BRAXTON HICKS? CONTRACTION PRA KELAHIRAN?

Salam dan hai semua. Usia kandungan saya kini sudah 36 minggu. Terasa cepat masa berlalu kerana selalunya anak-anak saya lahir dalam usia kandungan 38 minggu. Tidak lama lagi jumpa baby baru. Terbayang-bayang bau baby baru lahir yang sangat wangi 🙂

Dari 3 minggu lepas, saya mengalami kontraksi atau mild contraction yang datang bila-bila masa. Ini membuatkan saya risau kerana saya tidak pernah mengalaminya pada kandungan sebelum ini

Mild contraction ini juga buat saya rasa sangat tidak selesa kerana ia terasa seperti contraction sebenar dan memang rasa sakit.

Setelah seorang sahabat menyebut tentang Braxton Hicks, saya mula mencari info tentang ini. Apa yang saya alami sekarang memang seperti Braxton Hicks. Ia dipanggil Braxton Hicks kerana mula dijumpai oleh doktor yang bernama John Braxton Hicks pada 1872

braxton hicks

Apa itu Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks adalah pengecutan rahim yang bermula sekitar kandungan berusia 6 minggu, walaupun ada yang tidak merasaianya seawal itu. Ada yang mungkin merasainya di pertengahan kandungan.

Semasa kandungan anda semakin membesar, Kontraksi Braxton Hicks mungkin datang lebih kerap.  Dan di akhir kandungan anda mungkin ia hadir secara tidak tetap, dan kurang sakit. Kadang-kadang, kontrasi Braxton Hicks ini sukar dibezakan dengan petanda awal kelahiran.

Kontraksi Braxton Hicks tidak tetap dan selalunya tidak sakit walaupun ia membuatkan kita rasa sangat tidak selesa dan kadang-kadang ia  menjadi semakin kuat dan sakit

Jika kandungan anda belum mencapai usia 37 minggu dan anda mengalami 4 contraction di dalam 1 jam, atau anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti keluar darah dan pecah air ketuban, sila berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin.

Apa yang harus dilakukan apabila kontraksi Braxton Hicks menjadi semakin sakit?

1- Tukar aktiviti atau posisi anda. Berjalan boleh membantu. Atau lebihkan rehat

2- Mandi air suam untuk bantu relakskan badan

3- Kontraksi ini mungkin disebabkan dehidrasi. Minum lebih banyak air

4- Bersenam secara perlahan atau kawal pernafasan. Ia membantu anda untuk mengurangkan ketidakselesaan.

Untuk info lanjut, anda boleh bacanya di sini.

Setakat ini, apa yang saya perasan Braxton Hicks saya berlaku kebanyakan masa semasa Putri, anak ke-3 saya menyusu. Selalunya saya cuba kawal pernafasan dan cuba alihkan perhatian saya daripada mengingati sakit tersebut. Saya juga lebihkan rehat dan tidur lebih awal. Alhamdulillah, selalunya ia berhasil. Saya juga sangat -sangat cadangkan anda amal Surah Al-Waqiah bag mengurangkan rasa sakit tersebut

Insha Allah, semuanya akan ok. Tapi jika anda risau, segeralah berjumpa doktor anda. Pasti Allah beri sesuatu yang lebih baik atas kesakitan yang kita rasai ini. Aminnn..

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge