Archive | July 2016

ELAK SEMBELIT SEMASA HAMIL

Salam Jumaat dan hai semua.. Semasa hamil, selalunya doktor akan menasihatkan para ibu yang sedang mengandung untuk meminimakan pengambilan ubat-ubatan. Tapi bagaimana  jika kita sembelit?

Alhamdulillah.. Sepanjang kehamilan kami ini saya jarang sembelit. Mungkin kerana saya memang suka minum air kosong dan sentiasa mengambil kalsium Shaklee yang dinamakan Ostematrix kerana ia boleh melembutkan otot yang terlibat dengan pembuangan najis. Selalunya bila saya ambil Ostematrix sebelum tidur, keesokan paginya saya akan membuang dengan mudah

Ketahui tips untuk elak sembelit semasa hamil

Ketahui tips untuk elak sembelit semasa hamil

Selain itu, antara tips penting untuk elak sembelit semsa hamil adalah;

1 . Banyak meminum air kosong

Kurangkan pengambilan minuman manis. Selalunya minuman manis memang menggoda selera ibu yang sedang hamil. Jika anda sering mengambil minuman manis, seimbangkannya dengan mengambil air koosng yang banyak setiap hari. Minuman manis juga tidak membantu dalam usaha ibu mengurangkan bacaan gula dalam darah

2 . Kurangkan minuman berkafein

Minuman berkafein mengganggu penyerapan nutrisi.  Ia juga sangat tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu mengandung kerana takut mengganggu sistem penyerapan nutrisi bayi di dalam kandungan

3 . Kurangkan makanan berminyak dan berlemak

Pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak memperlahankan proses pembuangan.

4 . Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara makanan yang mempunyai serat yang banyak. Makanan yang banyak serat membantu mempercepatkan proses pembuangan. Ia juga mempunyai kalsium. Kalsium penting untuk pembentukan tulang

5 . Ambil suplemen yang sesuai

Untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dari diet seharian kita agak susah lebih-lebih lagi banyak makanan kita sekarang mengandungi bahan perisa, pengawet dan bahan kimia berbahaya. Ambil suplemen yang sesuai yang boleh mengcukupkan nutrisi yang kita perlukan untuk tubuh badan kita dan bayi. Bila nutrisi badan cukup, kita akan senang membuang

Sebab tu saya suka ambil Ostematrix serta Set Kehamilan Shaklee kerana ia sangat-sangat membantu melawaskan najis dan mengelakkan sembelit ketika saya hamil serta mencukupkan nutrisi yang saya dan bayi perlukan.

Ostematrix juga membantu mengatasi kekurangan kalsium dalam badan, mengurangkan sakit pinggang, menguraangkan sakit belakang dan yang paling saya suka gigi saya tidak lagi kerap berdarah apabila pengambilan kalsium cukup dalam badan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen yang sesuai dengan anda, jangan lupa hubungi saya di 016-587 9882 🙂

Share

PENGEDAR DAN EJEN SHAKLEE DI DONGGONGON, BUNDUSAN, KOBUSAK PENAMPANG, KOTA KINABALU DAN RANAU SABAH

Salam dan hai semua. Kelmarin saya baru bertemu dengan seorang pelanggan setia Shaklee saya yang kini berminat untuk serius dengan bisnes Shaklee ini. Alhamdulillah..

Sebenarnya, lama sudah saya kehilangan nombor Handphone nya. Tapi tidak disangka setelah sekian lama tidak berhubung, beliau menghubungi saya semula untuk mendapatkan produk yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu

Dulu bekerja dan kini menjadi surirumah membuatkan beliau memilih untuk terlibat dengan perniagaan ini. Pilihan yang bijak ibu :). Anda pasti tidak menyesal

Jika ada yang ingin mendapatkan produk Shaklee di kawasan Penampang, Donggongon, Kota Kinabalu dan Ranau Sabah anda boleh menghubungi ibu cantik ini seperti berikut

Nama ; Marlina Saidi

Fb : Nyna Marlina

Blog : http://nyna83.blogspot.my/

Email : marlinasaidi@yahoo.com

No Hp : 010-955 5229

Beliau juga boleh dihubungi melalui Whatsapp

pengedar shaklee penampang, donggongon

Insha Allah.. Beliau akan memberikan khidmat konsultasi terbaik buat semua pelanggannya. Ibu muda ini juga sudah lama menggunakan produk Shaklee dan mempunyai testimoni yang hebat. Jangan malu-malu untuk menghubungi beliau k 🙂

Share

BOLEHKAH SEORANG IBU MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK-ANAK?

Salam dan hai semua.. Ramai ibu-ibu di luar sana yang mula menjalankan bisnes dari rumah bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Dengan naiknya harga barangan serta naiknya perbelanjaan keluarga harian memang bukan mudah mengharapkan gaji suami semata.

Tapi ramai juga ibu-ibu ini meragui kemampuan diri. Mana lagi perlu menjaga anak-anak, fikirkan tentang modal dan masa yang sama suami kurang memberi sokongan. Tappi saya tahu, ramai ibu ingin lakukannya bagi memberi kehidupan yang lebih selesa buat keluarga terutamanya anak-anak.

Ibu yang menjadi surirumah boleh menjana pendapatan dari rumsh tanpa perlu meninggalkan anak-anak

Ibu yang menjadi surirumah boleh menjana pendapatan dari rumah tanpa perlu meninggalkan anak-anak

Saya sangat memahami perasaan ibu-ibu ini kerana saya juga ibu bekerja dan pernah menjadi suririmah ketika menjaga anak dengan mengambil cuti tanpa gaji. Saya tahu bukan mudah dengan bergantung pada pendapatan suami bila m an keperluan kita sendiri pun bukan mudah dipenuhi apa lagi anak-anak

Sebab tu saya suka berniaga dan terlibat dengan Shaklee. Antara sebabnya saya terlibat dengan bisnes Shaklee ini juga kerana ianya dijalankan secara online dan tanpa perlu selalu keluar ruamh. Iyalah, bila perlu keluar ruamh anak-anak kena bawa sekali atau kena tunggu bila suami free untuk tolong jaga anak-anak barulah dapat keluar.

Tapi dengan bisnes ini, kebanyakan masa saya melakukannya di rumah dan dalam masa yang saya dapat menjaga anak-anak sambil melakukan kerja rumah yang lain. Jika ada kelas yang perlu dihadiri dan saya tidak dapat menghadirinya, ahli group Shaklee saya yang hadir ke kelas tersebut akan berkongsi info dan ilmu dari kelas tersebut secara online.

Bila rasa down, ahli-ahli group akan sentiasa memberi semangat dan nasihat. Kadang-kadang kami pass order juga bila tidak dapat ambil order yang dapat. Sikap tolong-menolong dan kerjasama yang erat antara ahli group Shaklee kami yang kami anggap seperti keluarga sendiri ini buatkan kami sentisa bersemangat dan tidak mudah putus asa

Dan yang paling utama, kami selalu diingatkan oleh upline-upline kami untuk meletakkan Allah sebagai pergantungan utama kami. Macamana sibuk berbisnes pun, ibadah adalah no 1 kerana Dialah pemegang hati manusia

Banyak lagi kelebihan bersama keluarga Shaklee saya ini yang membuatkan saya bertahan selama 3 tahun lebih bersama mereka. Alhamdulillah, tadi tengahari saya baru bertemu dengan bakal Leader keluarga Shaklee saya. Moga beliau berjaya dalam bisnes ini

Jika ada yang berminat untuk bersama-sama dengan kami, jangan malu untuk hubungi saya terus di 016-587 9882. Tangan saya sentiasa terbuka untuk membantu anda. See you at the top! 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

SALAM AIDILFITRI 1437H, 2016

Salam Syawal semua… Saya back to work sudah, tapi mood raya masih on. Memang rasa malas-malas lagi..hehe.. Tapi tanggungjawab tetap dijalankan.

Alhamdulillah.. Saya bersyukur sangat-sangat kerana berjaya puasa penuh Ramadhan kali ini walaupun tengah hamil. Cabarannya memang tinggi memandangkan saya masih pening-pening dan memilih makanan. Tapi syukur, Allah permudahkannya bagi saya

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua keluarga, saudara mara, rakan-rakan, followers, pembaca blog ini dan semua yang sentiasa menyokong saya. Kerana kalian lah blog ini masih bertahan bertahun lamanya.

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Salam sayang dari saya dan keluarga. Insha Allah.. bertemu kita lagi di post saya yang akan datang k

Share