KISAH KELAHIRAN PUTERI KEDUA DAN CAHAYAMATA KEEMPAT KAMI, FARHAH NUR EISLAH

Salam dan hai semua. Hari ini Farhah sudah berusia 35 hari. Cepatnya masa berlalu.. Ditambah lagi masih berpantang dan menjaga 3 orang anak kecil, memang tidak terasa masa berlalu begitu cepat

Dalam entry bulan lepas, saya ada sebut ingin kongsikan tentang kisah kelahiran Puteri kedua dan cahayamata keempat kami ini. Kisahnya agak panjang kerana 2 kali sebelum kelahirannya kami ke hospital dan balik ke rumah kerana tiada bukaan

Semasa mengandungkan Farhah, saya mengalami alahan yang teruk juga. Sangat memilih makanan, kerap pening dan bacaan HBpun susah mau naik. Apa yang paling saya ingat sebulan lebih sebelum kelahiran Farhah, saya mengalami rasa sakit seperti Contraction setiap kali kakaknya, Putri menyusu. Rupanya ia dipanggil Braxton Hicks.

shaklee kota kinabalu sabah

Farhah yang bermaksud kegembiraan menambah kegembiraan hidup kami. Gambar ini ketika Farhah berusia sebulan

Kerana kerap rasa contraction Braxton Hicks ini, saya mudah letih dan selalu tidur awal. Ini membuatkan rumah tidak terurus dan suamilah yang menjaga anak-anak kami yang lain. Sakit kepala yang kerap juga membuatkan saya rasa cepat penat.

Seminggu sebelum Farhah lahir, saya mengalami contraction yang kuat dan kerap. Menahan sakit dari pagi, selepas balik dari kerja, saya dan suami terus ke hospital Papar. Sampai di hospital, saya diperiksa di bilik penilaian. Selepas pemeriksaan, nurse bagitau tiada bukaan dan bertanya sama ada saya mau stay hospital atau mahu pulang. Saya memilih untuk pulang..

Pada hari kelahiran Farhah, selepas subuh saya mengalami pendarahan. Kami segera ke hospital dan sekali lagi kami balik ke rumah semula setelah diperiksa tiada bukaan juga. Saya ingat Nurse berkata’ ┬áKalau puan datang lagi kali ketiga, memang kena stay di hopital sudah ni puan’. Saya cuma senyum

Setelah sampai di rumah, saya bagitau suami saya ingin rehat dan tidur sekejap. Namun, saya tidak dapat tidur kerana ketika itu contraction tiba-tiba semakin kuat. Saya cuba bertahan kerana sangkakan ia Braxton Hicks. Ternyata saya salah kerana contraction saya ketika itu semakin kuat, sakit dan kerap

Kami segera bersiap dan bergegas ke hospital semula. Pabila sampai di hospital, saya sudah tidak dapat berjalan kerana contraction terlalu kuat. Nurse terus bawa ke dewan bersalin dan memeriksa saya secepat mungkin. Rupa-rupanya, bukaan saya sudah 8cm. Nurse yang periksa saya berkata, ‘nasib puan tidak beranak di rumah atau kereta kerana bukaan sudah 8 cm’

Nurse kata saya sudah boleh push kalau mahu dan dengan sekali push pun baby boleh keluar jika saya pandai. Ketika ini saya menunggu suami masuk kerana mahu suami mau bersama-sama saya. Rupa-rupanya nurse lupa check di buku klinik saya yang suami sudah daftar untuk Kursus Mesra ibu.

Selepas itu nurse panggil suami dan suami pun masuk. Ketika itu saya memohon pada Allah untuk permudahkan saya dan saya menunggu contraction itu datang. Bila sakit contraction mula kuat saya mula meneran. Dan Alhamdulillah.. Dengan 2 kali teran anak kami lahir pada jam 11.50pagi 15 September 2016, 13 Zulhijjah . Hanya 20 minit d labour room. Proses yang sangat cepat dan sangat dipermudahkan Allah

Terima kasih yang tidak terhingga pada suami yang berada di sisi saya pada saat kelahiran ini. Memang kehadiran suami sangat-sangat membantu saya kerana suami sangat kuat memberi sokongan hingga saya boleh melahirkan anak kami ini dengan penuh tenaga walaupun belum makan. Terima kasih juga pada keluarga yang tolong jaga naka-anak kami waktu saya melahirkan Putri kedua kami ini. Terima kasih Allah kerana permudahkan segala-galanya kepada kami. Dan terima kasih pada anda yang memberi ucapan tahniah dan beri hadiah pada Farhah. Moga Farhah membesar menjadi anak yang sihat dan beriman. Aminnn

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge