RENGAT ATAU CONTRACTION SELEPAS BERSALIN DAN CARA MENGURANGKANNYA

Salam dan hai semua.. Alhamdulillah.. Hari ini, anak keempat kami sudah berusia 22 hari. Berat pun sudah meningkat ke 3.1kg. Oh ya, ada yang tertanya-tanya tentang nama bayi baru kami ini. Kami berikan bayi kami ini nama Farhah Nur Eislah dan dipanggil Farhah yang bermaksud kegembiraan. Penambah kegembiraan dan pelengkap keluarga kami 🙂

Teringat selepas bersalinkan Farhah, saya mengalami sakit yag teramat sangat seperti contraction di bahagian rahim. Sebenarnya selepas Putri lahir pun saya mengalami keadaan yang sama. Tapi pada ketika itu, saya tidak mencari maklumat tentang itu.

Rengat atau contraction selepas bersalin sememangnya sangat sakit

Rengat atau contraction selepas bersalin sememangnya sangat sakit

Semasa mengalami lagi rasa contraction ini , saya segera cari info melalui Google. Rupa-rupanya keadaan ini dipanggil rengat. Kalau tanya nurse, nurse bagitau ia berlaku kerana rahim mengecut semasa bayi menyusu. Ia akan hilang apabila rahim benar-benar mengecut.

Rengat saya datang tiap kali saya menyusukan Farhah. Setelah Google dan mengambil nasihat dari pengalaman kawan-kawan, ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mengurangkan rengat;

1 .  Sapu minyak urut di perut.

Ini bagi membantu perut agar panas dan pengaliran darah lebih lancar

2 . Bertungku.

Bagus untuk panaskan perut juag dan supaya darah-darah beku yang tertinggal di rahim cepat-cepat dikeluarkan

3 . Berurut. 

Berurut membantu agar darah-darah yang masih ada mudah dikeluarkan . Ia juga membantu badan jadi lebih segar

4. Kerap minum air suam 

Ini bagi membantu badan panas dan saki baki darah beku mudah dikeluarkan apabila badan cukup air dan untuk mengelakkan dehidrasi

5 . Berfikiran positif

Memang sakit apabila rengat datang. Dan selalunya saya hanya terdiam menahan kesakitan. Kalau dia datang masa bayi tidak menyusu, boleh juga saya bergerak atau sapu minyak urut untuk kurangkan kesakitan. Tapi apabila ia datang ketika bayi menyusu, memang susah untuk bergerak. So, selalunya saya akan fikirkan sesuatu yang best atau ingatkan tentang hal lain agar fikiran saya tidak fokus pada rasa sakit itu

Ada sesetengah klinik beri ubat penahan sakit pada ibu yang mengalami rengat. Minta nasihat doktor atau nurse anda juga tentang perkara ini ya

Alhamdulillah.. Rengat saya kali ni tidak lama seperti selepas bersalinkan Putri. Antara yang saya lakukan, kerap menyapu minyak urut tidak kira masa, minum air banyak, ambil vitamin atau Set Bersalin Shaklee dan berfikiran positif selalu.Tidak semua ibu-ibu akan mengalami rengat selepas bersalin. Bagi ibu-ibu yang mengalami rengat, banyak-banyakkan bersabar. Anda adalah insan terpilih. Pasti ada yang lebih baik menanti kita 🙂

With Love;

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

2 thoughts on “RENGAT ATAU CONTRACTION SELEPAS BERSALIN DAN CARA MENGURANGKANNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge