SEDEKAH TIDAK AKAN MEMISKINKAN

Salam Ahad semua. Dari Jumaat kami berada di Kg Weston, Beaufort memandangkan ada Kejohanan Hoki 9s, bawah 16 tahun. Suami terlibat sebagai Referee, Coach juga wakil Kelab Hoki Kg Weston. Dan saya pula memasak mee goreng dan nasi goreng untuk dijual di sana.

Agak penat kerana bangun awal dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan hidangan kerana menyusukan 2 orang anak tapi itu bukan penghalang. 1 perkara Magic saya nak share tentang kelmarin. Kelmarin saya sediakan 6 bungkus mee kering unyuk dimasak. 3 bungkus untuk dimasak dan dijual di tempat lain dan 3 bungkus lagi untuk dimasak dan dijual semasa Kejohanan hoki.

3 bungkus mee kering selalunya akan menghasilkan 21 bungkus mee goreng harga RM1. Untuk 3 bungkus meE yag saya goreng untuk dijual di Kejohanan Hoki tu, saya tinggalkan sedikit unuk keluarga. Yang menghairankan, setelah semua siap berbungkus, suami mengira berapa bungkus mee yang ada. Yang hairannya terdapat 23 bungkus mee goreng yang mana pada pendapat saya jumlah itu sepatutnya kurang kerana saya tinggalkan agak banyak untuk keluarga makan.

sedekah

Ya Allah, macam MAGIC saya rasa. Inilah kuasa sedekahkan. Saya niatkan untuk diberi keluarga, Allah beri saya lebih pula mee tu. Allahu Akhbar.. Sedekah tidak akan memiskinkan kita. Cubalah bersedekah pada bila-bila masa. Bukan pada ketika mempunyai wang banyak sahaja. Anda akan jumpa MAGIC setiap hari dari Allah. InshaAllah..

Selamat bersedekah dan selamat berhujung minggu

P/S :

Kalau mau cari barang-barang hoki, bolehlah beli dengan suami saya, Encik Fadzly di talian 013-542 5450 ek! Hehe.. Sempat promosi

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge