ULANGTAHUN KE 7 PERKAHWINAN KAMI DAN FURQAN GENAP 6 TAHUN

Salam dan hai. Hari ini saya bersiaran dari Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Mutiara kecil yang berhampiran dengan Sabah

Berada di sini kerana mengikuti suami yang membawa rombong pelajar IPG Kampus Gaya bagi mengikuti perlawanan hoki dan kebetulan pada tarikh 26hb Mac adalah anniversary perkahwinan kami yang ke7, suami request buat kenduri dan sambutan kecil di sini sekaligus meraikan Birthday Furqan yang ke 6 tahun

ejen shaklee labuan

Keluarga kecil kami

Dapatlah juga sediakan sedikit hidangan seperti soto, nasi, sayur dan ayam bakar dengan bantuan pelatih-pelatih dari IPG Kampus Gaya. Terima kasih pada yang membantu 😊

Kek yang sedap 🙂

Alhamdulillah.. Genap 7 tahun usia perkahwinan kami ini. Tidak mudah melaluinya tetapi memang begitulah lumrah perkahwinan. Hidup kami kini lebih bahagia dengan diwarnai dengan kehadiran 4 cahayamata. Walaupun sibuk dan anak tidak mahu berenggang dengan kami, tapi itulah yang membuatkan kami selalu ingin luangkan masa dengan mereka

Dan pada tanggal 28hb Mac nanti genaplah Furqan berusia 6 tahun. Tidak sangka masa begitu cepat berlalu dan sesungguhnya saya masih melihat Furqan seperti anak yang kecil sedangkan di usia 6 tahun ini Furqan sangat cerdik dan boleh bezakan yang baik dan yang buruk serta boleh diharap membantu saya menyelesaikan kerja-kerja rumah walaupun hobinya adalah suka bermain.

Di usia 6 tahun juga Furqan yang mempunyai 3 lagi adik ini sangat memahami tanggungjawabnya sebagai abang. Ummi doakan Furqan menjadi anak yang soleh, tidak tinggal solat dan sentiasa doakan Ummi dan Babah

Moga perkahwinan kami ini kekal bahagia hingga ke syurga. Terima kasih pada keluarga atas segala doa dan bantuan, saudara-mara dan sahabat handai yg juga selalu mendoakan kami . Hanya Allah yang mampu membalasnya 😊

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

One thought on “ULANGTAHUN KE 7 PERKAHWINAN KAMI DAN FURQAN GENAP 6 TAHUN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge