KULIT CANTIK, BADAN CERGAS DAN STRES TIADA DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

Salam dan hai semua.. Teringat 3 tahun lepas bila saya mula berblogging, antara produk shaklee yang menjadi kegemaran saya ketika itu adalah Set Kecantikan Shaklee yang terdiri daripda ESP, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E yang saya ambil setiap hari.

Masa tu saya sangat teruja melihat perubahan pada kulit wajah sendiri setelah sebulan mengamalkan set ini dan berkongsi dengan pembaca blog ini tentang perbezaan yang saya rasai.

Saya bermula sebenarnya dengan mengambil minuman protein Shaklee iaitu ESP sebagai membantu meningkatkan pengeluaran air susu ibu. Setelah teruja dengan peningkatan jumlah air susu ibu saya, saya mula tertarik untuk mencuba pula Vitamin E yang dikatakan mampu membuat muka flawless. Dan dalam masa yang sama saya ambil juga B Complex dan Vitamin C Shaklee. Saya tulis tentang perubahan yang saya rasai itu di link ini

Gambar no filter masa Aidilfitri lepas :)

Gambar no filter masa Aidilfitri lepas 🙂

Tahukah anda selain daripada rasa kulit kembali Marvellous, banyak perbezaan yang saya rasai setelah ambil set ini? Antaranya saya rasakan badan tidak lagi cepat lemah atau penat. Perkara yang selalu terjadi pada ibu yang menyusukan anak.

Kalau selalu lepas anak menyusu, saya cepat rasa lapar atau terus tertidur sebab penat. Tapi saya selalunya akan ambil ESP sebelum bayi menyusu dan ini membantu saya tidak mudah lapar dan letih dan dapat buat kerja rumah yang lain pula

Saya juga suka ambil B Complex kerana selalunya saya mudah stres lebih-lebih lagi anak dah 4 orang ni. Saya selalunya akan ambil B Complex selepas sarapan agar otak terus cergas dan mood terus bagus di awal pagi.. Hihi..

Vitamin C pula saya mesti ambil setiap hari. Since saya memang ada masalah resdung, saya kena pastikan pertahanan badan saya kuat agar resdung tidak datang. Selalunya kalau resdung saya datang, memang saya rasa sangat-sangat tidak selesa kerana saya akan bersin sepanjang hari dan hingus meleleh tanpa berhenti. Rasa tidak best sungguh!

Vitamin E pula sangat membantu bekas-bekas jerawat makin pudar dan kulit muka makin glowing.. Sangat penting untuk ibu anak 4 yang sudah berusia 30-an untuk menjaga kulit muka,kan? Hihi..

Sebenarnya, semua vitamin dalam set kecantikan ini membantu sel dalam badan jadi lebih sihat. Setiap 120 hari sel badan akan renew dan ia akan duplicate ciri-ciri yang ada di sel lama. Apabila sel lama rosak, maka ia akan duplicate yang rosak itu.

Tapi apabila kita ambil suplemen, perlahan-lahan sel lama akan diperbaiki dan sel baru akan duplicate sel lama yang diperbaiki itu. Dan organ yang paling cepat memperlihatkan kerja pembaikan sel itu berjalan dari dalam badan adalah kulit. Sebab tu paling senang nampak adalah perbezaan dari kulit.

Bukan kulit sahaja yang dapat manfaat bila kita ambil suplemen akan tetapi seluruh badan. So, bagi sesiapa yang mengamalkan produk Shaklee, terus konsisten ya. Bila tidak konsisten, badan kita akan kembali kekurangan nutrisi.

WIth love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

2 thoughts on “KULIT CANTIK, BADAN CERGAS DAN STRES TIADA DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge