CARA KURANGKAN ULSER MULUT AGAR TIDAK MENGGANGGU TUGAS SEHARIAN

Salam dan hai semua. Pernah kena ulser mulut tak? Adoi.. pedihnya…Saya juga pernah, lebih-lebih lagi bila badan saya kekurangan air.

Ulser mulut selalunya kerap terjadi lebih-lebih apabila kita kurang minum air, berdepan cuaca panas atau apabila sistem imunisasi badan lemah. Ia selalunya boleh sembuh dalam masa 3 minggu dan tidak berjangkit. Akan tetapi, pasti kita berasa tidak selesa dan sakit di dalam mulut lebih-lebih lagi ketika memberus gigi. Oucchhh!

CARA KURANGKAN ULSER MULUT

Ulser mulut adalah sesuatu yang membuatkan kita kurang berasa selesa

Antara punca terjadinya ulser mulut ini adalah tergigit bahagian mulut yang nipis, daya ketahanan badan yang lemah, kekurangan air di dalam badan, stres, kekurangan zat makanan seperti zat besi, asid folik, vitamin B6 dan B12 serta alahan kepada makanan

Antara cara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan ulser mulut agar ia tidak terus -menerus menyakiti anda adalah;

1 . Minum air kosong dengan jumlah yang banyak dan kerap

2 . Kurangkan air berasid

3 . Berkumur dengan antiseptik selepas memberus gigi

4 . Tingkatkan sistem imunisasi badan dengan mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda boleh juga mengambil Vitamin C semulajadi ini bagi membantu tingkat imunisasi badan dengan lebih cepat

5 . Kurangkan stres atau tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B

6 . Tingkatkan pengambilan mineral zink, zat besi, Asid Folik dan vitamin B12

7 . Jauhi makanan yang terlalu berempah

Atau anda boleh cuba petua tradisonal ini untuk atasi masalah ulser mulut;

1 . Berkumur dengan air garam

Cara ini saya sendiri memang pernah cuba. Boleh tahan rasa sakitnya. Jika anda menggunakan cara ini, anda perlukan semangat yang kental kerana perlu menahan sakit apabila air garam ini terkena ulser tersebut

Pastikan garam yang digunakan bersih bila digaul bersama dengan air untuk mengelakkan jangkitan yang lain pula

2 . Minum air kelapa

Antara punca ulser mulut tejadi adalah kurangnya air di dalam badan dan menyebabkan badan menjadi panas. Dengan meminum air kelapa dipercayai ia boleh membantu menurunkan suhu badan. Atau anda boleh mengambil minuman isotonik ini untuk elakkan dehidrasi

3 . Madu

Letakkan madu di kawasan ulser mulut tersebut. Ia membantu ulser tersebut mengecut. Petua ini sangat sesuai untuk kanak-kanak

Akan tetapi, jika ulser mulut itu semakin teruk seperti ulser tersebut agak besar melebihi 3 mm, berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

Sumber rujukan : www.wom.my

With Love;

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

3 thoughts on “CARA KURANGKAN ULSER MULUT AGAR TIDAK MENGGANGGU TUGAS SEHARIAN

  1. Pingback: KERAP KENA ULSER? ANDA PATUT AMBIL VITAMIN C SEMULAJADI INI | Keluarga Hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge