BILA SUSU IBUKU SEMAKIN KURANG

Salam dan hai semua.. Baru-baru ini dilanda kesibukan yang amat di pejabat hinggakan saya ‘terlari’ daripada jadual mengepam harian dan menyebabkan jumlah susu ibu yang diperah pun berkurangan. Ia terjadi apabila berlakunya pengurangan dalam Demand dan akhirnya Supply pun kurang dan ditambah dengan faktor badan dan otak yang letih menjadikan thing getting worse

Hal ini menyebabkan stok EBM (Expreessed Breatmilk) saya semakin berkurang hinggakan stok yang ada adalah stok yang baru saya perah sehari sebelum itu.

Benda ini sangat menakutkan bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu kerana stok susu ibu perlu ada di rumah untuk pastikan bayi mempunyai stok susu ibu yag mencukupi semasa ibu bekerja

Risau dengan keadaan ini, saya segera mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan demand susu ibu saya. Ia adalah;

1 . Ambil masa untuk mengepam di rumah

Benda ini sangat jarang saya lakukan kerana kebanyakan masa saya tidak sempat untuk lakukannya kerana anak-anak suka mengempeng. Tapi saya paksa juga diri untuk melakukannya dengan mengepam semasa anak-anak bermain dan ada sedikit masa untuk mengepam

2.  Ikut semula jadual mengepam susu

Saya ikut semula jadual mengepam yang saya sediakan di pejabat dan cuba untuk tidak skip jadual ini

3. Berfikiran positif

Memang agak stres bila lihat stok susu ibu semakin berkurang tapi stressla antara penyebab utama susu ibu semakin kurang. Saya pastikan diri saya tidak terlalu stres dan cuba untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak seperti melukis dan mengaji

Terus release stress bila tengok muka budak kecik ni 🙂

4. Ambil Milk Booster

Saya sangat serasi sebenarnya dengan minuman protein Shaklee. Cumanya kadang-kadang saya tidak punya masa untuk membancuh minuman protein ini terutama di rumah. So, saya pastikan saya ambil 2 sudu ESP Shaklee pada waktu pagi agar ia boleh membantu saya dalam hal ini

5. Doa

Pada ketika ini memang saya rasa down tapi saya pasti saya boleh lakukannya. Saya meminta dengan Allah untuk permudahkan saya dalam perjuangan ini dan mengadu hanya padaNya

shaklee kk,shaklee sabah

Alhamdulillah.. Senang hati bila tengok macam ni 🙂

Alhamdulillah.. Dalam masa 3 hari nampak peningkatan yang ketara dalam jumlah susu ibu yang dipam. Saya bersyukur sangat-sangat dan kini perlahan-lahan stok di peti sejuk mula bertambah. Terima kasih Allah 🙂

Pada ibu-ibu yang mengepam sewaktu bekerja, jangan pernah putus asa dan yakin pada diri sendiri. Paling penting jangan skip jadual mengepam..hihi..

Mahu order ESP Shaklee? Klik di sini ya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l  016-5879882

One thought on “BILA SUSU IBUKU SEMAKIN KURANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge