BILA IBU ANAK TIGA BERNIAGA DI TAMU

Salam dan hai semua.. Letih apabila 2 hari berniaga di tamu dan di acara sukaneka Tadika Kemas Kg Sekayan, Pengalat Besar, Papar. Iyalah.. Lama tidak buat. Dulu pernahlah, last sekali masa tu Fyrash masih baby lagi. Sekarang Fyrash pun dah 3 tahun. Lama juga tu. Dan kira pengalaman pertama kali bertamu di Papar dan sukaneka tu. Dulu-dulu selalu buat di kawasan KK 🙂

Ok, sebenarnya saya excited juga mau cerita pengalaman bertamu ni. Syukur Alhamdulillah, suami banyak membantu. Bantu jaga anak-anak dan tolong buka khemah serta pasang meja masa mau bertamu tu

Share booth dengan adik ku

Share booth dengan adik ku

Best juga, sebab banyak pengalmana dapat ditimba walaupun penat tu boleh tahan jugalah. Sudahlah kita bangun awal pagi nak memasak, ikut juga Si Putri bangun. Mencabar sungguh.. Hihi.. Saya jual nasi lemak, mee goreng, minuman kotak dan air mineral.

cabaran ibu anak tiba berniaga

Minuman pun antara barangan yang cepat terjual

The best part is, bila tengok barang jualan banyak terjual. Rasa juga penat lelah tu terbayarkan. Tapi, semua tu rezeki dari Allah. Sedikit tips dari saya buat yang baru mau bertamu, terutama berniaga makanan dan minuman macam saya.

1 . Jika anda masih baru dan belum mengenali tempat tersebut, mungkin boleh sediakan hidangan yang tidak terlalu banyak. Ini kerana kebiasaannya ketika pertama kali, ia adalah masa untuk kita mengenali pelanggan kita dan pelanggan mengenali kita. Dari situ anda boleh tahu hidangan mana yang paling disukai ramai

2 . Sediakan hidangan yang unik atau berlainan

Banyak juga gerai lain yang menjual hidangan Nasi Lemak dan mee goreng seperti yang saya jual. Mungkin nasi lemak saya yang berhrga RM1.50 yang diletakkan di dalam bekas memberi kelebihan pada saya.

Tapi bila tengok meja sebelah yang dia sorang ja jual jeruk, buat saya berfikir. Kena sediakan porduk yang lain daripada yang lain supaya kita mempunyai keunikan tersendiri dan pelanggan mudah mengenali kita

3 . Pastikan anda sediakan meja, kerusi dan bekas yang sesuai

Tempat hidangan yang sesuai dan cantik, mempamerkan tanda harga barangan bagi saya juga penting untuk membuatkan pembeli berasa selesa berurusan dengan kita

4 .  Doa dan zikir

Jangan lupa rezeki itu di tangan Allah. Doa dan mohon padaNya agar dilorongkan hati pelanggan kita untuk membeli dengan kita. Sambil-sambil layan dan menunggu pembeli datang, sebaiknya amalkanlah Istighfar dan YA Ghani

Good Luck untuk ibu-ibu yang akan berniaga juga. Sentiasa yakin rezeki Allah tu luas. Ikhlaskan niat kita berniaga Lillahi Taala dan membantu keluarga.

P/S; Jangan lupa minta izin suami dulu ya 🙂

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

2 thoughts on “BILA IBU ANAK TIGA BERNIAGA DI TAMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge