Archive | October 2016

PARUT CHICKEN POX CEPAT PUDAR SELEPAS AMBIL SHAKLEE

Salam dan hai semua.. Selamat berhujung minggu. Hari ini saya ingin kongsikan 1 testimoni daripada seseorang yang juga terkena Chicken Pox atau cacar dan menggunakan produk Shaklee untuk mengurangkan parut Chicken Pox beliau. Saya juga ada share pada entry sebelum ini apabila Chicken Pox menyerang suami tersayang

Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar di usia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

testimoni cacar atrau chicken pox

.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. “uihhh cepat kering cacar you boss” apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya.

Inilah kisah #SHAKLEE EFFECT saya.

Sekian, terima Kasih

Share

BILA CHICKEN POX ATAU CACAR MENYERANG SUAMI TERSAYANG

Salam dan hai semua.. selamat berhujung minggu. Allah sentakkan kami sekeluarga lagi apabila suami terkena cacar atau Chicken Pox. Sesuatu yang merisaukan kerana ada baby kecil di rumah. Hari ini masuk hari ke-6 suami kuarantin daripada kami

Kasihan sungguh dengan suami. Bersendirian menghadapi Chicken Pox dan langsung tidak dapat menyentuh anak-anak. Saya sendiri pun agak letih kerana perlu lakukan banyak perkara sendirian lebih-lebih lagi Farhah susah untuk tidur lama. Keadaan yang sangat mencabar saya dan suami

Hari pertama suami bagitahu yang badan suami rasa tidak sedap, saya ingatkan ia cuma demam biasa.. Tapi , hari kedua suami bagitau ada cecair dan bintik merah mula timbul di badan.. Saya pesan suami untuk monitor. Sekiranya semakin teruk , kami harus ke hospital segera.

Setelah suami balik dari pejabat, kami terus ke klinik dan doktor confirmkan ia adalah cacar atau chicken pox. Doktor kata asingkan tidur dengan anak-anak dan perlu kuarantin kerana baby ada di rumah. Baby masih terlalu kecil dan belum ada pertahanan badan yang kuat. Dan doktor juga ada mention yang Chicken Pox ini tiada ubat

Hari seterusnya, bintik-bintik merah dan cecair di badan suami mula semakin banyak. As per nurse said, yang perlu dimonitor adalah demam atau panas badan beliau kerana takut panas yang tinggi.

Dari hari pertama, saya sudah berikan suami Vivix dan Vitamin C. Dan hari seterusnya saya konsistenkan suami dengan Nutriferon, si immune booster dan Performance Drink, minuman isotonik. Nutriferon penting supaya pertahanan badan suami kuat untuk melawan viru-vurs yang menyerang dan Performance Drink untuk pastikan badan suami tidak dehidrasi since demam dan panas badan suami pandai datang dan pergi

nutriferon shaklee

performance drink

vitamin c shaklee

Saya juga kerap sapukan Krim Herbal blend di badan suami agar bintik-bintik merah cepat berkurang. Suami kata jika sapu kirm tu badan rasa sejuk-sejuk dan mendatangkan keselesaaan. Saya juga minta suami mandi dengan Basic H supaya bintik-bintik merah di badan suami cepat kering.

krim herbal blend shaklee

Alhamdulillah.. Setakat ini suami menunjukkan perubahan yang positif.. Suami tidak lagi demam dan cergas sepenuhnya. Tinggal tunggu bintik-bintik di badan suami mengecut dan mengering. Malam ni mau cuba lagi Mask ESP mix dengan Vitamin C agar parut di wajah semua cepat pudar. Alhmdulillah..

Share

KISAH KELAHIRAN PUTERI KEDUA DAN CAHAYAMATA KEEMPAT KAMI, FARHAH NUR EISLAH

Salam dan hai semua. Hari ini Farhah sudah berusia 35 hari. Cepatnya masa berlalu.. Ditambah lagi masih berpantang dan menjaga 3 orang anak kecil, memang tidak terasa masa berlalu begitu cepat

Dalam entry bulan lepas, saya ada sebut ingin kongsikan tentang kisah kelahiran Puteri kedua dan cahayamata keempat kami ini. Kisahnya agak panjang kerana 2 kali sebelum kelahirannya kami ke hospital dan balik ke rumah kerana tiada bukaan

Semasa mengandungkan Farhah, saya mengalami alahan yang teruk juga. Sangat memilih makanan, kerap pening dan bacaan HBpun susah mau naik. Apa yang paling saya ingat sebulan lebih sebelum kelahiran Farhah, saya mengalami rasa sakit seperti Contraction setiap kali kakaknya, Putri menyusu. Rupanya ia dipanggil Braxton Hicks.

shaklee kota kinabalu sabah

Farhah yang bermaksud kegembiraan menambah kegembiraan hidup kami. Gambar ini ketika Farhah berusia sebulan

Kerana kerap rasa contraction Braxton Hicks ini, saya mudah letih dan selalu tidur awal. Ini membuatkan rumah tidak terurus dan suamilah yang menjaga anak-anak kami yang lain. Sakit kepala yang kerap juga membuatkan saya rasa cepat penat.

Seminggu sebelum Farhah lahir, saya mengalami contraction yang kuat dan kerap. Menahan sakit dari pagi, selepas balik dari kerja, saya dan suami terus ke hospital Papar. Sampai di hospital, saya diperiksa di bilik penilaian. Selepas pemeriksaan, nurse bagitau tiada bukaan dan bertanya sama ada saya mau stay hospital atau mahu pulang. Saya memilih untuk pulang..

Pada hari kelahiran Farhah, selepas subuh saya mengalami pendarahan. Kami segera ke hospital dan sekali lagi kami balik ke rumah semula setelah diperiksa tiada bukaan juga. Saya ingat Nurse berkata’  Kalau puan datang lagi kali ketiga, memang kena stay di hopital sudah ni puan’. Saya cuma senyum

Setelah sampai di rumah, saya bagitau suami saya ingin rehat dan tidur sekejap. Namun, saya tidak dapat tidur kerana ketika itu contraction tiba-tiba semakin kuat. Saya cuba bertahan kerana sangkakan ia Braxton Hicks. Ternyata saya salah kerana contraction saya ketika itu semakin kuat, sakit dan kerap

Kami segera bersiap dan bergegas ke hospital semula. Pabila sampai di hospital, saya sudah tidak dapat berjalan kerana contraction terlalu kuat. Nurse terus bawa ke dewan bersalin dan memeriksa saya secepat mungkin. Rupa-rupanya, bukaan saya sudah 8cm. Nurse yang periksa saya berkata, ‘nasib puan tidak beranak di rumah atau kereta kerana bukaan sudah 8 cm’

Nurse kata saya sudah boleh push kalau mahu dan dengan sekali push pun baby boleh keluar jika saya pandai. Ketika ini saya menunggu suami masuk kerana mahu suami mau bersama-sama saya. Rupa-rupanya nurse lupa check di buku klinik saya yang suami sudah daftar untuk Kursus Mesra ibu.

Selepas itu nurse panggil suami dan suami pun masuk. Ketika itu saya memohon pada Allah untuk permudahkan saya dan saya menunggu contraction itu datang. Bila sakit contraction mula kuat saya mula meneran. Dan Alhamdulillah.. Dengan 2 kali teran anak kami lahir pada jam 11.50pagi 15 September 2016, 13 Zulhijjah . Hanya 20 minit d labour room. Proses yang sangat cepat dan sangat dipermudahkan Allah

Terima kasih yang tidak terhingga pada suami yang berada di sisi saya pada saat kelahiran ini. Memang kehadiran suami sangat-sangat membantu saya kerana suami sangat kuat memberi sokongan hingga saya boleh melahirkan anak kami ini dengan penuh tenaga walaupun belum makan. Terima kasih juga pada keluarga yang tolong jaga naka-anak kami waktu saya melahirkan Putri kedua kami ini. Terima kasih Allah kerana permudahkan segala-galanya kepada kami. Dan terima kasih pada anda yang memberi ucapan tahniah dan beri hadiah pada Farhah. Moga Farhah membesar menjadi anak yang sihat dan beriman. Aminnn

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

PENGEDAR DAN EJEN SHAKLEE DI BETONG, DEBAK, SPAOH, LUBUK ANTU DAN SELURUH SARAWAK

Salam dan hai semua.. Alhamdulillah.. makin ramai ahli keluarga Shaklee kami yang berminat untuk menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee ini. Dan hari ini saya ingin perkenalkan ahli Shaklee kami di kawasan Betong, Debak, Spaoh dan Lubuk Antu Sarawak iaitu Barbara Brenai Ngu yang saya panggil Barbara

Orangnya masih muda dan aktif menjual produk Shaklee dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Kini berniat untuk membesarkan empayar business Shaklee dan menambah pendapatan, beliau maju selangkah dengan aktif sharing di Facebook beliau

ejen dan pengedar shaklee betong sarawak

Untuk mendapatkan produk Shaklee daripada beliau, anda boleh menghubungi beliau melalui;

Call/Msg/Whatsapp : 014-552 6620

FB : Barbara Brenai Ngu

Email : barbaranai91@gmail.com

Dapatkan konsultasi terbaik daripada Barbara kerana beliau sendiri adalah ahli Shaklee yang consume produk terbaik ini. Iboh malu-malu nak contact Barbara, k 🙂

Share

KENAPA SUSU IBU KURANG SEMASA BERPANTANG

Salam dan hai semua. Sibuk betul 2-3 hari ini. Still adapting dengan orang baru dalam rumah ni. Jadual tidur pun masih belum teratur. Mana lagi perlu menjaga 3 orang anak kecil kami.

Hari ini masuk hari ke 29 saya berpantang. Berpantang sendiri sambil menjaga anak-anak bukannya mudah. Apatah lagi anak ke-3 saya masih menyusu badan. Dan sekarang Tandem Nursing atau berkongsi susu dengan adiknya

Walaupun agak penat seharian mengurus anak-anak sambil berpantang, Alhamdulillah, susu ibu saya sentiasa banyak untuk anak-anak. Sepatutnya ketika berpantang, susu ibu akan meriah kerana bayi sangat kuat menyusu. Tapi kenapa masih ada ibu berpantang yang mengalami masalah susu ibu kurang? Saya kongsikan sedikit sebab-sebabnya ya

punca-susu-ibu-kurang-semsa-berpantang

1 . Kurangnya Supply and Demand

Ini konsep paling penting dalam penyusuan susu ibu. Selalunya ibu yang kurang pengalaman dalam penyusuan susu ibu merasakan susu ibu mereka kurang hingga mereka top up dengan susu formula. Bila bayi diberikan susu formula, bayi akan kurang menyusu dengan ibu. So, akan berlakulah kekurangan Demand dari si bayi. Bila Demand kurang, Supply akan kurang.

The best way is untuk beri bayi anda susu ibu sahaja. Kerapkan menyusui bayi dan offer pada mereka bila-bila masa. Insha Allah bayi akan makin kerap menyusu. Bila bayi kerap menyusu, susu akan semakin banyak

2 . Berfikiran positif dan jangan stres

Yakin dengan diri anda yang susu ibu anda banyak. Tabahkan hati dengan apa yang orang lain perkatakan. Bila kita yakin susu kita banyak, susu kita akan jadi lebih banyak. Trust yourself and don’t stres out, ok 🙂

3 . Minum banyak air

70% kandungan susu ibu adalah air dan air itu datangnya dari badan si ibu. Sebab tu ibu menyusu mudah untuk sembelit jika kurang air di dalam badan. Ambil air yang banyak melebihi 3 liter sehari. Biar minum sedikit tetapi kerap. Saya pasti anda akan berasa cepat haus

4 . Makan makanan berkhasiat

Badan perlukan makanan berkhasiat agar badan sentiasa bertenaga dan mampu hasilkan susu ibu.  Kurangkan makanan segera ya. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

5 . Gali ilmu

Penting untuk anda mencari ilmu tentang Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ini sebelum anda bersalin. Cara banyakkan susu, pelekapan yang betul dan banyak lagi ilmu tentang Breastfeeding ini perlu anda tahu. Anda boleh rujuk kepada hospital terdekat, kawan-kawan yang ada pengalaman atau Google! 🙂

6 . Buat sesuatu yang anda suka

Antara benda penting dalam penyusuan susu ibu adalah untuk pastikan anda gembira, tidak stres out serta untuk elakkan meroyan. Buat sesuatu yang anda suka, contoh makan makanan kegemaran anda, menjahit atau seperti saya, blogging atau melihat resepi-resepi yang best atau drama best seperti Patahnya Sebelah Sayap yang tengah trending tu..Hihi..

Ok ibu-ibu berpantang sekalian, anda semua adalah ibu-ibu yang hebat. Pasti susu ibu anda banyak dan anak anda kenyang dan membesar dengan susu ibu anda. Be confident k 🙂

P/s: Boleh ambil Set Penyusuan Shaklee untuk membantu badan anda tidak mudah letih, tidak mudah stres dan susu ibu makin meriah seperti saya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

BILA KEPALA PUTRIKU BERDARAH…

Salam dan hai semua. Hari ini Allah sentakkan saya dengan kejadian kepala Putri berdarah. Terjatuh di dalam kereta semasa saya driving sangat menjadi pengajaran buat saya walaupun kejadian itu terjadi kerana ada kereta brek di depan secara tiba-tiba..

Masih saya tidak dapat lupa darah yang mengalir bila saya pandang Putri. Saya jadi bingung dan cuba lap-lap darah di kepala Putri tapi darahnya semakin banyak. Saya yang kebingungan terus berfikir untuk segera sampai ke rumah

Sampai di rumah saya terus letakkan ais di kepala Putri. Masa tu Putri sudah berhenti menangis dan darah pun berhenti. Seterusnya Farhah dan Fyrash saya bawa masuk ke dalam rumah. Segera saya call suami untuk pulang dalam keadaan teresak-esak. Sesungguhnya saya rasa sangat bersalah. Saya tidak mampu mengawal tangisan saya apatah lagi melihat luka yang berdarah di kepala Putri

Setibanya suami di rumah, kami segera bawa putri ke klinik. Syukur Alhamdulillah, MA kata cuma perlu gam sahaja tempat luka tersebut. Dan Putri pun tidak meragam ketika lukanya dicuci. Terima kasih Emergency Klinik Kesihatan Kinarut yang memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra

Selepas dari klinik Suami bawa kami makan. Alhamdulillah, si Putri berselera juga makan

Selepas dari klinik Suami bawa kami makan. Alhamdulillah, si Putri berselera juga makan

Bawa Putri wefie.. Untuk gembirakan hatinya

Bawa Putri wefie.. Untuk gembirakan hatinya

Banyak pengajaran saya dapat hari ini. Antaranya untuk letak Putri di Car Seat dan pakaikan tali pinggang untuk abang-abangnya. Sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling dan memohon perlindungan kepada Allah semasa driving, serta belajar basic merawat luka-luka kecil untuk anak-anak ( Sebenarnya tahu juga cuma bila emosi tidak stabil, boleh jadi blur juga).

Saya pasti ada yang ingin Allah ingatkan saya bila kejadian ini berlaku. Astaghfirullah.. Akan saya ingat kejadian ini sampai bila-bila

Kejadian ini jadi pengajaran buat diriku

Kejadian ini jadi pengajaran buat diriku

Doakan Putri cepat sembuh ya..

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share