CARA TANGANI CHICKEN POX ATAU CACAR ANAK

Salam dan hai semua. Lama tidak update di sini. Hati rasa digaru-garu untuk update penulisan di sini tapi anak-anak perlu perhatian lebih. Setelah suami terkena Chicken Pox, anak-anak lagi yang terkena. Mula-mula Furqan, selang 3 hari Putri pula kena. Dan kini Fyrash dan bayi kami, Farhah.

set cacar shaklee

Kasihan sunggguh dengan Fyrash. Cacarnya paling teruk antara mereka 4 beradik. Demam panas selama 2 hari dan bintik-bintik merah di badannya juga banyak

Hati ibu mana yang tidak risau dengan keadaan ini. Mana lagi dalam masa yang sama perlu menjaga setiap seorang yang sakit setiap minggu.. Saya anggap ini dugaan untuk kami. Baru rasanya dapat rehat setelah suami sihat, anak-anak pula berganti sakit. Walaupun penat, saya percaya pasti ada yang ingin Allah berikan nanti dengan kami, kan?:)

set chicken pox shaklee

Syukur Alhamdulillah, Chicken Pox Farhah tidak terlalu teruk . Bintik-bintik merah yang timbul di badannya sikit dan kecil-kecil sahaja

Bila anak-anak yang sakit, saya konsisten mereka dengan Performance dan Nutriferon. Penting suplemen ini agar demam mereka tidak berpanjangan dan sistem pertahanan badan mereka kuat. Selain itu, saya juga tambah Meal Shakes dengan susu mereka sebagai multivitamin mereka agar badan mereka lebih kuat menentang penyakit ini

Selain itu, saya juga pastikan mereka kerap minum air dan mandi. Selain mengelakkan panas badan mereka tinggi, ia juga untuk pastikan mereka tidak dehidrasi. Sangat penting badan mereka cukup air agar badan mereka kuat menentang virus ini

Basic H saya gunakan sebagai sabun mandi mereka kerana Basic H boleh membantu  bintik-bintik di badan mereka cepat kering dan cepat pudar. Basic H juga mampu membantu menurunkan suhu panas badan mereka

Selepas mandi kebiasaannya saya sapu bintik dan ruam merah di badan anak-anak dengan Herbal Blend. Anak-anak memang suka dengan krim ni sebab dorang rasa sejuk-sejuk lepas pakai krim ini dan gatal-gatal akan berkurangan. Pemakaian krim ini juga sangat membantu kurangkan parut kerana Chicken Pox ini

Saya juga ambil minuman Performance drink dan Nutriferon serta Vita Lea, B Complex dan Vitamin C. Since Farhah dan Puteri masih menyusu, penting untuk saya salurkan kebaikan suplemen-suplemen ini melalui susu ibu. Vitamin-vitamin ini banyak membantu saya agar kekal bertenaga, tidak mudah stres dan pertahanan badan lebih kuat.

Kini, Fyrash dan Farhah dalam fasa penyembuhan. Doakan mereka cepat sembuh ya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge