5 TIPS MENGEPAM SUSU IBU BAGI IBU YANG BEKERJA

Salam dan hai semua. Masuk 2 minggu sudah saya mula bekerja semula dan meninggalkan anak-anak di rumah. Sedih sungguh rasa hati tapi ada tanggungjawab yang perlu saya jalankan. Doakan saya berjaya menjadi Work At Home Mother (WAHM) ┬ápada tahun 2019 ya ­čÖé

Bila mula bekerja, bermulalah perjuangan mengepam susu ibu saya. Alhamdulillah.. Setakat ini Farhah mahu menggunakan botol semasa menyusu. A good news untuk kami kerana bukan mudah memperkenalkan penyusuan menggunakan botol bagi bayi yang biasa menyusu direct dengan ibu

Syukur juga kerana susu ibu saya maintain banyak dan saya dapat simpan banyak stok susu ibu buat Farhah. Tahun ini masuk tahun ke 6 saya mengepam atau memerah susu ibu ketika bekerja. Pada mulanya ia agak susah lebih-lebih lagi saya tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk memulakan proses mengepam

tips mengepam bagi ibu bekerja

Kini, setelah 6 tahun pelbagai perkara yang saya pelajari dan saya akan teruskan usaha mengepam susu ibu ini selagi saya mampu agar anak kami mendapat susu terbaik ciptaan Allah ini

Ok, hari ini saya ingin kongsikan 5 tips mengepam atau memerah susu ibu semasa bekerja. Anda boleh ikuti video ini untuk tips ringkas ini terlebih dahulu

5 TIPS MENGEPAM ATAU MEMERAH SUSU IBU BAGI IBU YANG BEKERJA

1 . Sediakan peralatan mengepam yang sesuai

Pam susu ( saya suka guna jenis elektrik agar tangan tidak penat dan pam yang senyap), botol penyimpanan susu ibu, ice pack ( untuk letak dalam beg setelah susu ibu diperah), beg  tempat penyimpanan susu ibu adalah benda asas untuk pastikan anda dapat mengepam dan menyimpan susu ibu anda sebaiknya.

Sediakan jadual mengepam dan pastikan ibu mengepam ikut jadual tersebut setiap hari dan tanpa skip.

2. Cari tempat yang sesuai untuk mengepam

Anda cari dan pilih tempat yang sesuai untuk mengepam seperti surau atau bilik-bilik kecil agar anda berasa selesa semasa mengepam. Penting untuk berasa selesa agar anda tidak stres. Semasa mengepam  pastikan badan anda lurus dan tidak bongkok supaya tulang belakang anda tidak sakit.

3. Elakkan minuman berkafein

Minuman kafein sangat tidak membantu dalam penyusuan susu ibu anda. Untuk meriahkan susu ibu anda perlu minum air banyak

4. Lihat gambar anak-anak semasa mengepam

Saya suka lakukan ini kerana ia buatkan saya rasa happy. Bila happy badan akan lebih relax dan tidak stres dan susu akan lebih banyak. Susu banyak, ibu tambah happy ­čÖé

5. Yakin dengan diri sendiri

Pernah anda alami keadaan di mana anda cuma dapat 2oz atau kurang semasa mengepam dan ia buatkan anda rasa berputus asa?

Saya pernah dan saya sangat kecewa. Dari situ juga saya mengenali Shaklee kerana saya terbaca ia boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu

Paling penting sebenarnya adalah anda yakin dengan diri anda. Berada dalam situasi ini tidak mudah tapi anda perlu yakin susu anda banyak dan cukup untuk anak anda. Banyakkan pengambilan protein, buat sesuatu yang anda suka dan jangan fikir banyak. Doa dan minta dengan Tuhan agar susu ibu anda cukup untuk anaak-anak anda

Yakin dan yakin susu anda banyak dan cukup. Insha Allah.. Bila anda yakin akan kemampuan diri anda, susu ibu anda akan meriah semula

Sekian perkongsian saya pada hari ini. Pada ibu yang bekerja dan mengepam di pejabat, yakinlah anda boleh melakukannya dan berikan susu ibu terbaik buat anak anda. Semoga berjaya saya ucapkan buat anda

Ingin order Set Penyusuan Shaklee untuk memeriahkan susu ibu? Cari saya di 016-587 9882 ­čÖé

Share

2 thoughts on “5 TIPS MENGEPAM SUSU IBU BAGI IBU YANG BEKERJA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge