Archive | December 2015

BILA TULISAN JADI PERHATIAN

Salam dan hai semua. Pagi ni sambil menaip entry ni saya tersenyum-senyum. Iyalah, agak lama juga saya menulis, bila menerima perhatian atau appreciation dari pembaca blog lebih-lebih lagi dari silent reader memanglah buat hati berbunga-bunga

Ini komen dari cousin saya. Kami memnag lama tidak jumpa dan mengikut updat emasing-masing melalui FB. Tidak sangka, rupanay dai ada baca blog saya. Terima kasih Pet!

Ini komen dari cousin saya. Kami memnag lama tidak jumpa dan mengikut update masing-masing melalui FB. Tidak sangka, rupanya dia ada baca blog saya. Terima kasih Pet!

Kadang-kadang bila menulis entry dan share di media social terutama Fb saya, Aryn Fadz Lee, buat saya berfikir, adakah yang sudi membaca penulisan saya ini? Adakah penulisan saya ini berjaya membantu keluarga, kawan-kawan dan semua pembaca blog saya?

Saya serahkan itu pada Allah. Hanya Dia yang mampu membuka hati insan-insan di luar sana untuk membaca nukilan ikhlas dari hati saya ini. Walaupun sebenarnya menulis di blog ini bukannya mudah kerana saya tidak main-main bila menulis dan membuat research saya sendiri, saya percaya Allah pasti berikan ganjaran pada saya. Tidak di dunia, pasti ada di Akhirat sana 🙂

Komen dari sahabat se 'UITM' saya dahulu. Ingatkan selama ni dia diam-diam , tak baca lin yang sya beri. Ruapanay dia baca. lahamdulillah

Komen dari sahabat se ‘UITM’ saya dahulu. Ingatkan selama ni dia diam-diam, tak baca link yang sya beri. Rupanya dia baca. Alhamdulillah 🙂

Bila menulis pasti saya ingin orang membacanya. Sering tertanya-tanya sama ada orang-orang sekeliling saya ada membaca entry saya, akhirnya Allah hadirkan komen ini dari sahabat saya ini. Gembiranya kerana tidak sangka. Lepas ni kena sentiasa berprasangka dan berfikir yang baik-baik sahaja. Saya percaya ramai di luar sana yang akan membaca penulisan saya walaupun mereka cuma silent reader sahaja

Insha Allah, doakan saya agar sentiasa dapat menulis untuk semua. Saya menulis bukan kerana nama. Tapi kerana ingin bantu ramai orang di luar sana. Semuanya Lillahi Ta’ala

Jutaan terima kasih saya ucapkan pada ANDA. Ya, ANDA! Anda yang membaca entry ini dan entry-entry dalam blog ini. Kesudian anda membacanya sangat-sangat saya hargai. Andalah yang membuat saya makin kuat dan bersemangat untuk menulis. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan permudahkan segala-galanya dalam hidup anda.

TERIMA KASIH TERIMA KASIH DAN JUTAAN TERIMA KASIH

TERIMA KASIH, THANK YOU ATAS SEGALANYA 🙂

With Love, 

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

HOTEL REVIEW : SABAH ORIENTAL HOTEL, KOTA KINABALU SABAH

Salam dan hai semua. Isnin hingga Selasa lepas kami sekeluarga menghabiskan masa sekitar Kota Kinabalu a.k.a KK dan mengambil kesempatan menginap di Sabah Oriental Hotel selama semalam untuk memudahkan kami berjalan-jalan sekitar KK. So, siapa-siapa yang ingin mencari hotel dengan Government Rate yang saya kira agak ok, bolehlah ke sini

Harga normal bilik untuk 2 katil adalah RM230 tapi since kami guna Government Rate dia jadi RM180 semalam. Oklahkan. Sebab suami mahu sangat hotel yang ada kolam. Memang ada juga yang budget tapi kebanyakannya tiada Swimming Pool. Budak-budak ni suka sangat berenang di Swimming Pool. Jadi layankan ajalah

Alamat dan cara menghubungi hotel ni adalah;

Sabah Oriental Hotel,

Lorong Kemajuan, 88000

Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-258 998 (Am) & 088-298 500 ( Sales)

Email : reservation@sabahoriental.com.my

Web : www.sabahoriental.com.my

sabah oriental 2

Pemandangan dari aras 9, bilik kami.

Pemandangan dari aras 9, bilik kami. Bangunan tinggi sebelah kiri tu adalah Sky Hotel dan BV Hotel

Masa mula-mula masuk bilik

Masa mula-mula masuk bilik. Semua orang excited. Terutama budak-budak lelaki 2 orang tu 🙂

Excited sangat sampai terus lompat atas katil

Excited sangat sampai terus lompat atas katil

Kemudahan yang ada

Kemudahan yang ada

Cermin ni di tengah-tengah antara 2 katil

Cermin ni di tengah-tengah antara 2 katil. Babah tengah check-check keadaan bilik, Ummi jadi photographer jala. Hihi..

Tanda not bad. Tapi Bath tub dia rosak la pula..

Tandas not bad. Tapi Bath tub dia rosak la pula..

Lepas check in dan masuk bilik, kami keluar pula untuk Lunch. Hotel ini berhampiran dengan bangunan Maybank, Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam di Karamunsing. Tidak jauh dari shopping mall, tapi kalau nak jalan kaki ke shopping mall boleh berpeluh jugala. So, sesuai bawa kenderaan ke sini. Parking space di basement, so tidak risau tentang parking space la

Tengah dalam mood Krismas. So, banyak perhiasan tentang Krismas ketika ini

Tengah dalam mood Krismas. So, banyak perhiasan tentang Krismas ketika ini

Di tenah-tengah hotel berdekatan dengan Reception ada tempat untuk menuggu. Dan dorang hiasa dengan pondok kecil ini. Very nice vew kan? :)

Di tengah-tengah hotel berdekatan dengan Reception ada tempat untuk menunggu. Dan dorang hias dengan pondok kecil ini. Very nice vew kan? 🙂

Reception counter, Kaunter depan

Reception counter, Kaunter depan

sabah oriental hotel 12

Tapai Lounge

Oh ya. LUpa mau bagitau. RM180 1 malam yang kami bayar aalah termasuk Breakfast untuk 2 orang, kanak-kanak bawah 5 athun free entrance. so, kami semua anka beranak boleh masuk. :)

Oh ya. Lupa mau bagitau. RM180 1 malam yang kami bayar adalah termasuk Breakfast untuk 2 orang, kanak-kanak bawah 5 tahun dapat free entrance. So, kami semua anak beranak boleh masuk. 🙂

Lepas penat berjalan seharian, esok dia kami Breakfast dulu di Cafe Oriental ni before ke Swimming Pool. Tidak sabar mau berenang. Hehe..

Nasi Leak dengan kari ayam. Tapi sambal dia agak masinla. Sudahlah terletak atas telur dan blis tu, terpaksalaah telan juga sebab nak makan telur dan bilis tu. Tapi kari ayam dia memang marvellous. Sepatutnya kari ayam amakan dengan roti canai. Hehe.. Tapi mau makan nasi juga pagi-pagi ni

Nasi Lemak dengan kari ayam. Tapi sambal dia agak masinla. Sudahlah terletak sambal atas telur dan bilis tu, terpaksalah telan juga sebab mau makan telur dan bilis tu. Tapi kari ayam dia memang marvellous. Sepatutnya kari ayam makan dengan roti canai. Hehe..

Pau dan roti.. Tidak silap buffet Breakfast di sini dalam RM32 per head

Pau dan roti.. Tidak silap buffet Breakfast di sini dalam RM32 per head

Western Food Breakfast. Yummy!

Western Food Breakfast. Yummy!

Tempat makan yang ada. Ummi tengah snap Babah yang tengah ambil gambar budak-buadak dua orang tu. Hihi

Tempat makan yang ada. Ummi tengah snap Babah yang tengah ambil gambar budak-budak dua orang tu. Hihi

Tempat terletaknya biskun dan Coco Crunch kegemaran kami. Hihi

Tempat terletaknya biskut, roti dan Cocoa Crunch kegemaran kami. Hihi

Kawasan hidangan utama. ADa nasi Lemak, Roti canai dan bubur serta hidanagn sampigan di sini. Sorry, gamabr kabur sikit :)

Kawasan hidangan utama. Ada Nasi Lemak, Roti canai dan bubur serta hidangan sampingan di sini. Sorry, gambar kabur sikit 🙂

coco Crunch dan Cornflakes emmang favourite sekeluraga. Ultrmana tu pun mau makan juga bilang si Fyras :')

Cocoa Crunch dan Cornflakes memang favourite sekeluarga. Ultraman tu pun mau makan juga bilang si Fyrash :’)

Pemandangan ari belakang. DI seberang sungai tu adalah Mong Garden Hotel

Pemandangan dari belakang. Di seberang sungai tu adalah Ming Garden Hotel

Ok, lepas sarapan kami semua naik ke Swimming Pool yang berada di tingkat 3. Tapi sedihnya, Swimming Pool dia ada 1 jak. Tiada Swimming Pool kecil untuk kanak-kanak. Dan nampaknya, Pool dia pun macam kurang terjaga. So, tidak banyak masa kami di sini. Sedikit kecewa tapi kami bawa juga budak-budak tu mandi. Suami yang banyak bawa dorang berenang. Si Ummi ni di tepi-tepi kolam ja.

Opss.. Sorry, tidak sempat snap gambar. Excited punya pasal, tidak sempat ambil hp. Lagipun kebanyakan masa tangan basah. Hihi

Overall, hotel ni memang bagus cuma kalau tidak ada kenderaan mungkin kena fikir macamana nak bergerak dari hotel ni ke Mall atau sebagainya. Kalau mau cari kedai runcit ka atau untuk beli brang-barang such as Maggi and so on, memang kena keluar dari kawasan hotel ni. So, kena siap sedia barang-barang yang anda perlu dalam hotel. Kalau tidak, tidak pasal-pasal keluar malam mau beli Maggi semata-mata pula 🙂

Apapun, we enjoy our stay here. Still recommended sebb ada free Breakfast for two dan ruang bilik pun ok untuk kami berlima. Iron pun ada standby dekat almari. Tempat untuk solat dalam bilik pun ok juga. Dan yang penting anak-anak enjoy 🙂

Selamat bercuti semua 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

PUNCA SAKIT LUTUT DAN CARA MENGURANGKANNYA

Salam dan hai semua.. Seringkali ibu bapa atau orang terdekat kita yang sudah berusia mengadu sakit lutut bukan? Ia juga boleh terjadi kepada semua orang tidak mengira usia dan kesihatan disebabkan perkara-perkara tertentu. Antara punca berlakunya sakit lutut adalah;

Sakit lutut boleh berpanangan jika tidak mengambil sebarang rawatan

Sakit lutut boleh berpanjangan jika tidak mengambil sebarang rawatan

1 .  Sakit lutut akibat kemalangan

Kerap berlaku pada orang yang aktif bersukan dan mengalami kecederaan dan tidak dirawat dengan segera

Berjumpa doktor secepat mungkin bagi mengelakkan masalah ini semakin teruk adalah antara langkah terbaik agar sakit ini tidak berlanjutan

2. Sakit lutut yang biasa dihadapi oleh wanit yang berusia 35 tahun ke atas

Berlaku disebabkan duduk terlalu lama, aktif berlebihan, berat bdan berlebihan, mengangkat barang berat, banyak naik tangga dan tidak cukup rehat

Bagi masalah ini, ianya bole dikurangkan dengan mengurangkan berat badan, melakukan senaman ringan , fisioterapi, banyakkan rehat dan ambil suplemen atau ubat yang sesuai

3. Menipisnya kolagen di kawasan lutut

Kolagen akan berkurang dari dalam badan bermula kita berusia 25 tahun. Kolagen yang ada di dalam tulang dan di  antara sendi, membantu memudahkan pergerakan kita seharian. Jika kolagen tidak mencukupi, pergerakan lutut tidak lancar dan akan menyebabkan kesakitan di bahagian lutut ketika bergerak

Anda boleh ambil kolagen semulajadi bagi meningkatkan semula jumlah kolagen di dalam badan

4.  Kurangnya kalsium dalam tulang

Selalunya berlaku pada warga emas kerana kurangnya kalsium dalam badan menyebabkan tulang rapuh dan mudah mereput

Konsisten ambil kalsium anda setiap hari bagi mengelakkan berlakunya masalah tulang rapuh atau Osteoporosis

5. Kedudukan kepada lutut beralih

Terjadi apabila kepala lutut beralih dari kedudukan asal

Jump doktor anda untuk dapatkan rawatan yang sesuai

Selalunya orang-orang yang mengalami sakit lutut akan mengalami rasa sakit ketika naik tangga, duduk tahiyat semsa dalam solat, bangun selepas duduk bersila dan ketika keluar daripada kereta. Jangan ambil mudah bila anda rasa lutut anda mulai sakit ya. Ambil tahu dan segera dapatan rawatan atau suplemen yang sesuai

Antara suplemen yang boleh dan sesuai anda ambil adalah;

Collagen Powder ini bantu untuk tingkatkan kolagen dalam badan, tulang rawan dan kulit. Ini akan memudahakn tlang bergerak anatara satu saam lain

Collagen Powder ini bantu untuk tingkatkan kolagen dalam badan, tulang rawan dan kulit. Ini akan memudahkan tulang bergerak anatara satu sama lain

Advanced Jpint Health Tablet ini membantu agar cecair di antara sendi sentiasa ada

Advanced Joint Health Tablet ini membantu agar cecair di antara sendi sentiasa ada

 

Omega Guard adalah minyak ikan yang membantu menguatkan tulang

Omega Guard adalah minyak ikan yang membantu menguatkan tulang

Kalsium lengkap yang membekalkan kalsium untuk tulang bagi mengelakkankan masalah osteoporosis

Kalsium lengkap yang membekalkan kalsium untuk tulang bagi mengelakkan masalah osteoporosis atau tulang rapuh

Jika anda berminat ingin menghadiahkan suplmen-suplemen ini untuk ibu bapa tersayang, boleh hubungi saya di talian 016-587 9882 ya 🙂

With Love

Aryn Fadz Lee

Share

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H / 2015M

Salam dan hai semua. Salam Maulidur Rasul daripada kami sekeluarga. Hari ini 12 Rabiul’ Awal dalam tahun Islam adalah hari lahirnya kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Baginda yang dilahirkan pada tahun Gajah ini, dilahirkan di Makkah oleh ibu baginda Aminah binti Wahab.

Rasulullah diangkat menjadi rasul pada 17 Ramadhan di Gua Hira ketika baginda berumur 40 tahun dan ayat pertama yang Allah turunkan pada baginda adalah ‘IQRA’, yang bermaksud, ‘BACALAH’

Rasullulah yang Allah ciptakan dengan sifat Maksum ini sentiasa mengingati umatnya sehinggakan ketika baginda wafat pada 23 Safar tahun 11 Hijrah, Ummati, Ummati ( Umatku, Umatku) adalah antara perkataan yang keluar daripada mulut baginda. Betapa sayangnya baginda pada kita, umatnya yang baginda tidak pernah jumpa pun. Dapatkah kita menanam kecintaan yang sama pada Rasul Allah ini?

Marilah kita perbanyakkan selawat sebagai tanda kasih sayang kita kepadanya. Jika kita mencintai Allah, pasti kita ingin mencintai kekasih Allah ini jua

‘ Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku’

Riwayat Al-Nasai dan Ibnu Hibban

maulidur rasul

Salam Maulidur Rasul 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee

Share

TIPS BAWA ANAK KECIL BERCUTI DENGAN TENANG

Salam dan hai semua. Kelmarin lepas suami membawa kami sekeluarga bercuti dan menghabiskan masa bersama di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Sangat seronok kerana lama juga kami semua tidak menghabiskan masa sebegini lebih-lebih lagi apabila kewangan kurang stabil

Anak-anak sangat gembira bila dibawa tidur di hotel dan jalan-jalan

Anak-anak sangat gembira bila dibawa tidur di hotel dan jalan-jalan

Walaupun bercuti bersama 3 orang anak kecil mencabar dan kadang-kadang agak kelam-kabut, tapi kerana kami sendiri sudah biasa dengan keadaan ini, percutian ini ternyata amat menyeronokkan

Mungkin ada sesetengah ibu bapa suka bercuti dengan anak-anak tapi tidak suka dengan keadaan bila anak-anak mula cerewet. So, hari ini saya ingin kongsikan beberapa cara yang kami lakukan agar anak-anak tidak terlalu cerewet atau merengek ketika kita menghabiskan masa bersama mereka

Bercuti bersama anak kecil akan lebih seronok jika kita mengurangkan marah :)

Bercuti bersama anak kecil akan lebih seronok jika kita mengurangkan marah 🙂

1 . Pastikan anak kenyang dengan memberi makanan berkhasiat dan bukan makanan ringan

Ini sangat penting buat kami. Saya selalunya akan sediakan ayam goreng kesukaan anak-anak yang dimasak di rumah atau buah-buah yang anak suka bagi mengalas perut mereka terutama sekiranya perjalanan kami itu bermula awal pagi.

Ini kerana bila mereka kenyang mereka akan lebih bertenang dan tidak cerewet. Tapi tolong ya, ibu-ibu dan bapa-bapa. Elakkan memberi mereka makanan ringan sebagai pembuka selera. Ini kerana makanan ringan mempunyai jumlah perasa yang tinggi dan gula yang banyak. Makanan ini hanya akan membuatkan mereka kenyang sementara. Akan tetapi ia tidak membantu untuk anak betul-betul berasa kenyang dan sedap perut

Dengan memberi makanan ringan juga akan mudah membuat mereka lapar semula dan perut tidak selesa. Bila anak tidak selesa, mereka akan mula cerewet. Ini saya dapati berlaku dengan anak saya. Apabila mereka kenyang dengan makanan yang lebih berkhasiat, mereka akan lebih mudah bertenang dan kurang cerewet

Pengambilan makanan ringan yang banyak gula juga akan membuatkan mereka semakin aktif dan cepat lapar. Bila ini terjadi selalunya anak akan meminta makanan ringan itu semula kerana mereka lapar dan menyukainya. Proses ini akan berulang-ulang dan anak akan kerap merengek

tips bercuti bersama anak kecil

Pemandangan biasa bila anak -beranak lima orang bergambar. Ada saja tidak masuk frame atau tidak tengok kamera 🙂

2. Mulakan perjalanan anda pada awal pagi

Awal pagi adalah waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan percutian anda dengan anak-anak. Pada waktu pagi anak-anak akan berasa lebih segar dan akan kurang cerewet. Lagipun waktu pagi merupakan waktu yang disukai Allah dan waktu yang dipermudahkan urusan

Selain itu, jika anda memulakan perjalanan di waktu pagi anda tidak perlu risau jika sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk menguruskan anak-anak dalam perjalanan kerana anda mempunyai masa yang lebih panjang berbanding anda memulakan perjalanan di waktu tengahari atau petang

Kami perasan hal ini kerana pernah membuat perjalanan ke Sandakan dari Kota Kinabalu pada waktu petang dan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada waktu pagi

Tenyata rasa perbezaannya kerena anak-anak lebih tenang bila dibawa memulakan perjalanan pada waktu pagi berbanding pada waktu petang. Walaupun kami bangunkan dan mandikan mereka selepas subuh, mereka lebih ceria dan kebanyakan masanya tidur sepanjang perjalanan. Manakala ketika perjalanan kami ke Sandakan dimulakan pada waktu petang, anak-anak sangat cerewet dan kerap merungut membuatkan perjalanan kami mengambil masa lebih lama daripada jangkaan

Ok, cukup sekadar itu buat hari ini ya. Terlalu panjang tulisan saya sudah. Nanti saya tambah lagi pada entry yang seterusnya ya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

PENGEDAR DAN EJEN SHAKLEE AKTIF DI MUKAH, OYA, DALAT DAN SELURUH SARAWAK

Salam dan hai semua. Salam Isnin permulaan minggu. Jom perbanyakkan zikir ‘La Hau La Wala Quata Illa billahil Aliul Azim’ hari ini kerana ia zikir yang sangat-sangat disunatkan untuk dibaca pada hari Isnin  🙂

Alhamdulillah. Seronok bila makin ramai Pengedar dan ejen Shaklee di dalam keluarga Shaklee kami berminat untuk serius dengan bisnes ini. Dengan niat ingin membantu keluarga, Fatin adalah seorang yang cekal dan kuat semangat. Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai Pensyarah, Fatin tetap teruskan niat untuk merasai pendapatan ke-dua bersama Shaklee. Anda boleh hubungi wakil Shaklee kami yang berada di  Mukah ini melalui;

pengedar shakleemukah, oya dan dalat sarawak

Nama : Fatin Izati

Tel : 0148430917

Facebook : Fatin Izati

Instagram : Fatin_izati

Email : fatinizati.mohdtaher@gmail.com

Blog : www.fatintaher.com

Kawasan Cover: Politeknik Mukah, Mukah, Oya, Dalat dan seluruh Sarawak. Sabah dan Semenanjung pun boleh 🙂

Jangan malu-malu untuk menghubungi Fatin ok. Insha Allah.. Beliau lebih dari sedia untuk membantu anda. Stok yang ready pun ada

With Love;

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share