BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM KE HOSPITAL

Salam dan hai semua. Minggu ni kandungan saya sudah berusia 35 minggu. Tidak lama lagi, baby akan cukup bulan. Berdebar juga menanti waktu-waktu begini  sebab tidak lama lagi due mau dekat sudah 🙂

Menunggu detik-detik kelahiran bayi begini, saya nasihatkan ibu-ibu yang hamil untuk mula sediakan barang-barang keperluan bayi dan ibu untuk bersalin nanti di hospital. Antara keperluan ibu dan bayi yang perlu disediakan sebelum ke hospital adalah;

SEdaiakan barang-barang sebelum bayi anda lahir sebagai langkah persediaan awal

Sediakan barang keperluan anda dan bayi ke hospital  sebelum bayi anda lahir sebagai langkah persediaan awal

KEPERLUAN IBU

  • Baju
  • Kain sarung
  • Pakaian dalam
  • Berus gigi, pencuci muka
  • Pad
  • Stokin
  • Biskut
  • Air minum
  • Selipar yang sesuai
  • Set Berpantang

Dinasihatkan anda sediakan 2-3 pasang baju ibu. Manalah tahu perlu stay lebih sehari di hospital

Keperluan bayi

  • Baju
  • Seluar
  • Lampin /  Pampers
  • Minyak panas
  • Krim bayi
  • Tuala bayi
  • Sarung tangan dan kaki
  • Topi.

Dinasihatkan anda menyediakan 2-3 pasang baju bayi sebagai persediaan. Sediakan semua keperluan ini dalam satu beg dan simpan siap-siap dalam kereta. Memudahkan anda apabila waktu kelahiran tiba

Di hari-hari begini saya juga galakkan ibu-ibu untuk mengamalkan Surah Maryam kerana surah ini boleh membantu memudahkan kelahiran. Saya dah amalkannya dari anak pertama lagi dan sememangnya ia sangat membantu

Selain itu, ibu juga digalakkan berehat dan tidak stres selalu.. Enjoy this moment before anak lahir ke dunia. Bawa baby bercakap dan luangkan masa bersama orang yang tersayang. Nanti dah ada baby hidup akan semakin sibuk, tau 🙂

Untuk bakal-bakal ibu baru, carilah ilmu tentang kelahiran bayi, penyusuan dan sebagainya sebelum bayi anda lahir ya. Ilmu ini penting agar anda tidak terkejut dengan perubahan yang bakal anda alami. Good luck untuk semua 🙂

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge