7 CARA DAN PANDUAN MEMILIH ALAT PERMAINAN UNTUK ANAK-ANAK

Salam dan hai semua. Hari ke hari semakin banyak alat permainan yang canggih ┬ádireka dan dihasilkan untuk kanak-kanak. Akan tetapi, terfikirkah kita sama ada permainan itu sesuai buat anak-anak kita? ­čÖé

Ramai juga ibu bapa mengeluh bila anak seakan-akan taksub dengan gadget-gadget elektronik sehingga kurang terlibat dengan aktiviti di luar rumah. Atas kesedaran itu, saya kongsikan 7 cara memilih jenis permainan yang boleh dan sesuai untuk kita berikan pada anak-anak kita agar mereka bermain dengan baik dan tidak berlebihan

Ada bermacma jenis permainan untuk kanak-kanak. Pilihlah yang terbaik untuk anak anda

Ada bermacam jenis permainan untuk kanak-kanak. Pilihlah yang terbaik untuk anak anda

1 . Baik untuk minda

Ibu bapa perlu menggalakan anak-anak menggunakan naluri ingin tahu terhadap persekitaran melalui permainan. Bermain memberi kegembiraan dan akan memotivasikan anak agar mereka minat belajar Dengan bermain juga, anak-anak akan belaja rcara berkawan, mengawal kemarahan, berkongsi barang dan sebagainya

2 . Baik untuk jasmani

Anak-anak akan memasuki alam akil baligh apabila mereka meningkat dewasa. Mereka perlu menjadi seorang mukmin yag kuat dengan melaksanakan ibadah solat, puasa, haji, zikrullah dan berjihad. Kekuatan rohani memerlukan jasmani yang terlatih pada mereka

Rasullullah S.A.W pernah menyarankan cara untuk menguatkan jasmani anak-anak melalui hadis Baginda,

‘Segala sesuatu yang berkaitan dengan zikir, maka itu adalah senda gurau belaka kecuali empat perkara; perjalanan seseorang antara dua tujuan (memanah), latihan menunggang kuda, bersenda gurau dengan keluarga dan belajar berenang’

Riwayat al-Tabarani

Antara 4 perkara yang disebutkan dalam hadis di atas, kita boleh berusaha untuk melatih anak-anak berenang dan menunggang kuda

3 . Membina perkembangan akal dan fikiran

Ibu bapa boleh menggunakan kad imbasan dalam aktiviti ini. Menunjukkan kad secara beulang dapat mewujudkan suasana santai ketika belajar. Begitu juga dengan alat permainan berupa asas-asas binaan seperti Lego yang membantu minda anak-anak berfikir bagaimana untuk membina sesuatu objek

4 . Tidak berbahaya

Ibu bapa atau pendidik perlu peka dengan alat permainan yang selamat untuk anak-anak. Ini kerana ada antara anak-anak ini mempunyai masalah seperti sensitif pada deria rasa atau kulit

Ramai ibu bapa yang membeli permainan yang memenuhi citaraas anak-anak, murah dan mampu dibeli sehingga faktor keselamatan tidak diambil kira, seperti saya juga ­čÖé

Negara pernah dikejutkan dengan isu bahaya alat permainan yang diperbuat daripada plastik buatan China yang mengandungi bahan toksik. Ia dikatakan berisiko tinggi kepada anak-anak untuk mendapat kanser

Sebaiknya pilihlah permainan yang berkualiti untuk anak-anak. Selain daripada lebih selamat, permainan berkualiti sebenarnya lebih tahan lasak dan lama. Anak-anak terpijak pun susah nak pecah ­čÖé

5. Tidak mencederakan

Elkakan daripada membeli permainan yang mudah mencederakan seperti pistol, pisau, gunting dan alat berlaser.Ia mudah mencederakan mata, kulit, digunakan untuk memukul dan sebagainya

Ini termasuk juga permainan komputer atau siaran rancangan tv yang memupuk keganasan dalam jiwa seperti tembak-menembak

6 . Bukan tujuan memeranjatkan

Alat permaianaa yang bertujuan memeranjatkan orang lain seperti ular, lipan dan sebagainya juga tidak sesuai diberikan kepada kana-kanak

7. Mengikut usia

Pilihlah permainan yang sesuai dengan usia kanak-kanak. Untuk bayi misalnya, pilihlah permainan yang boleh mengeluarkan bunyi, berwarna – warni dan boleh berpusing untuk digantung

Untuk anak-anak yang berusia tiga tahun ke atas pula bolehlah dibelikan basikal, bola, raket badminton dan slain-lainyang bersesuaian

Pilihlah alat permainan anak-anak anda sebaiknya. Jika rajin dan ingin jimat, anda boleh bina atau cipta sendiri permainan untuk anak-anak anda. Dan paling seronok jika anda dapat┬áhabiskan masa bermain bersama mereka juga ­čÖé

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

2 thoughts on “7 CARA DAN PANDUAN MEMILIH ALAT PERMAINAN UNTUK ANAK-ANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge