KENAPA SUSU IBU KURANG SEMASA BERPANTANG

Salam dan hai semua. Sibuk betul 2-3 hari ini. Still adapting dengan orang baru dalam rumah ni. Jadual tidur pun masih belum teratur. Mana lagi perlu menjaga 3 orang anak kecil kami.

Hari ini masuk hari ke 29 saya berpantang. Berpantang sendiri sambil menjaga anak-anak bukannya mudah. Apatah lagi anak ke-3 saya masih menyusu badan. Dan sekarang Tandem Nursing atau berkongsi susu dengan adiknya

Walaupun agak penat seharian mengurus anak-anak sambil berpantang, Alhamdulillah, susu ibu saya sentiasa banyak untuk anak-anak. Sepatutnya ketika berpantang, susu ibu akan meriah kerana bayi sangat kuat menyusu. Tapi kenapa masih ada ibu berpantang yang mengalami masalah susu ibu kurang? Saya kongsikan sedikit sebab-sebabnya ya

punca-susu-ibu-kurang-semsa-berpantang

1 . Kurangnya Supply and Demand

Ini konsep paling penting dalam penyusuan susu ibu. Selalunya ibu yang kurang pengalaman dalam penyusuan susu ibu merasakan susu ibu mereka kurang hingga mereka top up dengan susu formula. Bila bayi diberikan susu formula, bayi akan kurang menyusu dengan ibu. So, akan berlakulah kekurangan Demand dari si bayi. Bila Demand kurang, Supply akan kurang.

The best way is untuk beri bayi anda susu ibu sahaja. Kerapkan menyusui bayi dan offer pada mereka bila-bila masa. Insha Allah bayi akan makin kerap menyusu. Bila bayi kerap menyusu, susu akan semakin banyak

2 . Berfikiran positif dan jangan stres

Yakin dengan diri anda yang susu ibu anda banyak. Tabahkan hati dengan apa yang orang lain perkatakan. Bila kita yakin susu kita banyak, susu kita akan jadi lebih banyak. Trust yourself and don’t stres out, ok πŸ™‚

3 . Minum banyak air

70% kandungan susu ibu adalah air dan air itu datangnya dari badan si ibu. Sebab tu ibu menyusu mudah untuk sembelit jika kurang air di dalam badan. Ambil air yang banyak melebihi 3 liter sehari. Biar minum sedikit tetapi kerap. Saya pasti anda akan berasa cepat haus

4 . Makan makanan berkhasiat

Badan perlukan makanan berkhasiat agar badan sentiasa bertenaga dan mampu hasilkan susu ibu. Β Kurangkan makanan segera ya. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

5 . Gali ilmu

Penting untuk anda mencari ilmu tentang Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ini sebelum anda bersalin. Cara banyakkan susu, pelekapan yang betul dan banyak lagi ilmu tentang Breastfeeding ini perlu anda tahu. Anda boleh rujuk kepada hospital terdekat, kawan-kawan yang ada pengalaman atau Google! πŸ™‚

6 . Buat sesuatu yang anda suka

Antara benda penting dalam penyusuan susu ibu adalah untuk pastikan anda gembira, tidak stres out serta untuk elakkan meroyan. Buat sesuatu yang anda suka, contoh makan makanan kegemaran anda, menjahit atau seperti saya, blogging atau melihat resepi-resepi yang best atau drama best seperti Patahnya Sebelah Sayap yang tengah trending tu..Hihi..

Ok ibu-ibu berpantang sekalian, anda semua adalah ibu-ibu yang hebat. Pasti susu ibu anda banyak dan anak anda kenyang dan membesar dengan susu ibu anda. Be confident k πŸ™‚

P/s: Boleh ambil Set Penyusuan Shaklee untuk membantu badan anda tidak mudah letih, tidak mudah stres dan susu ibu makin meriah seperti saya πŸ™‚

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

5 thoughts on “KENAPA SUSU IBU KURANG SEMASA BERPANTANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge