7 PERKARA YANG PATUT SUAMI LAKUKAN BILA ISTERI PILIH BREASTFEEDING

Salam dan hai semua. Kelmarin saya ada tulis tentang 6 tahun perjuangan susu ibu saya dan hari ini saya ingin kongsikan 7 perkara yang suami patut lakukan apabila isteri memilih untuk memberikan anak susu ibu sepenuhnya

1 . Beri isteri sokongan

Beri siteri sokongan dalam pelbagai segi. Kata-kata semangat, sokongan dari segi membantu isteri dalam menguruskan anak-anak lain ketika isteri menyusukan anak, bantu isteri dari segi kewangan dan jadilah orang yang berada di sebelah isteri ketika pelbagai tohmahan diberikan

2. Masak untuk isteri 

Adakalanya isteri tidak sempat untuk memasak lebih-lebih lagi apabila anak sentiasa mahu mengempeng dengan ibunya. Dan selalunya bila tidak sempat masak, isteri yang mudah lapar tidak pun sempat untuk makan. Apa kata suami masakkan isteri sedikit hidangan sebagai alas perut si isteri agar isteri tidak lapar. Kasihan pada isteri, mana lagi penat susukan anak, perlu urus anak-anak lain lagi dan dalam masa yang sama perlu menyusukan dan menguruskan si kecil lagi

Kalaupun tidak pandai memasak, suami belikanlah lauk di luar sebagai pengalas perut isteri. Isteri kenyang anak pun mudah untuk kenyang dan susu ibu yang terhasil pun jadi lebih berkualiti

Sokongan suami sangat penting buat isteri

3. Bantu isteri kemas rumah

Isteri yang menyusukan anak kecil terutamanya mengambil masa sekurang-kurangnya 10-30 minit untuk susukan si kecil hingga ia tertidur. Dan selalunya bila anak tidur isteri akan segera melakukan kerja-kerja rumah yang tergendala. Tapi adakalanya semua itu tidak sempat dilakukan lebih-lebih jika bayi kerap bangun

Ambillah inisiatif untuk bantu isteri kemas rumah agar kita sendiri pun tidak rasa sesak bila lihat rumah yang semak dan tidak kemas 🙂

3. Urut belakang isteri

Seringkali ibu yang menyusukan anak tidak duduk atau baring dengan betul semasa menyusukan membuatkan belakang atau pinggang isteri cepat sakit. Ambillah sedikit masa untuk mengurut belakang isteri bila isteri mengadu sakit. Sesungguhnya itu sangat-sangat melegakan si isteri

4. Letak bantal di belakang isteri

Semasa menyusukan ibu perlu berada dalam keadaan dan kedudukan yang betul untuk pastikan tulang belakang ibu tidak mudah sakit kerana proses menyusukan akan mengambil masa yang lama. Suami berilah atau letaklah bantal yang sesuai di belakang atau di tempat baring bayi agar bayi dan ibu sama-sama berada dalam kedudukan yang betul

5. Jaga anak sebentar bila isteri perlu berehat

Adakalanya anak bukan sahaja mahu menyusu tapi perlukan perhatian si ibu. Bantulah isteri dengan jaga anak sebentar bila ibu perlu berehat leih-lebih lagi selepas isteri selesai melakukan kerja-kerja rumah

6. Bantu isteri menepis segala kata-kata negatif

Bukan semua orang faham tentang betapa pentingnya memberikan anak kita susu ibu sepenuhnya. Bantu isteri menepis segala kata-kata negatif ini dan berdirilah sebelah isteri apabila berdepan situasi ini agar isteri tidak rasa berseorangan

7. Buat isteri happy

Menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya memerlukan banyak pengorbanan. Ibu akan cepat lapar, cepat penat dan cepat stres

Ambil inisiatif untuk lakukan sesuatu yang buat isteri happy agar isteri tidak mudah stres dan penat. Berilah isteri kata-kata penghargaan. Penting untuk pastikan isteri tidak stres agar penghasilan susu ibu tidak terjejas dan untu mengelak ibu meroyan. Dan cubalah belikan isteri suplemen untuk penyusuan, pasti isteri gembira 🙂

Good luck buat anda suami isteri yang memilih memberikan anak tersayang susu ibu sepenuhnya. Keputusan anda memang terbaik dan betul 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

One thought on “7 PERKARA YANG PATUT SUAMI LAKUKAN BILA ISTERI PILIH BREASTFEEDING

  1. Memang betul sangat tu, mak mak yg menyusukan, mmg sakit belakang. Lenguh jadinya. Lama dah tinggalkan bidang ni Aryn kasi chance adik adik pulaklah hihi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge