SALAM MAULIDUR RASUL 1437H / 2015M

Salam dan hai semua. Salam Maulidur Rasul daripada kami sekeluarga. Hari ini 12 Rabiul’ Awal dalam tahun Islam adalah hari lahirnya kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Baginda yang dilahirkan pada tahun Gajah ini, dilahirkan di Makkah oleh ibu baginda Aminah binti Wahab.

Rasulullah diangkat menjadi rasul pada 17 Ramadhan di Gua Hira ketika baginda berumur 40 tahun dan ayat pertama yang Allah turunkan pada baginda adalah ‘IQRA’, yang bermaksud, ‘BACALAH’

Rasullulah yang Allah ciptakan dengan sifat Maksum ini sentiasa mengingati umatnya sehinggakan ketika baginda wafat pada 23 Safar tahun 11 Hijrah, Ummati, Ummati ( Umatku, Umatku) adalah antara perkataan yang keluar daripada mulut baginda. Betapa sayangnya baginda pada kita, umatnya yang baginda tidak pernah jumpa pun. Dapatkah kita menanam kecintaan yang sama pada Rasul Allah ini?

Marilah kita perbanyakkan selawat sebagai tanda kasih sayang kita kepadanya. Jika kita mencintai Allah, pasti kita ingin mencintai kekasih Allah ini jua

‘ Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku’

Riwayat Al-Nasai dan Ibnu Hibban

maulidur rasul

Salam Maulidur Rasul 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee

One thought on “SALAM MAULIDUR RASUL 1437H / 2015M

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge