TIPS BAWA ANAK KECIL BERCUTI DENGAN TENANG

Salam dan hai semua. Kelmarin lepas suami membawa kami sekeluarga bercuti dan menghabiskan masa bersama di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Sangat seronok kerana lama juga kami semua tidak menghabiskan masa sebegini lebih-lebih lagi apabila kewangan kurang stabil

Anak-anak sangat gembira bila dibawa tidur di hotel dan jalan-jalan

Anak-anak sangat gembira bila dibawa tidur di hotel dan jalan-jalan

Walaupun bercuti bersama 3 orang anak kecil mencabar dan kadang-kadang agak kelam-kabut, tapi kerana kami sendiri sudah biasa dengan keadaan ini, percutian ini ternyata amat menyeronokkan

Mungkin ada sesetengah ibu bapa suka bercuti dengan anak-anak tapi tidak suka dengan keadaan bila anak-anak mula cerewet. So, hari ini saya ingin kongsikan beberapa cara yang kami lakukan agar anak-anak tidak terlalu cerewet atau merengek ketika kita menghabiskan masa bersama mereka

Bercuti bersama anak kecil akan lebih seronok jika kita mengurangkan marah :)

Bercuti bersama anak kecil akan lebih seronok jika kita mengurangkan marah ­čÖé

1 . Pastikan anak kenyang dengan memberi makanan berkhasiat dan bukan makanan ringan

Ini sangat penting buat kami. Saya selalunya akan sediakan ayam goreng kesukaan anak-anak yang dimasak di rumah atau buah-buah yang anak suka bagi mengalas perut mereka terutama sekiranya perjalanan kami itu bermula awal pagi.

Ini kerana bila mereka kenyang mereka akan lebih bertenang dan tidak cerewet. Tapi tolong ya, ibu-ibu dan bapa-bapa. Elakkan memberi mereka makanan ringan sebagai pembuka selera. Ini kerana makanan ringan mempunyai jumlah perasa yang tinggi dan gula yang banyak. Makanan ini hanya akan membuatkan mereka kenyang sementara. Akan tetapi ia tidak membantu untuk anak betul-betul berasa kenyang dan sedap perut

Dengan memberi makanan ringan juga akan mudah membuat mereka lapar semula dan perut tidak selesa. Bila anak tidak selesa, mereka akan mula cerewet. Ini saya dapati berlaku dengan anak saya. Apabila mereka kenyang dengan makanan yang lebih berkhasiat, mereka akan lebih mudah bertenang dan kurang cerewet

Pengambilan makanan ringan yang banyak gula juga akan membuatkan mereka semakin aktif dan cepat lapar. Bila ini terjadi selalunya anak akan meminta makanan ringan itu semula kerana mereka lapar dan menyukainya. Proses ini akan berulang-ulang dan anak akan kerap merengek

tips bercuti bersama anak kecil

Pemandangan biasa bila anak -beranak lima orang bergambar. Ada saja tidak masuk frame atau tidak tengok kamera ­čÖé

2. Mulakan perjalanan anda pada awal pagi

Awal pagi adalah waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan percutian anda dengan anak-anak. Pada waktu pagi anak-anak akan berasa lebih segar dan akan kurang cerewet. Lagipun waktu pagi merupakan waktu yang disukai Allah dan waktu yang dipermudahkan urusan

Selain itu, jika anda memulakan perjalanan di waktu pagi anda tidak perlu risau jika sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk menguruskan anak-anak dalam perjalanan kerana anda mempunyai masa yang lebih panjang berbanding anda memulakan perjalanan di waktu tengahari atau petang

Kami perasan hal ini kerana pernah membuat perjalanan ke Sandakan dari Kota Kinabalu pada waktu petang dan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada waktu pagi

Tenyata rasa perbezaannya kerena anak-anak lebih tenang bila dibawa memulakan perjalanan pada waktu pagi berbanding pada waktu petang. Walaupun kami bangunkan dan mandikan mereka selepas subuh, mereka lebih ceria dan kebanyakan masanya tidur sepanjang perjalanan. Manakala ketika perjalanan kami ke Sandakan dimulakan pada waktu petang, anak-anak sangat cerewet dan kerap merungut membuatkan perjalanan kami mengambil masa lebih lama daripada jangkaan

Ok, cukup sekadar itu buat hari ini ya. Terlalu panjang tulisan saya sudah. Nanti saya tambah lagi pada entry yang seterusnya ya ­čÖé

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge