PERBEZAAN MENJADI SURIRUMAH DAN IBU BEKERJAYA

Salam dan hai semua.. Alhamdulillah.. Bertemu kita di bulan Mei ini. Tidak lama lagi Syaban akan menjelma dan Ramadhan pula menanti. Mesti ramai yang ternanti-nantikan bulan Ramadhan ini, kan? Bulan di mana Allah lipatgandakan pahala bagi semua ibadah kita 🙂

Alhamdulillah..sudah 5 bulan saya menjadi ibu berkerjaya semula. Cabarannya kali ini lebih hebat. Dengan jarak rumah dan pejabat yang semakin jauh, jangka masa lebih lama tinggalkan anak, jem yang berterusan di samping berdepan dengan alahan kehamilan buatkan saya sangat-sangat merindui waktu bergelar suri rumah bekerjaya

Walaupun hakikatnya semasa menjadi surirumah, saya melakukan tugas-tugas di rumah tanpa henti namun waktu bersama anak-anak itu lebih banyak, saya dapat perhatikan perkembangan mereka depan mata saya sendiri, waktu untuk beribadah lebih lama dan saya dapat menguruskan banyak benda dengan mudah

Selain itu, saya juga kurang stres kerana tidak perlu berdepan dengan masalah jem setiap hari, mengejar waktu pejabat dan dalam masa yang sama boleh berbisnes di rumah. Walaupun kadang-kadang fokus itu terganggu dek karenah anak-anak, Allah selalu mudahkan saya untuk berbisnes sambil-sambil menjaga anak dan melakukan tugas di rumah

Perbezaan menjadi surirumah dan ibu bekerjaya

Perbezaan menjadi surirumah dan ibu bekerjaya. Kedua-dua punya kelebihan dan cabarannya tersendiri. Saya kongsikan sedikit pengalaman saya 🙂

Saya teringat seorang senior berkata dengan saya’ Waktu umur beginilah anak-anak perlukan perhatian yang lebih. Bekerja, bekerja juga tapi jangan sampai abaikan perhatian pada mereka. Kerana bila anda hilang keluarga, ia lebih mahal daripada apa yang anda kejar sekarang’  ;'(

Saya tahu ramai ibu di luar yang mengalami masalah dan perasaan yang sama dengan saya. Berat hati setiap hari untuk tinggalkan anak-anak di taska atau tempat pengasuh tapi dalam masa yang sama perlu bekerja. Saya tahu ada sebab kenapa kita perlu bekerja dan saya percaya pasti kita boleh berikan yang terbaik buat anak-anak biarpun bekerja

Saya juga percaya setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Teruskan berdoa dan yakin doa kita Allah akan makbulkan suatu hari nanti.. Amin..

Insha Allah.. Doakan saya dapat menjadi surirumah bekerja kembali. Kami sekeluarga tengah berusaha agar kami boleh melangsaikan apa yang patut dilangsaikan secepatnya. Sesungguhnya menjadi surirumah itu dan melihat anak-anak membesar depan mata adalah sesuatu yang nikmat 🙂

Jangan lupa produk Shaklee promosi bulan ini iaitu Alfalfa dan Collagen Powder. Sangat-sangat sesuai diambil waktu Ramadhan ini bagi mengurangkan lemak berlebihan dan agar kulit lebih cantik Syawal ini. Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa ya 🙂

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

6 thoughts on “PERBEZAAN MENJADI SURIRUMAH DAN IBU BEKERJAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge