LANGKAH AWAL BILA ANDA MEMILIH PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA KEPADA ANAK ANDA

Salam dan hai semua. Ibu baru bersalin 4 hari tapi sudah bagitau susu ibunya sedikit sehingga terpaksa top up dengan formula milk. Terus risau dan bertanya dengan saya tentang Set Menyusu Shaklee

Sebenarnya jujur saya katakan, jika ada yang datang bertanya dengan  saya tentang Set Penyusuan Shaklee saya selalunya akan banyak bertanya. Kerana kebanyakannya susu ibu kurang itu berlaku kerana kurangnya ilmu penyusuan yang betul. Saya percaya dengan ilmu yang cukup, hati kental si ibu, sokongan suami dan keluarga, usaha yang berterusan serta suplemen sebagai pelengkap pasti susu ibu jadi lebih meriah. Insha Allah

Yakinlah anda boleh lakukannya , ibu! :)

Yakinlah anda boleh lakukannya , ibu! 🙂

Bagi ibu bapa  yang memilih untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya kongsikan perkara-peraka yang perlu anda titikberatkan terlebih dahulu

1 . Gali ilmu penyusuan

Sekarang banyak sudah channel atau cara anda mendapatkan ilmu penyusuan susu ibu ini. Di hospital-hospital kerajaan pun sudah ada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Jika anda google, sudah banyak blog-blog yang berkongsi tentang ini. Anda juga boeh hubungi kaunselor-kaunselor laktasi atau MBFC (Malaysia Breastfeeding Counselor) yang saya percaya ada ramai di luar sana. Atau anda boleh hubungi saya juga 🙂

 2 . Sediakan hati yang kental

Keputusan memilih penyusuan susu ibu sepenuhnya perlukan hati yang kental dan semangat yang jitu. Ini kerana bukan semua orang akan menyokong keputusan anda itu. So, sediakan diri anda sekuatnya

3 . Cari sokongan suami dan keluarga

Sokongan suami sangat penting. Kongsi ilmu breastfeeding yang anda tahu dengan suami. Suami mungkin tidak dapat merasai perasaan yang anda rasai semsa Breastfeed kan anak anda, tapi beritahu ia tentang itu. Bagaimana istimewanya BF (Breastfeeding) dan apakah kelebihannya

Manalah satau hari nanti, bila anak merengek dan ingin berada dalam pelukan anda 24 jam, sekurang-kurangnya suami boleh membantu apa yang patut. Peranan suami juga penting untuk bantu anda explain tentang keputusan anda berdua memilih Full Breastfeeding untuk anak anda

Cari juga sokogan keluarga. Sokongan keluarga sangat penting agar keluarga boleh membantu anda dan memberikan anda sokongan bila perlu

4. Cari peralatan yang boleh membantu anda

Jika anda ibu yang bekerja, cari peralatan yang boleh bantu anda untuk pam dan simpan stok susu. Pam susu, ais pek, storage bottle dan banyak lagi antara yang boleh membantu anda. Anda boleh gunakan budget untuk membeli susu formula dengan membeli peralatan ini. 🙂

5 . Jaga diri dan pemakanan anda

Menyusukan anak dengan susu ibu akan cepat membuat anda letih dan lapar. Kedua-dua hal ini sangat mudah menggangu emosi si ibu dan membuat ibu stres. Ingat ya, stres boleh menyebabkan penghasilan susu ibu kurang. Anda tidak mahu itu bukan?

Justeru, makan makanan seimbang. Kalau rasa tidak cukup, boleh top-up dengan makanan tambahan seperti Set Penyusuan ini

Selamat berjaya buat semua ibu-ibu yang memilih menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Saya percaya anda inginkan yang terbaik buat anak anda. Jangan ragu-ragu dengan keputusan anda ya! 🙂

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge