KETAHUI TENTANG MEROYAN ATAU KEMURUNGAN POSNATUM

Salam dan hai.. Kecoh 1 Malaysia apabila banyak kes ibu yang meroyan atau menghadapi Kemurungan Postnatum membunuh bayi mereka semasa berpantang dan selepas melahirkan. Hal ini sangat membimbangkan kerana ibu-ibu ini melakukannya dalam keadaan yang tidak sedar dan di luar kawalan mereka

Meroyan atau Postnatal Depression ini adalah kemurungan atau gangguan emosi dan perasaan selepas bersalin dan semasa berpantang. Semasa berlakunya gangguan emosi ini, ibu boleh melakukan sesuatu yang tidak diingini atau mencederakan bayi, dirinya sendiri atau orang disekelilingnya tanpa disedari

postnatal depression

Meroyan boleh dielakkan dengan mengambil langkah awal yang betul

Gila meroyan boleh terjadi kerana beberapa faktor. Antaranya adalah;

  1. Mengalami kemurungan semasa kehamilan
  2.  Tidak mendapat sokongan suami, keluarga atau rakan-rakan
  3. Mengalami masalah kewangan
  4. Mengalami komplikasi selepas melahirkan anak sehingga menjejaskan kesihatan
  5. Melahirkan bayi yang perlukan penjagaan dan pemerhatian yang rapi
  6. Mendapati sukar untuk menyusukan anak dengan susu ibu
  7. Mempunyai penyakit mental
  8. Perubahan hormon dalam badan
  9. Wujudnya ingatan atau memori-memori sedih semsa berpantang

Gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan). Postpartum Blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius dan kerap berlaku selepas bersalin. Ia memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali seperti sediakala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah mendapat penat dan keletihan

Postpartum Depression

Postpartum Depression pula adalah kemurungan selepas bersalin dan ia lebih teruk dan perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia juga boleh berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan . Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues

Postpartum Psychosis

Psikosis atau gila meroyan pula adalah peringkat paling teruk tapi jarang berlaku selepas bersalin. Ia biasanya bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapati psikosis  dalam dua minggu pertama selepas kelahiran. Gejala ini juga boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang

Psikosis berlaku apabila ibu-ibu ini mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Sesetengah daripada mereka mempunyai delusi dan kepercayaan karut. Satu perrempat daripada mereka mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang memburukkan mereka, menyuruh membunuh bayi dan sebagainya. Dan ada juga yang tidak mahu menjaga bayi sendiri, membenci bayi atau cuba untuk membunuh diri

Ibu-ibu, para suami serta keluarga, tolong jangan ambil mudah dengan perkara ini. Emosi ibu selepas bersalin dan semasa berpantang janganla diambil mudah. Jada diri anda kerana anda adalah seorang IBU, orang terpenting dalam keluarga. Insha Allah..akan saya kongsikan tentang tips untuk elak meroyan di entry seterusnya

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Sumber rujukan;

http://www.babycenter.com.my/a1044775/meroyan-kemurungan-posnatum

http://ww1.utusan.com.my/utusan/kesihatan/20120513/kn_01/gila-meroyan-selepas

Share

3 thoughts on “KETAHUI TENTANG MEROYAN ATAU KEMURUNGAN POSNATUM

  1. Pingback: TIPS ELAK MEROYAN SELEPAS BERSALIN DAN SEMASA BERPANTANGKeluarga Hebat | Keluarga Hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge