TIPS MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM AGAR SI IBU DAN ANAK SELESA

Salam dan hai semua. Beberapa hari lepas suami lihatkan saya 1 isu viral yang menjadi hot topic di media sosial. Dalam isu tersebut, gambar seorang ibu yang berselfie dengan anak beliau yang tengah menyusu ( walaupun tidak mendedahkan langsung aurat beliau) dihambur dengan kata-kata kesat sehingga menghina penyusuan susu ibu

Jujur saya katakan, saya sebagai ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu sepenuhnya ini, agak kecewa bila membaca komen-komen yang dilemparkan. Tapi saya percaya, ia berlaku kerana salah faham dan kurangnya ilmu pengetahun tentang penyusuan susu ibu atau Breastfeeding

Mungkin tidak sesuai si ibu berselfie dan kongsikan gambar tersebut di laman sosal , tapi kita boleh gunakan cara yang lebih berhemah untuk menegur. Lagipun ibu tersebut sudah meminta maaf.

Tips bagi ibu-ibu menyusukan ayi di tempat awam dengan selesa

Tips bagi ibu-ibu menyusukan ayi di tempat awam dengan selesa

Untuk ibu-ibu yang mengamalkan Breastfeeding, saya kongsikan beberapa tips bagi anda menyusukan anak di tempat awam atau Nursing In Public (NIP) agar anda dan anak sama-sama boleh melakukannya dengan lebih tenang dan gembira

1 . Pakai pakaian ibu menyusu yang sesuai

Kini banyak pilihan anda boleh dapati secara online dan offline baju menyusu yang sesuai untuk ibu menyusu. Mungkin harganya agak mahal, tapi ia sangat berbaloi kerana selalunya baju begini tahan lama. Antara yang anda boleh cari di online adalah di  di website www.lunatots.com dan www.onebabyworld.com

2.  Gunakan Nursing cover

Nursing cover, poncho boleh digunakan sebagai penutup ketika menyusukan bayi anda. Nursing cover ini sangat useful sebagai penutup ketika anak tiba-tiba ingin menyusu di tempat awam. Nursing cover juga bole digunakan oleh ibu untuk kelihatan bergaya kerana nursing cover selalunya cantik-cantik. Guna selendang pun ok kan 🙂

3. Cari tempat yang lebih sesuai

Bukan semua ibu selesa menyusukan anak di tempat awam. Anda mungkin boleh mencari tempat yang lebih sesuai untuk menyusukan anak agar anda dan anak sama-sama selesa. Tandas bukanlah satu option yang sesuai. Surau, atau tempat-tempat yang kurang orang lalu lalang boleh dijadikan pilihan. Di dalam kereta atau kenderaan anda pun sesuai, kan? Boleh pasang aircond lagi 🙂

Suami juga boleh membantu isteri dengan berdiri di hadapan atau tepi si isteri sekiranya perlu untuk elakkan aurat terdedah ketika menyusukan anak atau peluk isteri ketika menyusukan anak. Sweet, kan? 🙂

4. Kenali anak anda

Ada bayi yang rimas bila ditutup ketika menyusu. Kenali anak anda dan anda boleh susukan mereka awal dari kebiasaan mereka supaya mereka tidak teru menangis ketika lapar

Anda juga boleh mencuba atau praktis di rumah cara yang sesuai untuk anak anda menyusu tanpa mendedahkan aurat anda di kala kecemasan atau di kala anak tidak boleh menunggu

5. Yakinlah anda berikan yang terbaik buat anak anda

Bukan semua orang selesa melihat ibu yang menyusukan anak  mereka walaupun anda memakai nursing wear atau nursing cover. Jika anda pun kurang selesa bila ada orang melihat anda, anda boleh pergi ke tempat yang anda lebih selesa atau abaikan sahaja pandangan mereka 🙂 Percayalah, ibu selesa anak gembira 🙂

Breastfeeding itu mudah jika kita tahu ilmunya. Galilah ilmu lagi tentang Breastfeeding. Kuatkan semangat dan jangan berputus asa. Banyak support Group untuk Breastfeeding yang ada di Facebook dan secara online. Jika perlukan bantuan, anda juga boleh hubungi saya. Insha Allah, dengan pengalaman Breatfeeding selama 5 tahun dan Tandem Nursing selama 4 tahun, saya boleh membantu anda semampu dan sebaiknya

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge