7 AKTIVITI YANG BOLEH IBU BAPA BEKERJA LAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK KETIKA HUJUNG MINGGU

Salam dan hai semua. Hujung minggu adalah hari yang dinantikan oleh anak-anak kerana pada masa ini mereka dapat meluangkan masa bersama ibu bapa tersayang terutama jika anda adalah ibu bapa yang bekerja. Mereka pasti menghitung hari bilakah hari ‘cuti’ kata mereka, bukan? 🙂

So, apa kata ambil masa cuti ini untuk anda lakukan aktiviti-aktiviti ini bersama anak-anak tanpa mengeluarkan wang yang banyak

1 . Lakukan kerja di rumah bersama-sama

Lakukan aktiviti seperti mengemas rumah, cuci piring , sapu rumah, kemas mainan atau cuci kereta atau motor bersama anak-anak. Ia bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, anak-anak juga akan berasa seronok dan kita dapat melatih mereka untuk melakukan kerja-kerja rumah

2 . Pegi ke playground atau taman permainan berdekatan rumah

Tidak perlu pergi ke Playground yang berbayar jika ada Playground atau taman permainan berdekatan dengan rumah atau di taman perumahan anda. Habiskan masa dengan anak-anak di situ dan saya pasti mereka pasti seronok

3 .  Mewarna bersama anak-anak

Sediakan buku mewarna dan pensel warna untuk anda lakukan aktiviti ini bersama anak-anak. Anda boleh juga ajak mereka bersama-sama melakukan kerja sekolah mereka. Mereka pasti dapat siapkan dengan suasana yang sangat fun

4 . Berjogging sekitar taman perumahan atau kampung

Bawa anak-anak berjogging pada waktu pagi atau petang di  sekitar taman atau kampung anda. Selain daripada boleh buat mereka dan anda berpeluh, ia juga bantu badan mereka jadi lebih fit

5 . Bawa makan di restoran berdekatan

Tidak perlu pergi jauh-jauh. Pergilah ke restoran berdekatan. Ia membantu anak dan isteri tidak berasa bosan apabila berada di dalam rumah sahaja

6 . Bercucuk tanam bersama anak-anak

Aktiviti ini boleh dimulakan dengan memilih tanaman yang sesuai untuk dilakukan. Tanam pokok lada atau cili, sayur-sayuran sangat mudah untuk dilakukan. Bagi yang tidak mempunyai kawasan rumah yang bertanah atau tinggal di apartmen, menanam bunga di pasu sesuai dilakukan. Selepas itu, bagi anak-anak tanggungjawab untuk menyiram tanaman mereka dan pasti mereka akan seronok melihat tanaman mereka membesar dari hari ke sehari

7. Bawa balik kampung 

Balik kampung adalah perkara yang bukan sahaja disukai anak-anak malah disukai oleh atuk dan nenek mereka. Pastinya berkumpul bersama keluarga buat mereka ceria

Semua aktiviti ini mungkin tidak libatkan wang yang banyak tapi sangat-sangat menuntut waktu dan perhatian anda kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa bekerja, anak-anak memang sentiasa mendambakan sedikit waktu kita untuk mereka. Raikanlah masa ini bersama mereka sebelum mereka membesar menjadi lebih matang dan mungkin pada waktu itu lebih suka bersama teman-teman mereka

2 thoughts on “7 AKTIVITI YANG BOLEH IBU BAPA BEKERJA LAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK KETIKA HUJUNG MINGGU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge