatkan sales selepas mengikuti E-Usahawan ini akan diberi peluang untuk mengikuti Accelerator Programme secara percuma. Kelas ini sendiri adalah percuma 🙂

Selfie dengan Puan Salwa yang cool 🙂
Ribuan terima kasih saya ucapkan buat Puan Salwa Saleh atas ilmu yang diberikan. Ia sangat terbaik dan sangat memberi kesan dan membuka minda. Ternyata puan Salwa mempunyai banyak idea dan ilmu. Moga ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi bisnes saya 🙂
With Love
Aryn Fadz Lee l 016-587 9882
Alhamdulillah.. Betul tue kak bnyk ilmu dan idea fresh dari perkongsian salwa