TINGKAT PERTAHANAN BADAN DENGAN INTERFERON SEMULAJADI

Salam dan hai semua..Minggu lepas, saya hadiri kelas Health and Wellness Shaklee yang menceritakan tentang sistem pertahanan badan kita. Banyak sangat ilmu baru tentang sistem pertahanan badan kita yang saya pelajari. Antaranya sistem pertahanan badan kita yang ada 3 lapisan.

Lapisan pertahanan pertama melibatkan kulit, lapisan pertahanan kedua melibatkan sel darah putih, Makrofaj dan Sel Pembunuh Semulajadi dan lapisan pertahanan ketiga adalah melibatkan antibodi

Banyak produk di pasaran dijual untuk pertingkatkan sistem pertahanan pertama kita tapi hanya Shaklee sahaja yang menghasilkan suplemen untuk meningkatkan  lapisan sistem pertahanan badan pertama, kedua dan ketiga. Dan hari ini saya ingin kongsikan tentang 1 suplemen yang perlu untuk sistem pertahanan kedua iaitu Nutriferon

Nutriferon adalah suplemen yang mendorong pengeluaran semulajadi  interferon tubuh. Interferon ini seperti alarm di dalam sel. Ia merupakan protein yang dihasilkan oleh sistem imun badan sebagai tindak balas kepada jangkitan seperti virus, bakteria, parasit dan sel tumor. Apabila terdapatnya sebarang jangkitan, interferon akan memberikan isyarat kepada sel jiran dan mencetuskan mekanisme rintangan dan mengaktifkan sel imun yang lain untuk memusnahkan pencerobohan asing

Interferon ini telah dikaji oleh Dr Yasuhiko Kojima selama 40 tahun. Dr Kojima merupakan seorang ahli Immunologist. Setelah mengkaji beribu-ribu sebatian dan 200 herba, beliau mengasingkan empat ekstrak tumbuhan yang luar biasa untuk meningkatkan penghasilan interferon badan secara semulajadi. Bahan-bahan itu adalah biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago

Secara medicalnya, interferon ini memang wujud.Akan tetapi ia diberi secara suntikan dan hanya diberikan kepada orang -orang yang mempunyai penyakit kritikal seperti aids. Hepatitis dan kanser. Interferon secara suntikan ini sangat bertoksid dan hanya orang tertentu sahaja diberi suntikan ini

Namun suntikan ini mempunyai pelbagai kesan sampingan jika diambil secara berterusan seperti muntah, cirit-birit dan Anorexia.. Atas kesedaran itulah, Dr. Kojima mengkaji bahan-bahan semulajadi yang boleh membantu pertingkatkan interferon. Dan kerana itulah wujudnya Nutriferon

kelebihan nutrifeon

Antara kelebihan dan kebaikan Nutriferon Shaklee ini

Saya sendiri adalah pengamal Nutriferon Shaklee since saya mempunyai masalah resdung dan alergik sejak dari kecil. Alhamdulillah.. Sejaka amal Nutriferon, memang jarang dah resdung dan alergik ni datang. Saya juga beri kepada anak-anak saya agar pertahanan badan mereka kuat. Anak-anak saya memang sukakan Nutriferon dan sering meminta Nutriferon sekiranya merasa seperti hendak jatuh sakit

Jika anda seorang yang mempunyai masalah sering jatuh sakit dan lambat sembuh, saya sangat-sangat syorkan anda mencuba Nutriferon. Insha Allah, dengan izinNya pasti anda akan lebih sihat

Berminat dengan Nutriferon? Boleh terus hubungi saya ya. Ada harga istimewa November in kerana produk ini tengah promosi 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge