TIPS ELAK MEROYAN SELEPAS BERSALIN DAN SEMASA BERPANTANG

Salam dan hai semua. Dalam entry tentang apa itu meroyan saya ada sebut tentang niat saya untuk share tentang tips elak meroyan selepas bersalin dan semasa berpantang. So, hari ini saya ingin share tentang itu

Seperti yang kita tahu, meroyan boleh terjadi atas beberapa sebab dan selalunya ia mempengaruhi emosi si ibu. Sebaiknya ambil tahu tentang hal ini bagi mengelakkan ia berlaku kepada anda, isteri atau ahli keluarga anda kerana ia boleh berlaku  bukan sahaja selepas bersalin akan tetapi selepas bertahun-tahun selepas bersalin

Antara tips dan cara untuk elak berlakunya meroyan adalah;

1 . Sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan

Ibu yang baru bersalin terutama ibu yang baru mempunyai anak atau melahirkan anak yang mempunyai masalah perlukan masa untuk belajar dan adaptasi dengan keadaan baru ini. Sokongan dan bantuan suami pada ketika ni sangat-sangatlah diperlukan kerana ibu menempuh sesuatu yang sangat baru. Ibu mungkin cepat stres kerana berdepan dengan satu situasi yang memerlukan perhatian lebih banyak dan dalam masa yang sama ibu perlu banyak rehat

Berikan ibu bantuan seperti masa untuk rehat, kata-kata sokongan atau bantu ibu untuk sediakan makanan apabila ibu tidak mempunyai masa untuk melakukannya. Berilah pandangan dan pendapat yang positif untuk ibu dan bukannya menyindir dan sebagainya

tips elak meroyan

2 . Rehat secukupnya

Melahirkan adalah satu proses yang memenatkan. Berilah masa untuk ibu rehat dan relaks. Ambil bayi bila ibu perlu makan, tidur atau melakukan sesuatu yang ibu suka

3 . Bersedia secara fizikal dan mental sebelum bersalin

Mempunyai anak adalah sesuatu keadaan yang tidak dapat dijangka. Anak mungkin kuat menangis atau anak mungkin jenis yang kuat tidur. Bersedia secara fizikal sebelum bersalin dan carilah ilmu tentang berpantang, penjagaan anak, penyusuan susu ibu dan sebagainya sebelum bersalin. Persedaan awal membantu ibu jadi lebih berpengetahuan dan akan memudahkan proses kelahiran, berpantang dan membesarkan anak nanti

4 . Berfikiran positif

Selepas bersalin kebanyakan masa emosi ibu tidak stabil. Penting utuk ingatkan ibu untuk sentiasa berfikiran positif terutama jika bayi yang dilahirkan mempunyai masalah. Sentiasa positif dan yakin anak kita itu akan sihat. Anak adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Melahirkan mereka sahaja sudah Allah ganjarkan kita dengan pahala berlipat ganda apa lagi jika kita berjaya membesarkan mereka dengan sebaiknya

5 . Berurut

Ada pendapat yang mengatakan pabila berurut ibu akan rasa lebih relaks dan gembira. Mungkin kerana selain berurut, ibu juga berbual-bual dengan si tukang urut dan itu membuatkan ibu rasa lebih fresh dan happy

6 . Banyakkan berzikir

Semasa berada dalam fasa berpantang, amalan wajib memang tidak dapat kita lakukan. Dan ini memudahkan syaitan untuk datang mendekati. Amalkan berzikir, beristighfar, berselawat dan mengingati Allah ketika datangnya anasir-anasir jahat yang mempengaruhi

7 . Talk to somebody

Ada ibu yang memendam perasaan pabila wujudnya masalah ketika di dalam berpantang. Pentin g untuk ibu berbincang atau luahkan perasaan ibu agar ia tidak menggangu emosi ibu. Jangan dipendam kerana jika dipendam ia akan membuatkan ibu jadi lebih tertekan

8 . Makan makanan yang sihat dan ambil diet yang seimbang

Ambillah makanan yang sihat dan mengikut diet yang seimbang. Pemakanan yang sihat akan bantu ibu jadi lebih cergas dan bertenaga. Ia juga membantu menghasilkan susu ibu yang berkualiti

9 . Buat senaman ringan

Ambil masa sedikit untuk membuat senaman ringan. Senaman ringan membantu badan jadi lebih cergas dan ibu rasa lebih segar

10 . Mohon dan doa

Mohon dan doa agar Allah permudahkan perjalanan dan perjuangan ibu sepanjang tempoh berpantang. Jika rasa serabut, cepat-cepat kembali kepadaNya

Ibu-ibu, jagalah diri anda sebaiknya tidak kira semasa berpantang atau tidak. Ibu adalah tunjang keluarga. Gali ilmu dan kuatkan pertahanan diri dengan mendekati Allah. Jangan lupa amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat

Take care ya 🙂

Share

2 thoughts on “TIPS ELAK MEROYAN SELEPAS BERSALIN DAN SEMASA BERPANTANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge