PESTA SUKAN SAKSI ANTARA IPG SABAH DAN SARAWAK

Salam dan hai semua. Minggu lepas bermula 30 November hingga 4 Disember 2016, kami berada di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak bagi mewakili IPG Kampus Gaya di dalam Pesta Sukan SAKSI antra IPG Sabah dan Sarawak. Saya mewakili IPG dalam sukan Petanque dan badminton manakala suami saya bermain dalam sukan bowling dan bola sepak

Kami memulakan perjalanan menaiki van bersama 1 lagi keluarga sahabat kami bermula 28 November.Stay 1 malam di Miri dan tiba di Kuching sekitar jam 12.00malam keesokan harinya. Perjalanan yang agak mencabar kerana kami membawa anak-anak kecil dan perjalanan kami berhenti-henti bagi memberi keselesaan pada si kecil. Rakan-rakan yang lain menaiki bas dan ada juga yang menaiki flight

IPG Kampus Gaya sebenarnya pertama kali mengikuti sukan SAKSI ini. Kami semua excited kerana inilah kami pertama kami mewakili IPG ke sukan luar dari Sabah ini.

Setiba kami di IPG Kampus Batu Lintang, kami sempat membuat latihan pada sehari sebelum Kejohanan  bermula iaitu pada 30hb. Sempat juga jalan-jalan di Kuching dan menikmati Mee Kolok special di Restoran Mom’s Laksa di Satok. Lepas tu jalan-jalan di Waterfront dan India Street

Kejohanan bermula pada 1hb dimulai dengan Perasmian dan diikuti dengan Budaya kerja Cemerlang. Seterusnya pada petang pula dimulai dengan pertandingan Badminton dan Petanque. Beberapa perubahan jadual dilakukan juga. Ping Pong dan dart diawalkan. Dan malam 1hb pasukan Ping Pong berjaya merangkul naib johan

Keesokan harinya sukan seperti Petanque, Bola Jaring , Bolasepak, Tennis dan Bowling terus berlangsung. Tahniah pada Team Bowling dan bols sepak kerana mendapat naib johan. Buat Petanque, tahniah juga kerana mendapat tempat ke-4 yang saya kira itu cukup bagus bagi kami yang pertama kali bermain Petanque dan baru menjalani latihan dalam kira-kira sebulan

Malam penutup kami diakhiri dengan Battle Of The band pada 3hb. Walaupun bukan menjadi juara, tapi persembahan Battle Of The Band Gaya berjaya meraih sorakan yang gemuruh dan penonton sama-sama bertepuk tangan dan menyanyi bersama band. Persembahan yang best!

Tahniah pada semua pemain yang mewakili IPG Kampus Gaya. Walaupun pertama kali, tapi kita mampu buktikan kita boleh lakukannya. Mana lagi bas Gaya berdepan dengan masalah semasa pergi dan balik ke Kuching dan KK dan bermacam-macam lagi

Nanti lagi saya kongsikan makanan best yang kami telah cuba sepanjang perjalanan kami ini ok..

With Love,

Ary Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge