PENTINGNYA MEMULAKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEAWAL KELAHIRAN

Salam dan hai semua..Alhamdulillah.. Menjengah hari ke empat berpantang dan memulakan kehidupan dengan pertambahan orang baru. Bukan sesuatu yang mudah kerana ada 3 orang anak kecil yang over excited dengan kehadiran orang baru dan tidak henti-henti mencium adik mereka 🙂

Banyak yang ingin saya ceritakan, tapi hari ini saya ingin kongsikan pentingnya penyusuan susu ibu seawal kelahiran lebih-lebih lagi jika anak mempunyai masalah jaundice atau bacaan kuning yang tinggi

Susu ibu yang dianugerahkan tuhan pada ibu-ibu selepas melahirkan mempunyai antibodi yang mampu membantu menurunkan kadar bacaan kuning bayi. Susu ibu mampu memperkuatkan pertahanan badan bayi dan membantu hati bayi agar mampu mengeluarkan bilirubin daripada badan

Sangat penting memulakan penyusuan susu ibu seawal kelahiran bayi bagi merangsang pengeluran kolostrum, susu awal terpenting

Sangat penting memulakan penyusuan susu ibu seawal kelahiran bayi bagi merangsang pengeluran kolostrum, susu awal terpenting

Seawal kelahiran saya sangat cadangkan ibu-ibu untuk terus offer bayi untuk menyusu agar dapat memulakan rangsangan pertama pada ibu. Ini juga membantu agar otak dapat memberi signal pada badan agar mengeluarkan susu ibu buat bayi yang baru lahir

Usah stres atau katakan pada diri susu ibu tidak banyak jika anda tidak merasa sebarang kehadiran cecair pada payudara anda. Ini adalah normal kerana susu permulaan yang dipanggil kolostrum adalah sangat pekat dan akan keluar jika bayi menyusu. Dan kolostrum inilah susu yang paling penting kerana ia mempunyai antibodi pertama dan kuat untuk bayi

Teruskan menyusukan bayi anda. Offer susu ibu kepada bayi anda secara berterusan dan jangan putus asa. Bayi anda juga dalam proses belajar seperti anda

Penting juga untuk pastikan anda;

1 . Jaga pemakanan

Makan mengikut jadual sepatutnya dan jangan lengahkan waktu makan. Kalau rasa lapar selepas bayi menyusu, makanlah sesuatu untuk mengelakkan anda lapar. Menyusukan bayi akan membuat anda cepat lapar kerana kalori anda banyak terbakar

2 . Berfikiran positif

Penting untuk yakin bahawa susu ibu anda ada dan banyak. Jangan ragu dengan itu. Anda perlukan pemikiran yang positif untuk bantu badan anda mampu mengeluarkan susu ibu

3 . Elak stres

Memang stres apabila kita rasakan susu ibu tidak cukup untuk bayi. Tapi stres inilah salah satu penyebab utama susu ibu tidak dapat dihasilkan. Otak perlukan hormon ‘ gembira’ daripada anda untuk meyakinkan badan anda boleh menghasilkan susu ibu

4 . Gali ilmu

Ada banyak ilmu penyusuan masa kini sama ada secara online atau offline. Cari ilmu berkaitan penyusuan sebelum kelahiran. Ia sangat-sangat membantu

5 .  Minum banyak air

Pastikan badan tidak dehidrasi. Anda perlu banyak minum air agar badan anda cukup air

6 . Sokongan suami

Bawa suami bersama-sama dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini. Sokongan dan understanding suami sangat penting. Jika suami tidak faham, berikan info yang betul pada suami anda. Sokongan suami sangat-sangat membantu

7 . Talk to somebody

Jika rasa stres tidak berkurangan, talk to somebdoy yang tahu atau berpengalaman tentang susu ibu. Anda perlukan sokongan tentang hal ini. Saya pasti ramai yang boleh membantu. Anda juga boleh hubungi Kumpulan Sokongan Susu Ibu atau Unit Laktasi di hospital berdekat anda

8 . Ambil suplemen jika perlu

Suplemen yang sesuai mampu membantu anda lebih bertenaga, tidak cepat letih dan kurang stres. Ada suplemen yang boleh dijadikan sebagai Milk Booster. Apabila anda bertenaga dan happy, susu ibu pasti akan jadi lebih banyak

Ok, nanti saya kongsikan lagi tentang penyusuan susu ibu ini ya. Good luck untuk ibu-ibu berpantang ini. Kita pasti boleh menjayakan penyusuan susu ibu kita kepada bayi tersayang

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge