ALAHAN-ALAHAN YANG DIALAMI OLEH IBU MENGANDUNG ATAU HAMIL

Salam dan hai..  Masih pening-pening saya ketika ini. Muntah-muntah masih juga. Selalunya ini adalah keadaan yang dialami oleh kebanyakan ibu yang mengandung dan selalunya di awal trimester pertama. Kebiasaannya bagi saya, alahan bagi setiap kehamilan adalah berbeza. So, hari ini saya ingin kongsikan alahan-alahan yang mungkin dan kebiasaannya dialami oleh ibu yang hamil

1 . Morning Sickness

Selalunya berlaku di awal pagi. Ada ibu yang rasa pening, muntah dan tidak selesa. Ada juga ibu yang muntah semasa berus gigi sahaja. Pelbagai Morning sickness boleh dialami oleh ibu yang berbeza

Ada juga ibu hamil yang tidak mengalami sebarang alahan

Ada juga ibu hamil yang tidak mengalami sebarang alahan

2 . Pening-pening

Ini kerap berlaku kepada saya pada setiap kehamilan. Rasa peningnya berbeza seakan-akan kepala berpusing-puisng setiap masa. Ada ibu yang cuma mengalami pening kadang-kadang. Tapi seperti saya, pening tersebut saya rasai sepanjang kehamilan

3 . Muntah-muntah

Kerap terjadi pada awal kehamilan. Selalunya terjadi apabila ibu mula loya atau sensitif pada bau sesuatu makanan hingga menyebabkan ibu mula kurang mengambil makanan yang secukupnya sehingga berlakunya gastrik. Bila berlakunya gastrik, perut kosong yang kerap berangin membuatkan ibu mudah muntah

4 . Sensitif pada bau

Ada ibu yang sensitif pada bau makanan, bau bahan pencuci malah ada yang sensitif pada bau badan suami sendiri. Seperti saya, saya sangat sensitif dengan bau masakan yang berasaskan ayam menyebabkan saya cuma mengambil ikan atau makanan laut sebagai hidangan utama

5. Loya

Ada ibu yang rasa loya setiap masa tetapi tidak muntah-muntah. Akan tetapi ia membuatkan ibu berasa tidak selesa sepanjang masa. Ada ibu yang mengambil inisiatif dengan berusaha untuk muntah agar rasa loya hilang

6 . Mengidam

Selalunya ibu yang hamil atau mengandung kerap mengidam atau ingin makan sesuatu yang mereka gemari atau idam-idamkan. Ada yang mengidam makanan masam-masam, ada yang mengidam makanan manis atau mengidam makanan yang sukar didapati. Ini merupakan 1 cabaran buat sang suami bagi menyampaikan hajat si siteri.

7 .  Cepat letih

Ini kerap terjadi terutama di akhir kehamilan di mana bayi semakin membesar. Keadaan ini menyebabkan ibu mengalami peningkatan berat badan yang ketarap,  mudah sakit belakang dan inggang serta sukar untuk tidur

Alahan berbeza boleh terjadi kepada ibu pada setiap kehamilan. Berdepan dengan alahan tidak mudah terutama apabila ibu perlu menjaga anak-anak yang lain atau perlu keluar bekerja. Ibu juga selalunya tidak tahu bila alahan akan berakhir. Buat para bapa, bantulah ibu berdepan dengan alahan ini dengan memberikan bantuan dan sokongan yang sepatutnya.

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge