Archive | December 2016

KENAPA SAYA MASIH SETIA BERSAMA SHAKLEE SELEPAS 4 TAHUN

Salam dan hai semua. Baru teringat ini bulan Disember dan bulan inilah saya mendaftar menjadi ahli Shaklee 4 tahun lalu kerana ingin dapatkan harga ahli ketika membeli Meal Shakes bagi membantu meningkatkan selera makan Furqan ketika itu.

Ketika itu saya belum berniat untuk menjual produk Shaklee sehinggalah pada Januari 2012 di mana saya melihat seorang Sideline Shaklee saya mendapat income 4 angka apabila naik rank menjadi Supervisor.. Saya fikir banyak juga tu bagi kami kerana waktu itu kami bakal mendapat cahayamata kedua. Lebihan income ketika itu pasti sangat-sangat membantu.

Sejak itulah saya betul-betul serius dengan Shaklee dan sehingga kini. Walaupun pada mulanya saya lakukannya untuk menambah pendapatan keluarga tapi saya semakin jatuh cinta apabila lebih dalam mengenali Shaklee. Dan inilah antara sebabnya saya masih bertahan bersama Shaklee selepas 4 tahun.

shaklee sabah

1) Shaklee Effect

Sepanjang 3 tahun menggunakan produk Shaklee, semakin banyak kesan best yg saya rasai. Start konsisten dengan ESP, badan rasa lebih cergas dan tidak mudah letih. Kalau anak dah 4 ni badan memang cepat rasa penat, tapi bila ambil vitamin Shaklee memang rasa kebertenagaannya..Hehe..Jadi kenapa saya perlu stop bila saya sudah rasa pelbagai kebaikannya? 🙂

2) Affordable

Tahukah setiap produk Shaklee yg dihasilkan adalah murah dan mampu milik? Bayangkan 1 botol Vit C ada 180 biji di dalamnya dan kita cuma bayar RM91 untuk penggunaan 6 bulan? Kira RM0.50 sehari kita perlu bayar untuk keperluan Vit C dlm badan kita..Murahkan?😊😊😊

3) Green

Produk Shaklee dijamin semulajadi. Maaf ya, bukan saya kata sembarangan. 51 orang Saintis Shaklee yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing  dan ada title Professor yang claim semua tu. Since mereka yang buat ujian klinikal every year dan pada setiap bahan yg Shaklee ambil untuk hasilkan satu-satu produk, susah juga untuk tidak mempercayainyakan.. Mereka juga antara orang yg menyambut pengedar-pengedar Shaklee sewaktu lawatan Pengedar Shaklee di Shaklee US tahun 2015 dlu..Jumpa dgn saintis ni buat fikiran kita lagi terbuka,terbuka sebab banyak yg kita dapat belajar 😃

ejen shaklee sabah

4) Always Safe

Berani betul Shaklee claim produk mereka Always Safe kan?Tau kenapa? Ini kerana para saintis Shaklee inilah yg buat 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana ratusan bahan tercemar lain yg berbahaya. Dan mereka juga yang menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan n keselamatan produk. Secara teknikal, produk Shaklee tiada Parabens, Triclosan, Phthalates, Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Natrium Sulfate Eter Lauryl (SLES), 1,4-Dioxane atau propylene Glycol

5) Dijamin keberkesanannya

Hoho.. betulkah ni??? Ada lebih 100 kertas kerja saintifik, 300 juta USD dilaburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan dan 100 terbitan jurnal penyelidikan saintifik telah dihasilkan dan berjuta-juta org yg telah hidup lebih sihat dan produktif dengan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten buat Shaklee berani claim produknya berkesan. Kenapa kita ragu-ragu lagi? 🙂

Ingin tahu lebih lanjut tentang Shaklee? Jangan malu CAll/Message / Whatsapp/ Telegram saya di 016-587 9882 ya 🙂

Share

STAYCATION DI GRAND BORNEO HOTEL, 1 BORNEO HYPERMALL KOTA KINABALU DENGAN ANAK-ANAK

Salam dan hai semua. Isnin dan selasa lepas kami bawa anak-anak staycation di Grand Borneo Hotel dan jalan-jalan di 1 Borneo Hypermall serta sekitar bandar Kota Kinabalu. Staycation yang best sebab anak-anak betul-betul enjoy 🙂

Booking di Grand Hotel Borneo ini saya lakukan melalui application Agoda di HP. Rupanya, booking melalui apps Agoda lagi murah berbanding melalui Desktop. Saya juga sudah bandingkan booking melalui hotel atau menggunakan Government Rate. Ternyata booking melalui apps Agoda lagi murah. Kami bayar RM148, dengan 1 katil Queen termasuk sarapan untuk 2 orang. Sarapan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma

Rupanya Hotel Grand Borneo ini banyak menerima award daripada Agoda.com dan Booking. com. Patutpun booking melalui Agoda jadi lebih murah. Ada entrance direct dari hotel ke 1 Borneo Hypermall yang bagi saya sangat-sangat memudahkan kami. Juga ada parking khas untuk Guest hotel ini. Jimatlah daripada bayar Jockey Parking RM10 di 1 Borneo ni 🙂

Sebelum check in kami bawa anak-anak ke tempat permainan dan seterusnya belikan dorang mainan di D.I.Y. Then kami check in dan solat. Lepas solat, kami bawa mereka ke Kidzoona. Rupanya Kidzoona sudah bertukar milik kepada Molly Fantasy. Bayaran RM10 seorang dengan diskaun RM2 kerana like page Molly Fantasy

Seterusnya kami tapau Nasi Ayam Penyet di Koki Bandung dan anak-anak request for KFC. Terpaksa tapau sebab kami berkejar mau tengok wayang Sing pada jam 8.45malam. Wah, best juga cerita Sing ni. Banyak nyanyian dan pengajaran daripada cerita ini. Anak-anak memang suka. Kami pun 🙂

The next day, awal pagi kami Breakfast dan bawa anak-anak mandi kolam. Lepas tu kami check out dan bawa anak-anak ke Trick-Eye Museum ni. Kasihan anak-anak. Penat jadi model. Sempat lagi 1 keluarga kehilangan anak mereka dalam museum ni. Gambar-gambar juga, anak-anak jangan lupa 🙂

Antara gambar menarik kami di Trick-Eye Museum

Lama juga kami tidak pergi ke 1 Borneo Hypermall ni. Selain Kidzoona yang sudah bertukar milik, ada Trick-Eye Museum, Laser tag yang belum lagi kami kunjungi. Yuran Laser Tag adalah RM15 seorang.  Ada Familia Store yang besar juga di sini

Selepas dari 1 Boneo, singgah sekejap di Kingfisher untuk menikmati Pisang Goreng Cheese yang sedap dan seterusnya ke Oceanus. Niat mau bawa dorang cuba Robotic tu, tapi hujanlah pula. So, plan tu kami cancel. Terpaksalah ganti dengan bawa dorang ke Playground di Ground Floor Oceanus dengan bayaran RM10 per entry. Lain hari kita pergi ya nak.. Insha Allah

Sempat lagi kami mandikan dorang di Baby’s Room di tingkat 1 Oceanus. Best bilik ni. Besar dan sangat selesa untuk Breastfeed atau tukar  diaper baby. Lepas tu, Babah dan Ummi dorang lagi lepas gian main bowling dan kami dinner di Restoran D’Soka Kinarut

Alhamdulillah.. Anak-anak sangat-sangat enjoy. Inilah yang buat ibu bapa happy kan. Terima kasih atas peluang ini Allah. Dan terima kasih Shaklee kerana dengan bonus Shakleelah kami berani bawa anak-anak berseronok begini

Info lebih lanjut tentang Grand Borneo Hotel, Trick-Eye Musem serta 1 Boneo Hypermall akan saya kongsikan di www.encikbos.com ya. Insha Allah..

Thank you for reading 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

DUIT SELALU KERING DI TENGAH BULAN? ANDA PATUT CUBA BISNES INI

Salam dan hai semua. Salam Maulidur Rasul dan Selamat bercuti..  Harga barangan semakin meningkat. Baru 2 hari lepas kami makan di Esplanade Sipitang. 25 cucuk sate, tambah soto dengan 2 minuman sudah cecah RM26. Belum lagi kalau order nasi kan ( sebenarnya kami sudah order nasi, tapi tidak sampai-sampai. Rupanya dorang belum masak. Jadi kami cancel la. )

Rasanya perkara ini dirasai oleh semua orang. Apatah lagi yang sudah berkeluarga dan punya anak ramai. Perbelanjaan rumah semakin  meningkat manakala pendapatan pula tidak berubah

Justeru itu, adalah sangat penting untuk mencari alternatif lain. Untuk mengubah ekonomi negara bukan mudah tapi kita boleh mengubah ekonomi keluarga kita. Apa kata kita mula dengan berbisnes

Kami sendiri sebenarnya telah cuma bermacam-macam bisnes. Dari jual baju, jual makanan dan jual minuman dan akhirnya kami terus setia memilih Shaklee. Kenapa bisnes ini best dan sesuai untuk anda terutama yang sudah berkeluarga?

1 . Boleh dilakukan secara online

Dewasa ini perkataan online itu sudah sinonim dengan semua orang. Bersosial melalui Facebook, Instagram, Twitter, berkomunikasi melalui Whatsapp atau telegram semuanya kedengaran biasa.

Dengan Shaklee, anda boleh menjana pendapatan secara online tanpa perlu keluar rumah kecuali perlu. Anda juga akan mendapat info dan maklumat daripada mentor melalui medium seperti Whatsapp, telegram dan so on. Juga, anda boleh hantar order Shaklee anda kepada pelanggan anda melalui online juga. Mudah bukan? 🙂

2. Tidak perlu hasilkan produk sendiri

Untuk hasilkan produk sendiri bukannya mudah. Apa lagi perlu melalui pelbagai ujian dan kelulusan. Pasti modal juga perlu.

Dengan Shaklee semua itu tidak perlu. Shaklee mempunyai produk berkualiti yang sudah mempunyai pelbagai ujian klinikal, mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan terbukti berkesan. Jadi kita tidak perlu pening kepala memikirkan formula produk kita kerana produk Shaklee sudah tersedia

3 . Tidak perlu keluar modal besar

Bila berbisnes, pasti kita akan fikirkan tentang modal. Dengan Shaklee anda cuma perlu bayar yuran keahlian sebanyak RM68.90 dan sudah boleh mula berbisnes. Kalau beli produk sebanyak 200 uv pula, anda dapat keahlian percuma. Seronok bukan?

4 . Latihan, info, support group diberi

Ini antara perkara penting untuk kita bila memulakan perniagaan. Dengan Shaklee anda akan dapat semuanya. Mentor atau upline akan kongsikan cara untuk memulakan perniagaan dengan Shaklee, cara untuk mempromosikan produk, juga poster-poster yang sesuai

Support group juga ada agar kita boleh berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan lain dan ada rakan-rakan lain memberi sokongoan ketika kita rasa down.

Mahu join Shaklee dengan kami? Hubungi saya terus di talian 016-587 9882 🙂

Share

PESTA SUKAN SAKSI ANTARA IPG SABAH DAN SARAWAK

Salam dan hai semua. Minggu lepas bermula 30 November hingga 4 Disember 2016, kami berada di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak bagi mewakili IPG Kampus Gaya di dalam Pesta Sukan SAKSI antra IPG Sabah dan Sarawak. Saya mewakili IPG dalam sukan Petanque dan badminton manakala suami saya bermain dalam sukan bowling dan bola sepak

Kami memulakan perjalanan menaiki van bersama 1 lagi keluarga sahabat kami bermula 28 November.Stay 1 malam di Miri dan tiba di Kuching sekitar jam 12.00malam keesokan harinya. Perjalanan yang agak mencabar kerana kami membawa anak-anak kecil dan perjalanan kami berhenti-henti bagi memberi keselesaan pada si kecil. Rakan-rakan yang lain menaiki bas dan ada juga yang menaiki flight

IPG Kampus Gaya sebenarnya pertama kali mengikuti sukan SAKSI ini. Kami semua excited kerana inilah kami pertama kami mewakili IPG ke sukan luar dari Sabah ini.

Setiba kami di IPG Kampus Batu Lintang, kami sempat membuat latihan pada sehari sebelum Kejohanan  bermula iaitu pada 30hb. Sempat juga jalan-jalan di Kuching dan menikmati Mee Kolok special di Restoran Mom’s Laksa di Satok. Lepas tu jalan-jalan di Waterfront dan India Street

Kejohanan bermula pada 1hb dimulai dengan Perasmian dan diikuti dengan Budaya kerja Cemerlang. Seterusnya pada petang pula dimulai dengan pertandingan Badminton dan Petanque. Beberapa perubahan jadual dilakukan juga. Ping Pong dan dart diawalkan. Dan malam 1hb pasukan Ping Pong berjaya merangkul naib johan

Keesokan harinya sukan seperti Petanque, Bola Jaring , Bolasepak, Tennis dan Bowling terus berlangsung. Tahniah pada Team Bowling dan bols sepak kerana mendapat naib johan. Buat Petanque, tahniah juga kerana mendapat tempat ke-4 yang saya kira itu cukup bagus bagi kami yang pertama kali bermain Petanque dan baru menjalani latihan dalam kira-kira sebulan

Malam penutup kami diakhiri dengan Battle Of The band pada 3hb. Walaupun bukan menjadi juara, tapi persembahan Battle Of The Band Gaya berjaya meraih sorakan yang gemuruh dan penonton sama-sama bertepuk tangan dan menyanyi bersama band. Persembahan yang best!

Tahniah pada semua pemain yang mewakili IPG Kampus Gaya. Walaupun pertama kali, tapi kita mampu buktikan kita boleh lakukannya. Mana lagi bas Gaya berdepan dengan masalah semasa pergi dan balik ke Kuching dan KK dan bermacam-macam lagi

Nanti lagi saya kongsikan makanan best yang kami telah cuba sepanjang perjalanan kami ini ok..

With Love,

Ary Fadz Lee l 016-587 9882

Share