STAYCATION DI GRAND BORNEO HOTEL, 1 BORNEO HYPERMALL KOTA KINABALU DENGAN ANAK-ANAK

Salam dan hai semua. Isnin dan selasa lepas kami bawa anak-anak staycation di Grand Borneo Hotel dan jalan-jalan di 1 Borneo Hypermall serta sekitar bandar Kota Kinabalu. Staycation yang best sebab anak-anak betul-betul enjoy 🙂

Booking di Grand Hotel Borneo ini saya lakukan melalui application Agoda di HP. Rupanya, booking melalui apps Agoda lagi murah berbanding melalui Desktop. Saya juga sudah bandingkan booking melalui hotel atau menggunakan Government Rate. Ternyata booking melalui apps Agoda lagi murah. Kami bayar RM148, dengan 1 katil Queen termasuk sarapan untuk 2 orang. Sarapan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma

Rupanya Hotel Grand Borneo ini banyak menerima award daripada Agoda.com dan Booking. com. Patutpun booking melalui Agoda jadi lebih murah. Ada entrance direct dari hotel ke 1 Borneo Hypermall yang bagi saya sangat-sangat memudahkan kami. Juga ada parking khas untuk Guest hotel ini. Jimatlah daripada bayar Jockey Parking RM10 di 1 Borneo ni 🙂

Sebelum check in kami bawa anak-anak ke tempat permainan dan seterusnya belikan dorang mainan di D.I.Y. Then kami check in dan solat. Lepas solat, kami bawa mereka ke Kidzoona. Rupanya Kidzoona sudah bertukar milik kepada Molly Fantasy. Bayaran RM10 seorang dengan diskaun RM2 kerana like page Molly Fantasy

Seterusnya kami tapau Nasi Ayam Penyet di Koki Bandung dan anak-anak request for KFC. Terpaksa tapau sebab kami berkejar mau tengok wayang Sing pada jam 8.45malam. Wah, best juga cerita Sing ni. Banyak nyanyian dan pengajaran daripada cerita ini. Anak-anak memang suka. Kami pun 🙂

The next day, awal pagi kami Breakfast dan bawa anak-anak mandi kolam. Lepas tu kami check out dan bawa anak-anak ke Trick-Eye Museum ni. Kasihan anak-anak. Penat jadi model. Sempat lagi 1 keluarga kehilangan anak mereka dalam museum ni. Gambar-gambar juga, anak-anak jangan lupa 🙂

Antara gambar menarik kami di Trick-Eye Museum

Lama juga kami tidak pergi ke 1 Borneo Hypermall ni. Selain Kidzoona yang sudah bertukar milik, ada Trick-Eye Museum, Laser tag yang belum lagi kami kunjungi. Yuran Laser Tag adalah RM15 seorang.  Ada Familia Store yang besar juga di sini

Selepas dari 1 Boneo, singgah sekejap di Kingfisher untuk menikmati Pisang Goreng Cheese yang sedap dan seterusnya ke Oceanus. Niat mau bawa dorang cuba Robotic tu, tapi hujanlah pula. So, plan tu kami cancel. Terpaksalah ganti dengan bawa dorang ke Playground di Ground Floor Oceanus dengan bayaran RM10 per entry. Lain hari kita pergi ya nak.. Insha Allah

Sempat lagi kami mandikan dorang di Baby’s Room di tingkat 1 Oceanus. Best bilik ni. Besar dan sangat selesa untuk Breastfeed atau tukar  diaper baby. Lepas tu, Babah dan Ummi dorang lagi lepas gian main bowling dan kami dinner di Restoran D’Soka Kinarut

Alhamdulillah.. Anak-anak sangat-sangat enjoy. Inilah yang buat ibu bapa happy kan. Terima kasih atas peluang ini Allah. Dan terima kasih Shaklee kerana dengan bonus Shakleelah kami berani bawa anak-anak berseronok begini

Info lebih lanjut tentang Grand Borneo Hotel, Trick-Eye Musem serta 1 Boneo Hypermall akan saya kongsikan di www.encikbos.com ya. Insha Allah..

Thank you for reading 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

One thought on “STAYCATION DI GRAND BORNEO HOTEL, 1 BORNEO HYPERMALL KOTA KINABALU DENGAN ANAK-ANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge