10 LANGKAH HADAPI CUACA PANAS BERPANJANGAN UNTUK ELAK MUDAH JATUH SAKIT

Salam dan hai semua. Cuaca sungguh panas ketika ini bukan? Saya yang punya kulit yang sensitif ini pun sudah mula didatangiĀ ruam-ruam panas akibat cuaca yang agak panas ini

Seringkali cuaca panasĀ dikaitkan dengan keadaan di mana badan kita mudah mendapat jangkitan atau mudah diserang sakit. Ini kerana, ketika cuaca panas badan kita mudah kekurangan air atau dehidrasi. Bila badan kekurangan air, badan akan kurang pertahanan badan. Ini menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan

Cuaca panas ini juga dikaitkan dengan meningkatnya jumlah kes denggi kerana nyamuk denggi lebih aktif ketika cuaca panas. Jadi, sila pastikan anda dan keluarga membersihkan kawasan rumah selalu

10 langkah hadapi cuaca panas

Hari ini saya kongsikan 10 langkah bagi menghadapi cuaca panas agar tidak mudah mendapat jangkitan

1 . Banyakkan minum air kosong

2. Hadkan aktiviti di luar rumah

3. Elakkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau gula yang tinggi

4. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral dalam tubuh

5. Seboleh-bolehnya berada di dalam rumah atau bangunan

6.Banyakkan berehat

7. Kerap mandi

8. Gunakan kipas untuk sejukkan tubuh badan

9. Pakai pakaian berwarna terang

10. Pakai topi atau payung yang besar

!0 langkah yang bole kita lakukan dalam menghadapi cuaca panas

10 langkah yang boleh kita lakukan dalam menghadapi cuaca panas

Penting untuk jaga kesihatan anda dan keluarga ketika cuaca panas ini. Pastikan anak-anak minum air yang banyak lebih-lebih lagi ketika mereka makan makan ringan.

Bagi ibu dan bapa, ambil langkah awal untuk kuatkan lagi pertahanan badan dengan mangambil Immune Booster dan Vitamin C

Selamat menjaga kesihatan diri dan keluarga

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge